Proton Persona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Persona
2012 Proton Persona Standard in Cyberjaya, Malaysia (01).jpg
Maklumat
Pengilang Proton
Pengeluaran 1993–sekarang
Kelas Kereta padat / C (1993–2016)
Kereta subpadat / B (2016– )

Proton Persona merupakan siri kereta padat dan subpadat keluaran syarikat pengeluar kereta Malaysia, Proton.

Generasi pertama Proton Persona (C90) merujuk kepada model eksport bagi Proton Wira. Penggunan nama 'Proton Persona' pertama kali digunakan pada November 1993 di pasaran British. Persona asal ini kemudian disertai dengan model 3 pintu Persona Compact, dan model 2 pintu Persona Coupé.

Model generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada Ogos 2007. Siri CM merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri. Ia berasaskan pelantar Proton Gen-2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Gen-2. Persona CM menggantikan model sedan sedan Proton Wira bagi pasaran Malaysia dan C90 Persona bagi pasaran eksport.

Generasi ketiga Proton Persona (BH) dilancarkan pada Ogos 2016. Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz. Ia menggantikan terus model Persona CM berusia 9 tahun di negara sendiri.

Generasi pertama (C95, C96, C97, C98, C99; 1993–2007)[sunting | sunting sumber]

Proton Persona (C90)
1995-2003 Proton 416 (400 Series) in Cluj-Napoca, Romania.jpg
Maklumat
Juga dikenali Proton Wira
Siri Proton 400
Proton Natura
Kelas Kereta padat (C)
Stail badan Coupé 2 pintu
Hatchback 3 pintu
Sedan 4 pintu
Hatchback 5 pintu

Proton Wira dilancarkan bagi pasaran United Kingdom pada November 1993, di mana ia dijual sebagai 'Proton Persona'. Keluarga Persona asalnya terdiri daripada model sedan 4 pintu dan hatchback 5 pintu. Kemudian pada November 1995, model Persona Compact diperkenalkan, dan model 2 pintu Persona Coupé turut disertakan pada tahun 1997.[1] Model-model Compact dan Coupé merupakan pasangan British bagi Proton Satria dan Proton Putra di Malaysia. Bermula Ogos 2000, nama Satria dan Wira dilanjutkan ke pasaran British, dan model Coupé dihentikan pengeluarannya pada tahun 2001. Model Wira seterusnya digantikan dengan Proton Gen-2 serba baharu pada Februari 2004.

Proton Wira pertama kali dieksport ke Australia pada Mei 1995. Ia kemudian dinamakan sebagai 'Proton Persona' pada tahun 1996, dan terus dijual di sana sehingga tahun 2004.[2] Nama Persona turut digunakan bagi model sedan Wira di Chile.

Generasi kedua (CM6; 2007–2016)[sunting | sunting sumber]

Proton Persona (CM)
Proton Persona (front), Serdang.jpg
Maklumat
Juga dikenali Proton Gen-2 Persona
Kelas Kereta padat (C)
Stail badan Sedan 4 pintu
Proton Persona (CM) 2007-2010

Generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada 15 Ogos 2007.[3] Ia merupakan model pertama Proton yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri.

Persona CM dibina berasaskan pelantar Proton Gen-2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Gen-2. Bahagian selepas tiang B direka semula, dan kebanyakan daripada kelemahan pada Gen-2 turut diatasi.[3] Model-model terawal Persona CM dilengkapi enjin Campro S4PH 1.6 liter DOHC, tetapi model yang lebih kemudian menerima unit Campro IAFM yang ditambah baik. Persona CM merupakan model Proton paling laris sepanjang pengeluarannya, terjual sebanyak lebih 40,000 unit setiap tahun sebelum pelancaran Proton Preve.

Proton melancarkan Persona SE pada 26 Ogos 2008. Ia merupakan versi premium bagi Persona sedia ada dengan kit eksklusif dan kelengkapan mewah.[4] Persona CM diperbaharui pada Mac 2010 melalui pelancaran Persona Elegance.[5] Kebanyakan perubahan adalah merupakan perubahan kosmetik, serta membentuk penstailan luaran Persona untuk 6 tahun berikutnya.

Kemas kini terakhir bagi siri CM, Persona SV, dilancarkan pada November 2013.[6] Model SV menurunkan harga serta menyeragamkan ciri brek cakera hadapan dan belakang serta dua beg udara.

Generasi ketiga (BH6; 2016– )[sunting | sunting sumber]

Proton Persona (BH)
Proton-Persona-Red.jpg
Kelas Kereta subpadat (B)
Stail badan Sedan 4 pintu

Proton Persona generasi ketiga (BH) dilancarkan pada Ogos 2016.[7] Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan dan berkongsi enjin 1.6-litre VVT dan struktur asas yang sama seperti Iriz, tetapi bahagian luarannya direka semula bagi memberikan persona yang tersendiri.[8] Bahagian dalaman Persona BH kebanyakannya tidak berubah berbanding Iriz, kecuali skema dwiwarna baharu.

Persona BH diklasifikasikan satu kelas lebih rendah daripada Persona CM, tetapi ia menawarkan lebih ruang kepala, ruang kaki yang setanding dan but yang jauh lebih besar.[8] BH baharu juga lebih berkuasa, lebih jimat minyak dan lebih canggih daripada CM lama.[9]

Ia merupakan model terkini yang membawa falsafah USP baharu Proton iaitu 'keselamatan mampu milik', dan kesemua varian Persona BH dianugerahkan 5 bintang penuh oleh ASEAN NCAP.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. John Fordham (5 November 1995). "MOTORING: THE PROTON PERSONA COMPACT 1.5GLSI IN 0-60 SECONDS". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2016. Dicapai pada 7 September 2016. 
  2. "Proton Persona". GoAuto.com.au. 7 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2016. Dicapai pada 7 September 2016. 
  3. 3.0 3.1 Paul Tan (15 August 2007). "Proton Persona launched: Proton’s new sedan". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2016. Dicapai pada 14 August 2016.  Check date values in: |access-date=, |date=, |archive-date= (bantuan)
  4. Paul Tan (26 August 2008). "Proton Persona SE now on sale for RM59,800". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2016. Dicapai pada 15 August 2016.  Check date values in: |access-date=, |date=, |archive-date= (bantuan)
  5. Danny Tan (18 March 2010). "Proton Persona Elegance facelift – full details!". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2016. Dicapai pada 15 August 2016.  Check date values in: |access-date=, |date=, |archive-date= (bantuan)
  6. Jonathan James Tan (30 November 2013). "Proton Persona SV launched – from RM44,938". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2016. Dicapai pada 15 August 2016.  Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  7. Gerard Lye (23 August 2016). "2016 Proton Persona officially launched, RM46k-60k". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.  Check date values in: |date= (bantuan)
  8. 8.0 8.1 Danny Tan, Hafriz Shah (23 August 2016). "VIDEO: 2016 Proton Persona 1.6L walk-around tour". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.  Check date values in: |date= (bantuan)
  9. "Proton Persona". Driven Communications. 5 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016. 
  10. Gerard Lye (23 August 2016). "2016 Proton Persona awarded 5-star ASEAN NCAP safety rating; ESC, minimum two airbags across range". Driven Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2016. Dicapai pada 5 September 2016.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]