Proton Prevé

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Prevé
Proton Prevé
Maklumat
Pengilang Proton
Juga dikenali Proton P3-21A
Pengeluaran Lewat 2011-sekarang
Tahun model 2012-sekarang
Pemasangan Malaysia Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Pendahulu Proton Persona
Proton Gen-2
Kelas Kereta padat / Segmen-C
Stail badan Sedan 4 pintu
Reka letak FF
Pelantar Proton P2[3]
Enjin 1.6L CamPro IAFM+ 4 sebaris
1.6L CamPro CFE 4 sebaris turbo
Penghantaran Manual 5 kelajuan
CVT 6 kelajuan
CVT manumatik 7 kelajuan
Jarak roda 2,650 mm (104.3 in)
Panjang 4,543 mm (178.9 in)
Lebar 1,786 mm (70.3 in)
Tinggi 1,524 mm (60.0 in)
Berat Kerb 1,305–1,340 kg (2,877–2,954 lb)
Perekabentuk Italdesign Giugiaro S.p.A[1]
Azlan Othman[2]
Proton Prevé (belakang) di Bangkok, Thailand.

Proton Prevé merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Persona dan Proton Gen-2. Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.

Prevé didakwa sebagai kereta global Proton pertama, dibuktikan melalui nama Prevé itu sendiri, yang bermaksud untuk membuktikan atau bukti.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Proton memulakan operasi pada tahun 1985 sebagai pengeluar kenderaan Mitsubishi yang mengalami kejuruteraan lencana. Kereta Proton terjual dengan banyaknya kerana mereka memanfaatkan kejuruteraan dan kebolehpercayaan kereta Mitsubishi yang begitu bagus. Walau bagaimanapun, pada awal abad ke-21, Proton mara ke hadapan dengan memperkenalkan model-model rekaan sendiri seperti Proton Waja dan Proton Gen-2. Malangnya, model-model generasi seterusnya daripada Proton sering dikritik hebat kerana mutu kejuruteraan yang kurang baik.[4][5] Akibatnya, pasaran Proton di Malaysia merosot dengan ketara pada awal 2000an, serta mencapai tahap terendah dalam tempoh 7 tahun pada tahun 2007.[6] Sebagai tindak balas, pembangunan Proton Prevé (di bawah kod nama P3-21A) dimulakan pada tahun 2009 di bawah pimpinan Pengarah Urusan Proton pada masa itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin. Bekas Naib Presiden R&D Pengurusan Kualiti BMW, Dr. Wolfgang Karl Epple juga dilantik pada tahun yang sama sebagai Pengarah Kualiti Proton. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan Operasi Kumpulan, di mana beliau menyumbang kepada pembangunan projek P3-21A.[7][8]

Proton Tuah, kereta konsep yang direka oleh Italdesign Giugiaro telah dipamerkan semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010. Ia mempratontonkan pelbagai unsur rekaan serta ciri-ciri yang terdapat pada Proton P3-21A akan datang.[9] Pembangunan P3-21A selesai setahun kemudian dan pengeluaran mengambil tempat di kilang Proton di Tanjung Malim. Syarikat tersebut mendakwa 94% bahagian kereta adalah buatan tempatan sebagai usaha bagi mengurangkan aliran keluar modal.[10] Nama rasmi Proton Prevé hanya didedahkan beberapa hari sebelum pelancarannya.[11]

