Pop Shuvit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pop Shuvit
Pop Shuvit di Festival Muzik Pattaya. Dari kiri: Rudy, JD, Moots, DJ UNO dan AJ.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Point Blanc, Emmett Butterfingers, Shorti, Slapshock, Zain Ruffedge, Ahli Fiqir
AhliMoots!
JD
AJ
Rudy
DJ Uno
Bekas ahliPoint Blanc

Pop Shuvit merupakan sebuah kumpulan rap rock Malaysia yang ditubuhkan pada 2001, terkenal dengan lagu-lagu seperti "Jump", "Slip Away" dan "Conversations".[1] Kumpulan ini terdiri daripada Murali Dharan Marimuthu (Moots! - MC), Jedidiah Wong (JD - vokal, gitar), Nazrin Mohd Nasir (AJ - gitar bes) Azlan Rudy Abdul Malik (Rudy - dram) dan Syazlee Zalsyam Zakaria (DJ Uno - vokal, DJ). Kumpulan ini mendapat nama dari satu ejekan permainan papan luncur dengan nama sama dan telah menerbitkan lima album – Take It & Shuvit (2002), Here & Now (2005), Amped & Dangerous (2006), Freakshow Vol. 1: Tales of the Travelling Tunes (2007) dan Cherry Blossom Love Affair (2011).[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pop Shuvit ditubuhkan pada tahun 2000 dan menempa nama pada tahun berikutnya dengan menghasilkan versi baru lagu "Jump" yang pernah didendangkan oleh kumpulan hip hop Amerika Kriss Kross pada awal 90-an. Lagu tersebut mendapat sambutan daripada pendengar radio hitz.fm (kini Hitz).

Pada 5 November 2002, album pertama mereka Take It & Shuvit keluar di pasaran dan single-single dari album ini turut disambut baik oleh peminat muzik tanahair, termasuk "Skaters' Anthem" yang dipopularkan di saluran sukan berbayar ESPN sempena temasya X-Games yang diadakan di Malaysia ketika itu.

Pada 20 Disember 2003, Pop Shuvit mengambil kesempatan daripada pelawaan label bebas Jepun, S2S untuk mengeluarkan album mereka di negara matahari terbit. Album mereka Take It & Shuvit Again yang dirakam semula khusus untuk pasaran negara tersebut menerima sambutan yang luar jangkaan daripada muda-mudi Jepun, melangkaui prestasi kumpulan rock Barat pada ketika itu. Satu album remix berjudul The Shuvit Remixes juga dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun. Vokalis kedua kumpulan ini, Point Blanc yang juga bekas anggota Poetic Ammo meninggalkan Pop Shuvit selepas pelancaran album pertama, meninggalkan Moots sebagai vokalis tunggal kumpulan ini.

Pada 6 Februari 2005, album kedua mereka Here & Now diterbitkan dan dikeluarkan di Jepun terdahulu sebelum Malaysia memandangkan pasaran Jepun lebih besar dan lumayan bagi kumpulan ini.[4] Album yang diterbitkan oleh Greg Henderson ini memuatkan 12 buah lagu. Antara lagu hits# album ini ialah Old Skool Rocka dan Journey. Sempena pelancaran album mereka, mereka mengadakan tour di beberapa tempat di Jepun sebagai penghargaan mereka kepada peminat-peminat di negara itu.[5]

Pada tahun 2006, album ketiga kumpulan Pop Shuvit, Amped & Dangerous dikeluarkan hanya di Jepun pada 23 Ogos. Namun begitu, lagu-lagu yang terkandung dalam album ini dimainkan di radio Malaysia.[6]

Pada tahun 2008, Kumpulan ini juga telah memenangi Anugerah Kembara pada AIM ke-15.

