Pilihan raya umum Thailand 2011
![]() | ||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||
|
![]() |
---|
![]() |
Portal Thailand |
Sebuah pilihan raya umum berlangsung di seluruh Thailand pada hari Ahad, 3 Julai 2011, atas Dekri Diraja untuk Membubarkan Dewan Perwakilan, BE 2554 (2011) yang menyebabkan pembubaran Dewan Perwakilan pada 10 Mei 2011.[1]
Cadangan untuk mengadakan pilihan raya pada 14 November 2010 pernah diusulkan dahulu,[2] tetapi terpaksa ditangguhkan. Pengumuman Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva supaya mengadakan pilihan raya itu timbul ekoran pergolakan selama berbulan-bulan oleh Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Kediktatoran (UDD) atau penyokong "Baju Merah" bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Pihak pembangkang nyata meluahkan sokongan untuk rancangan itu, tetapi mengehendaki parlimen dibubarkan.[3]
Dengan peratusan kehadiran pengundi berdaftar pada 66%,[4] Parti Pheu Thai yang populis meraih majoriti dengan 265 kerusi,[5] sementara ketua parti ini, Yingluck Shinawatra menjadi perdana menteri wanita yang pertama dalam sejarah Thailand.[6] Parti Demokrat pula menjadi parti pembangkang utama dengan 159 kerusi.[5]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tinjauan eksit mendapati bahawa Parti Pheu Thai memenangi pilihan raya terang-terangan dengan meraih majoriti kerusi.[7][8]
Menurut keputusan awal, Pheu Thai memenangi 265 kerusi (204 berasaskan kawasan + 61 senarai parti), Demokrat 159 (115 + 44), Bhumjai Thai 34 (29 + 5), Chartthaipattana 19 (15 + 4), Palung Chon 7 (6 + 1), Chart Pattana Puea Pandin 7 (5 + 2), Cinta Thailand 4 (senarai parti sahaja), Matubhum 2 (1 + 1), Demokrat Baru 1 (senarai parti) dan Mahachon (senarai parti).[5] Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sudah pun mengakui kekalahan Parti Puea Thai lalu mengucapkan tahniah kepada Ms. Shinawatra sebagai bakal Perdana Menteri.[6]
Menurut perangkaan awal dari Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar kehadiran pengundi berdaftar adalah 65.99%.[4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Thai elections likely to be held on July 3". News.asiaone.com. 7 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-11. Dicapai pada 4 Julai 2011.
- ^ "Asia-Pacific – Thai red shirts accept peace offer". Al Jazeera English. Dicapai pada 5 Mei 2010.
- ^ By Thanyarat Doksone (AP) – one day ago. "Thai protesters welcome PM's offer, want details". Google. The Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 5 Mei 2010.
- ^ a b "Unofficial voter turnout 65.99%". Bangkok Post. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
- ^ a b c "General Election 2011". Bangkok Post. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
- ^ a b "Yingluck Shinawatra set to be Thailand's first female premier". CNN. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
- ^ "Thai opposition appears set for victory". CBC News. 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 July 2011.
- ^ "Landslide victory for allies of ousted Thai leader in exit polls". The Daily Telegraph. 3 July 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.