Proton Prevé akhirnya dilancarkan pada 16 April 2012 di Seri Kembangan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Razak.[12][13] Ia dilancarkan dengan enam pilihan warna serta tiga varian, iaitu Executive MT, Executive CVT dan Premium CVT. Kedua-dua varian Executive digerakkan oleh enjin 1.6L CamPro IAFM+ Proton. Executive MT digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan manakala Executive CVT dilengkapi CVT 6 kelajuan.[14] Varian Premium dilengkapi enjin turbo 1.6L CamPro CFE yang lebih berkuasa, digandingkan dengan CVT 7 kelajuan, dikenali sebagai ProTronic, iaitu transmisi manumatik versi Proton.[14] Dari segi keselamatan, varian Executive dilengkapi beg udara SRS berkembar serta sistem brek cegah kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD), manakala varian Premium menawarkan tambahan dua beg udara tepi, bantuan brek (BA), kawalan cengkaman (TCS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) sebagai tambahan daripada apa yang ditawarkan pada varian Executive.[13] Varian Premium juga menampilkan kit eksklusif seperti penukar gear padel pada stereng, lampu kepala dan pengelap cermin automatik, pengawal luncur, pengawal iklim, unit kepala skrin sesentuh terbina dalam dengan Bluetooth, USB & keupayaan sambungan iPod di samping suis penghidup tekan. Kesemua Proton Prevé dilengkapi sistem Paparan Maklumat Pintar (SID) yang memaparkan maklumat seperti penggunaan bahan api purata, jangka hayat bateri serta jarak sebelum tangki kosong. Satu lagi ciri standard ialah WiFi dalam kereta, hasil kerjasama antara Proton dengan ISP WiMAX Malaysia, Yes 4G. Harga Prevé adalah antara RM59,540 hingga RM72,990.[12] Ia menerima lebih daripada 11,000 tempahan dalam tempoh dua bulan selepas pelancaran rasminya dan menjadi kereta ketujuh paling laris di Malaysia pada bulan Mei 2012, mendahului semua pesaing dalam kategorinya.[15][16]

{{{box_caption}}}
{{{box_caption}}}
Kereta Konsep Proton Prevé Sapphire 2012

Kereta Konsep Proton Prevé Sapphire turut dipamerkan semasa majlis pelancaran.[17] Ia dibangunkan oleh Proton Design sebagai usaha untuk menunjukkan potensi pasaran dan teknikal Prevé. Ia menampilkan catan logam pistol pusam unik sebagai tambahan kepada bampar hadapan dan belakang yang diubahsuai serta dilengkapi penyerlah saduran krom, skirt tepi dan roda aloi 18 inci. Bahagian dalaman menampilkan panel kuning air serta kemasan kulit untuk menambahkan tarikan kemewahan, dan tinggi kereta serta brek juga diubahsuai. 3 bulan berikutnya, Proton mengumumkan Kereta Konsep Proton Prevé R3 semasa Kejuaraan Rali Asia Pasifik 2012 di Malaysia.[18] Ia dipasang dengan kit badan baru berharga RM3,000 dengan penggayaan oleh bahagian Proton Race, Rally, Research (R3) di samping roda R3 pilihan serta tayar prestasi. Pada 8 Oktober 2012, Proton mendedahkan kereta lumba Prevé R3.[19] Ia digerakkan oleh enjin CamPro IAFM+ 107kk serta menampilkan pengubahsuaian dalaman dan luaran. Ia kemudian bertanding dalam Perlumbaan Ketahanan 1,000 km Sepang 2012 pada Disember tahun tersebut, di mana ia memperoleh tempat kedua di belakang Proton Satria Neo R3 dan menewaskan Toyota Corolla Altis Type R Racing Team.[20]

