Proton Wira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Wira
Proton Wira
Maklumat
Pengilang Proton
Juga dikenali Proton Persona
Proton 400
Proton Natura
Proton Sembilu
Pengeluaran 19932006
Pengganti Proton Inspira
Kelas Padat
Stail badan Salun 4-pintu
Hatchback 5-pintu
Pelantar FF
Enjin

4G13 I4 1.3 L
4G15

I4 1.5 L
4G92 I4 1.6 L
4G93 I4 1.8 L
4D68 I4 2.0 L diesel
Penghantaran Manual 5 kelajuan
Automatik 3 kelajuan
Automatik 4 kelajuan
Berkait Mitsubishi Lancer Evolution 1992-1994

Proton Wira, juga dikenali sebagai Proton Persona, 400, dan Natura di UK, ialah model kereta yang dikeluarkan oleh Proton, pengilang kereta negara Malaysia. Model ini yang diperkenalkan pada tahun 1993 berasaskan kereta Mitsubishi Lancer/Colt. Antara tahun 1996 dan 1998, model ini telah mencapai jualan sebanyak 220,000 unit, dan merupakan model yang amat popular di Malaysia. Kereta ini juga dikenali sebagai Sembilu yang dilancarkan pada bulan Jun 1994.

Pada 1995, dilancarkanlah Proton Wira Aeroback sebelum bertukar nama menjadi Proton Gen-2 pada tahun 2004. Kemudian, bertukar nama menjadi Proton Persona pada tahun 2007.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Proton Wira diperkenalkan pada tahun 1993 sebagai kereta sedan 4-pintu dan berasaskan rekabentuk Mitsubishi Lancer 1992, tetapi dengan sedikit perubahan bagi membezakannya berbanding Lancer.

Perubahan termasuk lampu hadapan dari Mitsubishi Colt 1992, lampu belakang dari Mitsubishi Galant hatchback 1987, bumper dari Mitsubishi Mirage dan papan muka yang berbeza. Reka bentuk hadapan diteruskan dengan gaya yang pertama kali dipaparkan pada Proton Iswara dengan bonet bertingkat yang mengunjur pada logo Proton pada gril.

Enjin Mitsubishi Orion 1.5-litre 12-valve digunakan bagi Iswara dan sebelumnya dibawa pada Saga tanpa diubah. Enjin Mitsubishi 4G9 112ps 1.6L 16-valve SOHC dengan suntikan bahan api multi-point diperkenalkan bersama dengan transmisi automatik 4-kelajuan pilihan.

Pada tahun 1994, versi hatchback 5 pintu diperkenalkan. Pada awalnya ia diperkenalkan sebagai Wira Aeroback, seperti Saga hatchback 5 pintu, sungguhpun nama Aeroback selepas itu dihapuskan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]