Pada 11 Mac 2009, Pop Shuvit mengeluarkan single terbaru mereka berjudul Oh! Sizuka yang akan dimuatkan dalam album Cherry Blossom Love Affair. Single itu dipersembahkan di radio X FM dan Era FM. Walau bagaimanapun, album itu hanya dikeluarkan pada tahun 2011. Mereka juga berduet dengan Man Bai menerusi lagu "Seperti Syurgamu".[7] Pada Ogos 2009, Pop Shuvit mengadakan konsert kali keempat di Jepun,[8] menerusi konsert Gangima Nite Tour 2009,[8] di mana mereka mengadakan tiga konsert iaitu masing-masing di Nagoya pada 28 Ogos, Osaka (29 Ogos) dan Tokyo (30 Ogos).[8]

Pada 2013, Pop Shuvit mengambil keputusan untuk berehat seketika dari aktiviti muzik mereka memandangkan semua ahlinya mempunyai pekerjaan tetap. JD yang kini menguruskan studio rakamannya, Studio 21:05, manakala Rudy yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia for Youth.[9]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli terkini
  • Murali Dharan "Moots!" Marimuthu – MC (2001 – kini)
  • Jedidiah "JD" Wong Jhin Yee – vokal, gitar (2001 – kini)
  • Nazrin "AJ" Mohd Nasir – gitar bes (2001 – kini)
  • Azlan "Rudy" Abdul Malik – dram (2001 – kini)
  • Syazlee Zalsyam "DJ Uno" Zakaria – vokal, DJ (2001 – kini)
Bekas ahli
  • Nicholas "Point Blanc" Ong Chong Quan – MC (2001 – 2004)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album lain[sunting | sunting sumber]

  • Take It & Shuvit Again (2003)
  • The Shuvit Remixes (2004)
  • All I Got HIP HOP Collaboration (2006)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Conversations (Feat. Shorti@Amylene)
  • Cruissin (Outtake)
  • Cut The Crap (Outtake)
  • Dog Eat Dog (Feat. Slapshock)
  • Dog Eat Dog World
  • Journey
  • Jump
  • Jump (2001)
  • Kaleidoscope (Feat. Emmet of Butterfingers)
  • Mo' shout Out
  • Pop Shuvit
  • Shout Outz (Outtake)
  • Sideswipe
  • Skaters Anthem
  • Skaters' Anthem
  • Slip Away
  • Trip Wire
  • Wrong
  • Old Skool Rocka
  • Let Sleeping Dogs Lie
  • Freakshow
  • Marabahaya
  • Oh! Sizuka
  • Nebula 11
  • Ingat Kau Bagus
  • Pocketful of Tricks(Sweet Hustle)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pop Shuvit takes it to the next level Diarkibkan 2017-07-05 di Wayback Machine Free Malaysia Today (April 26 2012). Retrieved January 12, 2018.
  2. ^ Potensi jenama Pop Shuvit Kosmo! (15 September 2011). Retrieved on 16 January 2017.
  3. ^ Makin ligat di luar negara Kosmo! (20 November 2009). Retrieved on 12 Januari 2018.
  4. ^ Pop Shuvit laku di Jepun Kosmo! (24 July 2011). Retrieved on 12 Januari 2018.
  5. ^ Daryl Goh (14 December 2006). "No time to pause". The Star Online. Dicapai pada 12 January 2018. As far as mainstream careers go, Pop Shuvit is determined to be a respected band and not a mere brand name
  6. ^ Rizal Johan (9 November 2007). "Pop Shuvit Pertaruhkan Man Bai Dalam Album Baru". The Star (Malaysia). Dicapai pada 13 January 2018.
  7. ^ Kemalia Othman (5 Julai 2011). "It's party time". mSTAR Online. Dicapai pada 16 Januari 2014.
  8. ^ a b c Abdul Aziz Itar (26 Ogos 2009). "Konsert kali ke-4 Pop Shuvit di Jepun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2014.
  9. ^ Amira Amaly Syafaat (8 November 2015). "Rudy... akauntan prihatin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]