Prevé membuat kemunculan sulungnya di Australia pada 18 Oktober 2012 semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Australia 2012.[21] Hanya varian CamPro IAFM+ sahaja yang ditawarkan semasa pelancaran di Australia, dengan model CamPro CFE turbo dijadualkan untuk dilancarkan pada pertengahan 2013. Prevé diperkenalkan di pasaran Thailand semasa Ekspo Kereta Antarabangsa Thailand pada 28 November 2012.[22] Ia ditala supaya boleh menggunakan bahan api E20, dan unit kepala skrin sesentuh 1-DIN Blaupunkt yang diperbaharui turut ditawarkan pada varian Premium. Sebagai tambahan, varian Standard berorientasikan bajet diperkenalkan di Thailand, dengan harga yang jauh lebih rendah daripada varian Executive.[23][24] Brunei menjadi pasaran eksport ketiga yang menerima Prevé pada 7 Februari 2013, di mana ia boleh didapati dalam tiga varian.[25] Prevé juga menerima pelancaran yang kurang ghairah di Singapura pada suku pertama tahun 2013, di mana ia ditawarkan dalam dua varian.[26][27] Pada 13 Jun 2013, Indonesia dijadikan pasaran eksport yang keempat bagi Prevé, di mana ia hanya dijual dalam satu versi mewah.[28][29]

Proton Prevé dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2013 di United Kingdom.[30] Prototaip Prevé pandu kiri juga berjaya dirakam pada Mei 2012, menunjukkan kemungkinan pelancaran akan datang di China dan Timur Tengah.[31]

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Proton mencipta muka utama baharu dengan Prevé. Hasilnya ialah Proton Wings, kesatuan unsur rekaan yang menggabungkan lampu kepala, lambang Proton dan gril masukan udara, memberikannya kelihatan seperti seekor burung yang sedang terbang naik.[32] Bahagian luaran kereta digayakan untuk mengurangkan pekali seret dalam usaha untuk menambah baik kecekapan bahan api.[32] Proton bekerjasama dengan Italdesign Giugiaro dari Itali untuk pembentukan gaya dan rupa Prevé.[1] Syarikat itu juga bertanggungjawab atas reka bentuk kereta konsep Proton Tuah. Azlan Othman, Ketua Gaya Proton juga dihantar ke Turin, di mana beliau menyumbang kepada unsur-unsur reka bentuk Prevé dalam kerjasama dengan Italdesign yang berlangsung hampir setahun.[2]

Pengarah Kanan Operasi Kumpulan Proton ketika itu, Dr. Wolfgang Karl Epple mendedahkan bahawa Proton Prevé telah dibangunkan oleh sebuah konsortium antarabangsa yang terdiri daripada pakar-pakar dari Malaysia, Itali, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.[1] Selain itu, beberapa komponen kereta itu juga diperoleh daripada Jepun, Korea Selatan, Australia dan Eropah. "Jika anda meletakkan bahan-bahan global dalam komponen, orang, proses, gaya dan bungkusan, anda akan memperoleh sesuatu yang global.", Epple mengulas.[1] Walau bagaimanapun, Proton kemudiannya mendakwa bahawa 94% komponen Prevé adalah sumber tempatan sebagai usaha untuk mengurangkan aliran keluar modal.[10]

Prevé juga merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang dipasang dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED di kilang.[32] DRL mungkin menambah baik daya tarikan visual kereta, tetapi yang lebih penting ialah ia membantu menambah baik keselamatan jalan raya dengan membolehkan kereta dilihat dengan jelas pada waktu siang.[33][34] Setakat ini tiada peraturan di Malaysia yang mewajibkan penggunaan DRL, tetapi ia diwajibkan bagi kesemua kereta penumpang yang dipasarkan di negara-negara ahli Kesatuan Eropah setakat 7 Februari 2011 di bawah Arahan EU 2008/89/EC.[35]

Prevé juga merupakan antara kereta yang lebih besar dalam kategori segmen C yang asalnya dipopularkan oleh Jepun dan Korea di pasaran Malaysia.[36]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri keselamatan [13][23][37][27][38]
Varian trim Standard Eksekutif Premium
Pasaran Thailand Malaysia Thailand Australia Singapura Malaysia Thailand Australia Singapura Indonesia
ABS dengan EBD
BA, TCS and ESC
Beg udara 2 2 4 6 4 4 6 6 6 4

Prevé merupakan kereta Proton pertama, serta merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang diberi penarafan 5 bintang penuh dalam Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP) di Australia dan New Zealand.[39] Ia juga memperoleh penarafan 5 bintang daripada Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP) oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).[10]

