Prayut Chan-o-cha
Prayuth Chan-o-cha ประยุทธ์ จันทร์โอชา | |
---|---|
![]() | |
Perdana Menteri Thailand ke-29 | |
Memegang jawatan 22 Mei 2014 | |
Raja | Bhumibol Adulyadej Maha Vajiralongkorn |
Didahului oleh | Niwatthamrong Boonsongpaisan (Pemangku Perdana Menteri) |
Panglima Besar Angkatan Tentera Diraja Thai | |
Memegang jawatan 1 Oktober 2010 | |
Perdana Menteri | Abhisit Vejjajiva Yingluck Shinawatra |
Didahului oleh | Anupong Paochinda |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nakhon Ratchasima, Thailand | 21 Mac 1954
Tandatangan | ![]() |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan/cawangan | ![]() |
Pangkat | ![]() |
Yang Amat Berhormat Jeneral Prayut Chan-o-cha (kadang-kala dieja Prayuth Chan-ocha; Bahasa Thai: ประยุทธ์ จันทร์โอชา; IPA: [prā.jút tɕān.ʔōː.tɕʰāː]; lahir 21 Mac 1954) ialah Panglima Angkatan Tentera Diraja Thai. Sejak Oktober 2010, beliau menyandang jawatan tersebut di samping menjadi Pengerusi Kelab Bola Sepak Tentera Thailand.[1]
Prayuth dilihat sebagai seorang yang menyokong pentadbiran diraja Thailand dan kuat menentang mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Beliau berjaya menumpaskan pemberontak baju merah semasa pemberontakan pada April 2009 dan April/Mei 2010. Sejak itu beliau sering berunding dan bekerjasama dengan adik Thaksin, Yingluck Shinawatra yang memenangi pilihan raya parlimen pada November 2013.
Selepas serangan kekerasan terhadap para anti-kerajaan, Prayuth mengumumkan darurat tentera pada 20 Mei 2014. Beliau secara rasmi melancarkan rampasan kuasa terhadap pemerintah sementara pada 22 Mei 2014 dan membentuk kerajaan junta.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Prayuth belajar di Akademi Angkatan Bersenjata Kelas 12, Kolej Pemerintah Tentera (CGSC) Kelas 63 dan Kolej Pertahanan Thailand (NDC) 5020 serta menghadiri Kursus Infanteri Dasar Kelas 51, Kursus Infanteri Lanjutan Kelas 38. Beliau juga belajar ijazah Sains di Akademi diraja Chulachomklao.
Beliau bersama-sama rakan sejawatannya sebelum ini, Anupong Paochinda dan bekas menteri pertahanan Prawit Wongsuwan, Prayuth dianggap sebagai "Harimau Timur" dalam tentera.
Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]
Setelah lulus dari Akademi Tentera Chulachomklao, Prayuth bertugas di Rejimen Infantri ke-21 dari Pengawal Diraja. Pada tahun 2002, ia menjabat sebagai Wakil Komandan Jenderal di Divisi Infantri ke-2 dari Angkatan Tentera Diraja Thai, naik ke peringkat Komandan Jenderal satu tahun kemudian. Pada tahun 2005, ia menjadi Wakil Komandan Jenderal Angkatan Darat .
Prayuth adalah Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand 2008-2009 dan pada tahun 2009 diangkat ajudan kehormatan raja. Pada tahun 2010, beliau menggantikan Anupong Paochinda sebagai Panglima tentera.
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Setelah rampasan kuasa Thailand pada 2006, Prayuth dipilih ke Majlis Perundangan Negara, seterusnya menyertai Jawatankuasa Persekitaran dan Sumber Tenaga Prayuth ditugaskan mengawasi infrastruktur elektrik MEA. Dari 2007 hingga 2010, beliau menjadi pengarah bebas Thai Oil Public Co Ltd dan sejak 7 Oktober 2010 beliau menjadi Pengarah Bank Tentera Thai.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Army chief retires after four turbulent years". The Nation. 30 September 2014. Dicapai pada 22 November 2014.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Prayut Chan-o-cha |
- "Top 10 Prayuth Moments", Khaosod English, 2015-12-31
- "Prayuth's 12 Core Values", Asian Correspondent, 2014-09-22
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Anupong Paochinda |
Ketua Komandan Tentera Diraja Thailand 2010–2014 |
Diikuti oleh: Udomdej Sitabutr |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Niwatthamrong Boonsongpaisan Pemangku |
Perdana Menteri Thailand 2014–kini |
Pemegang jawatan kini |