Prebet Sapu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prebet Sapu
PengarahMuzzamer Rahman
PenulisMuzzamer Rahman
Dihasilkan olehMuzzamer Rahman
Dibintangi
Sinematografi
  • Fairuz Ismail
  • Hafiz Rashid
Disunting olehKamil Hashim
Syarikat
penerbitan
Le Mediator Studio
Tarikh tayangan
  • 27 November 2020 (2020-11-27) (Indonesia)
  • 16 Disember 2021 (2021-12-16) (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 22 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM500,000
Pecah panggungRM257,259

Prebet Sapu atau dikenali sebagai Hail, Driver!, ialah sebuah filem drama Malaysia 2020 arahan Muzzamer Rahman.[1] Ia mengisahkan seorang pemuda yang mencari kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet sapu e-hailing walaupun buta warna.[2][3]

Ia dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Anugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-94.[4][5] Ia ditayangkan di pawagam pada 16 Disember 2021 di Malaysia.

Filem ini berlatarkan hitam putih.[6]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

2018. Aman berpindah dari Pahang ke Kuala Lumpur dengan kereta lama arwah bapanya bagi mengejar impiannya untuk menjadi penulis. Namun, Aman bersusah payah mencari kerja dan dihalau keluar dari bilik sewa. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya dan menjadi pemandu e-hailing (e-pangilan) secara haram, setelah gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna.

Sehinggalah dia bertemu dengan Bella, seorang penumpang Cina, yang menawarkan dia tinggal sementara di tempatnya, dengan syarat Aman mesti menjadi pemandu peribadi untuk kerja malamnya sebagai 'gadis pengiring'.

Apabila kedua-dua jiwa miskin bandar menjadi kawan, konflik sedang menanti. Bagaimana kisah mereka akhirnya?[7]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem dijalankan pada tahun 2017.[8] Ia ditayangkan di festival filem antarabangsa Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) pada 16 December 2020 di Indonesia.[9] Ia juga ditayangkan festival filem seperti Udine Far East Film Festival di Itali; Toronto Reel Asian Film Festival di Kanada; Asian Film Festival di Sepanyol, dan lain-lain.[10]

Ia dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94.

Ia ditayangkan di pawagam pada 16 Disember 2021 di Malaysia.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2022 Malaysia Golden Global Awards (MGGA) Lakon Layar Terbaik Muzammer Rahman Menang
Festival Filem Malaysia ke-32 Pengarah Terbaik Muzammer Rahman Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Amerul Affendi Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Lim Mei Fen Tercalon
Lakon Layar Terbaik Muzammer Rahman Tercalon
Cerita Asal Terbaik Muzammer Rahman Tercalon
Sinematografi Terbaik Fairuz Ismail, Hafiz Rashid Tercalon
Penataan Seni Terbaik Edward Chee Boon Tercalon
Poster Terbaik Le Mediator Studio, Jarl Faizal Tercalon
2023 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 Pelakon Lelaki Terbaik Amerul Affendi Tercalon
Filem Terbaik Prebet Sapu (Le Mediator Studio) Tercalon

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "M'sian Film 'Hail, Driver!' Premiers at Far East Film Festival to Glowing Reviews by Critics". Juice (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Hitam putih warna kota dalam Prebet Sapu". Utusan. 2021-12-19.
  3. ^ "Ulasan filem: Prebet Sapu mengkagumkan". Malaysia Now. 2021-07-13.
  4. ^ "'Prebet Sapu' is Malaysia's Oscar entry in 2022's Best International Feature Film category". The Star (dalam bahasa Inggeris). 3 November 2021.
  5. ^ "Prebet Sapu wakil Malaysia ke Oscar". Berita Harian. 2021-11-03.
  6. ^ "Prebet Sapu, naskhah luar biasa". Kosmo. 2021-12-16.
  7. ^ "Trailer rasmi Prebet Sapu". Youtube.
  8. ^ "Prebet Sapu ambil risiko". Berita Harian. 2021-12-15.
  9. ^ "Prebet Sapu to Indonesia". Kosmo. 27 November 2020.
  10. ^ "'Prebet Sapu' to represent Malaysia at Oscars | New Straits Times". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 5 November 2021.

11. "Prebet Sapu Tayangan Perdana". ON-e. 18 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]