Prevé merupakan kereta Proton paling selamat setakat awal 2013. Sebelum pelancarannya, Proton memperoleh reputasi keselamatan yang buruk. Misalnya, Proton Arena hanya berupaya memperoleh satu bintang daripada lima dalam ujian ANCAP pada tahun 2009.[40] Proton bertindak balas dengan meningkatkan piawaian keselamatan dengan ketara semasa pembangunan Prevé. Kerangka Struktur Keselamatan Diperkukuhkan (RESS) dibangunkan khusus untuk kereta baharu ini. Proton menggunakan kaedah Pembentukan Tekanan Panas (HPF) semasa proses pengeluaran kerangka.[14] Dua belas komponen utama HPF membantu memperkukuhkan ruang penumpang bagi menambah baik keselamatan penumpang. Hasilnya ialah kekuatan tegangan yang meningkat dan ketegaran badan kilasan sebanyak 19,000 Nm/darjah. Penggunaan HPF membantu menjimatkan berat, yang secara tidak langsung meningkatkan kecekapan bahan api, pengendalian dan prestasi Prevé.[14]

Proton Prevé dibangunkan untuk memuatkan sehingga maksimum enam beg udara SRS, Sistem brek cegah kunci (ABS) dengan Pengagihan daya brek elektronik (EBD), Bantuan brek kecemasan (BA), Sistem kawalan cengkaman (TCS) dan Kawalan kestabilan elektronik (ESC).[14] Walau bagaimanapun, Prevé hanya ditawarkan dengan bilangan maksimum empat beg udara semasa pelancaran sulungnya di Malaysia pada April 2012.[12] Bilangan maksimum enam beg udara hanya ditawarkan semasa pelancaran Prevé di Australia pada Oktober 2012.[41]

Proton juga telah menguji Prevé dalam pelbagai keadaan cuaca dan jalan raya berbeza semasa fasa pembangunanya seperti keadaan berais dan bersalji di Sweden di samping keadaan panas membahang di Sepanyol.[42] Sistem gantungan terdiri daripada topang MacPherson di hadapan dan sistem berbilang pautan dengan palang penstabil di belakang.[14] Sistem gantungan Prevé juga ditala oleh anak syarikat British Proton, Lotus untuk sifat pemanduan dan pengendalian yang sangat baik. Tetapan talaan sistem gantungan ini juga dibangunkan khusus untuk tayar jenis 205/55 GT Radial Champiro Bax 2 yang digunakan pada kereta untuk cengkaman yang lebih baik.[14] Kesemua Proton Prevé dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang 15 inci di samping rim aloi 16 inci.

Rangkaian kuasa[sunting | sunting sumber]

Dakwaan pengeluar, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. [13]
Enjin CamPro IAFM+ CamPro CFE
Format I4 DOHC 16V I4 DOHC 16V
Jumlah sesaran (cc) 1,597 1,561
Lubang x Lejang (mm x mm) 76.0 x 88.0 76.0 x 86.0
Keluaran Maksimum [hp(kW)/rpm] 107 (80) / 5,750 138 (103) / 5,000
Kilasan Maksimum (Nm/rpm) 150 / 4,000 205 / 2,000 ~ 4,000
Kelajuan Maksimum (km/j) 180 (MT) / 170 (CVT-AT) 210 (CVT-MN)[42]
Pecutan 0–100km/h (saat) 12 (MT) / 12.5 (CVT-AT) 9.6 (CVT-MN)
Muatan tangki bahan api (liter) 50 50

Proton Prevé dijual dengan pilihan dua enjin petrol; masing-masing CamPro IAFM+ dan CamPro CFE.[14] IAFM+ adalah kependekan bagi Modul Udara Masukan Bahan Api Tambahan, manakala CFE bermaksud Kecekapan Bahan Api Bercas. Kedua-dua enjin direka sendiri oleh Proton dengan bantuan teknikal oleh Lotus.

Enjin 1.6L CamPro IAFM+ I4 pernafasan biasa berupaya menghasilkan 107 horsepower (80 kW) pada 5,750 rpm dan 150 Nm kilasan pada 4,000 rpm. Ia boleh digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan Getrag ataupun CVT enam kelajuan Punch Powertrain VT2 .[14] Enjin CamPro IAFM+ juga digunakan pada Proton Saga FLX SE.

Enjin 1.6L CamPro CFE I4 yang lebih berkuasa menampilkan pengecas turbo tekanan rendah dengan penyejuk perantara yang menghasilkan 138 horsepower (103 kW) pada 5,000 rpm dan 205 Nm kilasan antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Enjin ini hanya digandingkan dengan CVT tujuh kelajuan Punch Powertrain VT3, juga dikenali sebagai ProTronic, transmisi manumatik versi Proton.[14] Proton mendakwa prestasi enjin turbo 1.6 liter CamPro CFE setanding dengan enjin 2.0 liter pernafasan biasa. Enjin CamPro CFE menggunakan 6.6 liter bahan api setiap 100km, pada kelajuan malar 90km/j dan direka bagi memenuhi keperluan piawaian emisi Euro V walaupun tiada penguatkuasaan piawaian emisi dalam pasaran domestik.[14]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Proton Prevé (hadapan) di Kuala Lumpur, Malaysia.

Proton Prevé telah menerima ulasan am yang menggalakkan daripada kritik di pasaran domestik. Wartawan automotif Malaysia, Danny Tan daripada paultan.org telah memuji kecantikan, kepraktikalan, sifat ergonomik dan NVH kereta Prevé. Selain itu, keselesaan dan sifat pemanduan dan pengendaliannya mendapat sambutan yang paling ghairah, di mana Danny mendakwa ianya "tiada tandingan di kelas sedan C-segmen Asia".[43] Walau bagaimanapun, varian Prevé yang menggunakan enjin CamPro IAFM+ mendapat sambutan yang kurang memuaskan berbanding dengan varian Prevé yang berkuasa CamPro CFE. Kekurangan kuasa dan tork daripada enjin IAFM+ tersebut bertanggungjawab untuk pecutan lembap dan prestasi keseluruhan, tetapi masih cekap dalam keadaan pemanduan biasa. Danny juga mengkritik beberapa kelemahan reka bentuk di kawasan pedalaman, seperti unit skrin sentuh dan panel instrumen.

Live Life Drive telah memberikan Prevé 4 daripada 5 bintang. Mereka memuji pemanduan dan pengendalian, penghalusan dan kelapangan pedalamannya, serta mengkritik beberapa kelemahan termasuk CVT yang dibekalkan, kepatutan pedalaman dan imej jenama bermasalah Proton.[44] Autoworld.com.my berkongsi tanggapan yang sama terhadap Prevé, di mana penulis mengisytiharkannya sebagai produk Proton yang terbaik setakat ini disebabkan ciri pemanduan dan pengendalian, peralatan standard dan nilai wangnya.[45] CVT dan kualiti bina yang kurang memuaskan merupakan komprominya. Portal berita automotif berbahasa Melayu funtasticko.net menggema sentimen umum yang positif, di mana pengulas menyimpul bahawa Prevé melambangkan permulaan 'Proton baru' yang berniat untuk menumpahkan imej jenamanya yang negatif di peringkat domestik serta global.[46]

Australia[sunting | sunting sumber]

Proton Prevé telah mendapat ulasan bercampur daripada kritik di Australia. Daniel DeGasperi daripada CarAdvice telah memberikan Prevé IAFM+ 2 daripada 5 bintang.[47] Jaminan lima tahun, servis percuma serta bantuan di tepi jalan, kawasan pedalaman yang lapang, sifat stereng dan pemanduan dan pengendaliannya telah diterima dengan baik dan melengkapi anugerah lima bintang ANCAP-nya. Walau bagaimanapun, Prevé telah menerima kritikan teruk terhadap penetapan harganya yang mahal, prestasi dan kecekapan bahan api yang lemah, kualiti bina, pengendalian kawasan bandar yang kurang selesa dan kelemahan reka bentuk terperinci. Daniel berkata "Proton Preve perlu berharga sekurang-kurangnya $4,000 lebih murah supaya ia dapat bersaing dengan sedan ringan seperti Holden Barina dan Nissan Almera. Ia lebih baik daripada Chery J3 yang dijual untuk $6,000 kurang, tetapi Prevé tidak semestinya 35 peratus lebih baik, dan ia tentu berkongsi beberapa ciri kualiti hatchback buatan China tersebut yang kurang baik."[47] Walau bagaimanapun, kereta Prevé CFE yang lebih unggul tidak dikaji kerana varian Prevé IAFM+ sahaja dijual di Australia pada masa itu, dan varian CFE telah dijadualkan untuk pelancaran pertengahan tahun 2013 sebaliknya.

Thailand[sunting | sunting sumber]

Prevé memperoleh pujian kritikan di Thailand. Bangkok Post mengalu-alukan penetapan harga Prevé, di mana penulis mengulas "Dalam versi mewah Premium pada 759,000 baht, tiada sebarang pemain tunggal di C-segmen Thailand boleh memadan harganya."[48] Manager Daily menganggap Prevé sebagai peningkatan yang besar berbanding dengan produk Proton yang sebelumnya dalam banyak aspek, termasuk reka bentuk dan kualiti bina. Penulis tersebut sanggup pergi setakat untuk samakan Prevé CFE kepada Lotus Evora.[49] Motortrivia menegaskan keyakinan syarikat Proton dengan Prevé, dengan pembuktian jaminan 5 tahun dan penetapan harga yang berpatutan berbanding dengan persaingan binaan Thai yang berasal Jepun.[50] Thanathep Thanesniratsai daripada HeadLight Magazine memuji Prevé dan mendakwa ia adalah setanding dengan kereta-kereta buatan Eropah dalam aspek pemanduan dan pengendalian.[42]

Proton Suprima S[sunting | sunting sumber]

Proton telah mengumumkan bahawa varian hatchback lima pintu bagi Proton Prevé (kod nama P3-22A) akan dikeluarkan pada tahun 2013.[51] Ia dilancarkan pada 17 Ogos 2013 dengan nama Proton Suprima S.[52]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • MOST AFFORDABLE 5-STAR CAR IN THAILAND - ASEAN NCAP GRAND PRIX AWARDS 2016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "P3-21A a global car in many aspects: Proton". New Straits Times. 15 March 2012. Dicapai pada 6 April 2013. 
  2. ^ a b Isabelle Lai, Lee Xian (18 March 2012). "Proton styling head and team find inspiration in Turin stint". The Star (Malaysia). Dicapai pada 9 April 2013. 
  3. ^ Hammerton, Ron (12 April 2012). "Proton hones global crash performance". goauto.com.au. 
  4. ^ "Proton Impian Saloon review (2001-2007)". autoexpress.co.uk. 29 December 2006. Dicapai pada 12 February 2013. 
  5. ^ Thorp, Chris (10 July 2007). "Proton Gen2 GSX". autoexpress.co.uk. Dicapai pada 12 February 2013. 
  6. ^ Whitley, Angus (27 February 2007). "Proton Posts Loss as Sales Slump to Lowest in 7 Years (Update2)". bloomberg.com. Dicapai pada 12 February 2013. 
  7. ^ R. Ali, Shahir (8 April 2009). "Proton Appoints Dr. Wolfgang Karl Epple As Director Of Quality". wemotor.com. Dicapai pada 24 December 2012. 
  8. ^ "Making of Proton Prevé". youtube.com / Proton Interactive. 24 April 2012. Dicapai pada 24 December 2012. 
  9. ^ Radu, Mihnea (9 December 2010). "Proton Tuah Concept Might Preview Next Generation Persona". autoevolution.com. Dicapai pada 24 December 2012. 
  10. ^ a b c "LAUNCH: Proton Preve (From RM59,990 to RM72,990 OTR)!". zerotohundred.com. 17 April 2012. Dicapai pada 14 February 2013. 
  11. ^ Tan, Paul (4 April 2012). "Proton Preve is the official name for the P3-21A!". paultan.org. Dicapai pada 12 February 2013. 
  12. ^ a b c Lim, Anthony (16 April 2012). "Proton Prevé with 1.6 turbo launched: RM60k – RM73k!". paultan.org. Dicapai pada 24 December 2012. 
  13. ^ a b c d "Proton Edar - Proton Prevé - Pricing & Specs". proton-edar.com.my. Dicapai pada 24 December 2012. 
  14. ^ a b c d e f g h i j k Ng, Chris (5 April 2012). "Proton Prevé – our first impressions of the IAFM+ and CFE". paultan.org. Dicapai pada 12 February 2013. 
  15. ^ "Prevé bookings hit 11,310". btimes.com.my. 14 June 2012. Dicapai pada 24 December 2012. 
  16. ^ Gasnier, Matt (2 July 2012). "Malaysia May 2012: Proton Prevé up to #7". bestsellingcarsblog.com. Dicapai pada 24 December 2012. 
  17. ^ Lim, Anthony (17 April 2012). "Proton Prevé Sapphire: hints of a SE version?". paultan.org. Dicapai pada 24 December 2012. 
  18. ^ Tan, Paul (16 July 2012). "Proton Preve R3 Concept at 2012 Malaysian Rally". paultan.org. Dicapai pada 14 February 2013. 
  19. ^ Hussein, Zain (8 October 2012). "Proton Reveals the Preve R3 Racer, Neo Soon to Resume Production". zerotohundred.com. Dicapai pada 14 February 2013. 
  20. ^ Tan, Danny (11 December 2012). "Proton R3 scores 1-2 finish in Sepang 1000km Race". paultan.org. Dicapai pada 14 February 2013. 
  21. ^ O'Kane, Tony (18 October 2012). "Proton Exora Shown In Sydney, Midsized Prevé Priced Below $20k". themotorreport.com.au. Dicapai pada 24 December 2012. 
  22. ^ Tan, Danny (28 November 2012). "Proton Prevé and Exora Prime launched at Thai Motor Expo, C-segment sedan priced from 625,000 baht". paultan.org. Dicapai pada 24 December 2012. 
  23. ^ a b "Proton Thailand (Phranakorn Auto Sale) - Proton Prevé - Specifications". protonthailand.com. Dicapai pada 24 December 2012. 
  24. ^ "Proton Thailand (Phranakorn Auto Sale) - Proton Prevé - Price". protonthailand.com. Dicapai pada 13 February 2013. 
  25. ^ "Proton Prevé Arrives In Brunei Darussalam". corporate.proton.com. 7 February 2013. Dicapai pada 10 February 2013. 
  26. ^ "Proton Prevé - sgCarMart". sgcarmart.com. Dicapai pada 27 May 2013. 
  27. ^ a b "Proton Singapore - Proton Prevé - Specifications". proton.com.sg. Dicapai pada 7 June 2013. 
  28. ^ Bayu Permadi Sasmita (13 June 2013). "2013 Proton Preve Sedan Launched in Indonesia, prices start from Rp 285 million". thecardriving.com. Dicapai pada 13 June 2013. 
  29. ^ Agung Kurniawan (13 June 2013). (Indonesia) "Sedan Kompak Proton Preve Dipatok Rp 285 Juta" Periksa nilai |url= (bantuan). otomotif.kompas.com. Dicapai pada 13 June 2013. 
  30. ^ "New Products Coming Soon". Proton U.K. Dicapai pada 13 June 2013. 
  31. ^ Tan, Danny (9 May 2012). "Left-hand drive Proton Prevé caught testing in Shah Alam!". paultan.org. Dicapai pada 24 December 2012. 
  32. ^ a b c "Proton Prevé - Styling". protonpreve.com. Dicapai pada 12 February 2013. 
  33. ^ Review of the Literature on Daytime Running Lights
  34. ^ IIHS: North American DRL studies
  35. ^ Europa.eu Press Release "New cars equipped with daytime running lights as of today"
  36. ^ Yao Han, Seow (21 April 2012). "How Does The 2012 Proton Prevé Compare Against C-Segment Rivals?". livelifedrive.com. Dicapai pada 24 December 2012. 
  37. ^ "Proton Prevé (Australia) - Pricing & Specs". protonpreve.com.au. Dicapai pada 24 December 2012. 
  38. ^ "Proton Edar Indonesia - Proton Prevé". proton-edar.co.id. Dicapai pada 13 June 2013. 
  39. ^ "ANCAP Safety Rating - Proton Prevé (From 2013)" (PDF). ancap.com.au. Dicapai pada 26 February 2013. 
  40. ^ "Malaysian ute's crash-test score sparks Consumer NZ safety warning". nzherald.co.nz. 16 October 2009. Dicapai pada 12 February 2013. 
  41. ^ Tan, Jonathan James (18 October 2012). "Proton Preve and Exora make their Australian debut". paultan.org. Dicapai pada 12 February 2013. 
  42. ^ a b c Thanesniratsai, Thanathep (17 January 2013). (Thai) "Test Drive Proton PREVE 1.6 CFE TURBO CVT-7: Let's Drive it to Believe it!!! (0-100 km/h in 9.82 Sec. / Top Speed 210 Km/h.!!)" Periksa nilai |url= (bantuan). headlightmag.com. Dicapai pada 21 January 2013. 
  43. ^ Tan, Danny (15 May 2012). "Proton Prevé Turbo CVT and IAFM Manual tested". paultan.org. Dicapai pada 24 December 2012. 
  44. ^ "2012 Proton Preve Review". livelifedrive.com. Dicapai pada 24 December 2012. 
  45. ^ "Proton Prevé - First Driving Impressions". autoworld.com.my. 4 April 2012. Dicapai pada 28 May 2013. 
  46. ^ (Melayu) "Preview Proton Prevé" Periksa nilai |url= (bantuan). funtastickodesign.wordpress.com. 5 April 2012. Dicapai pada 28 May 2013. 
  47. ^ a b DeGasperi, Daniel (16 May 2013). "Proton Preve Review". caradvice.com.au. Dicapai pada 29 May 2013. 
  48. ^ (Thai) "Malaysian Value" Periksa nilai |url= (bantuan). bangkokpost.com. 28 January 2013. Dicapai pada 28 May 2013. 
  49. ^ (Thai) "Proton Prevé sports car ... It's a Lotus" Periksa nilai |url= (bantuan). manager.co.th. 7 May 2013. Dicapai pada 28 May 2013. 
  50. ^ (Thai) "Proton Prevé Premium - สปอร์ตซีดานฝีเท้าจัด" Periksa nilai |url= (bantuan). motortrivia.com. 25 February 2013. Dicapai pada 28 May 2013. 
  51. ^ Tan, Jonathan James (22 October 2012). "Looking ahead: Proton's future, at home and abroad". paultan.org. Dicapai pada 24 December 2012. 
  52. ^ "Proton Suprima S official launch invitation letter". KeretaMoto.com. Dicapai pada 25 Ogos 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]