Publicis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Publicis Groupe S.A.
Société Anonyme
Euronext: PUB
Komponen CAC 40
ISINFR0000130577 Edit this on Wikidata
IndustriPengiklanan
Hubungan awam
Ditubuhkan1926; 95 tahun yang lalu (1926)
PengasasMarcel Bleustein-Blanchet
Ibu pejabatParis, Perancis
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Arthur Sadoun[1]
KeluaranPenjenamaan & identiti
Pemasaran
Penyelidikan pasaran
Perhubungan awam
Hasil €9,6 bilion (2015)[2]
€937 juta (2014)[2]
Laman web rasmi
www.publicisgroupe.com

Publicis Groupe S.A. ialah sebuah syarikat pengiklanan dan perhubungan awam multinasional Perancis. Syarikat ini merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi tertua di dunia, serta merupakan salah satu yang terbesar. Ia beribu pejabat di Paris.

Syarikat ini merupakan pemimpin dalam mendorong ledakan ekonomi Perancis pasca Perang Dunia II, terutama melalui pembangunan industri pengiklanan. Usaha syarikat ini berjaya kerana hubungan baiknya dengan sejumlah pejabat Pemerintah Perancis, penggunaan simbolnya yang cerdik untuk mempromosikan diri, serta kemampuannya dalam menarik pelbagai industri untuk menjadi kliennya.[3]

Syarikat ini merupakan salah satu dari empat agensi pengiklanan terbesar di dunia, bersama WPP, Interpublic, dan Omnicom.[4] Syarikat ini dipimpin oleh Arthur Sadoun dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan tradisional dan digital, perkhidmatan media, serta perkhidmatan pemasaran untuk klien nasional dan multinasional.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan pada 1926 oleh Marcel Bleustein-Blanchet yang pada ketika itu berusia 20 tahun.[5]

Pada tahun 2011, Publicis disebut sebagai syarikat pemasaran dengan pendapatan terbesar ketiga di dunia, mengalahkan Interpublic.[6] Sehingga akhir 2010, aktiviti digital dan negara berkembang menyumbang separuh dari jumlah pendapatan syarikat ini.

Syarikat ini beroperasi di lebih dari 202 bandar di 105 negara, dan memiliki perikatan strategi dengan Dentsu.

Pada Julai 2013, diumumkan bahawa Publicis Groupe dan Omnicom Group akan bergabung untuk membentuk Publicis Omnicom Group, namun pada Mei 2014, rancangan untuk penggabungan telah dibatalkan.[7][8]

Pada Februari 2015, Publicis memperolehi Sapient Corporation untuk membentuk Publicis.Sapient sebagai rangkaian digital terbesar di dunia, yang pada ketika itu termasuk SapientNitro, Sapient Consulting, DigitasLBI, dan RazorfishGlobal.[9]

Pada Disember 2015, Publicis mengumumkan struktur organisasi baru yang terdiri dari empat pembahagian utama, yakni:[10]

  • Publicis Communications (mengandungi rangkaian kreatif Leo Burnett Worldwide, Publicis Worldwide, Saatchi & Saatchi, Bartle Bogle Hegarty (BBH), perunding rekaan dan teknologi global Nurun, serta penerbitan kreatif Prodigious Brand Logistics dan agensi perhubungan am global MSLGROUP) di bawah kepimpinan Arthur Sadoun;
  • Publicis Media (mengendungi keupayaan rancangan dan pengadaan media dari Starcom Mediavest Group, serta ZenithOptimedia) di bawah kepimpinan Steve King;
  • Publicis.Sapient (berisi agen digital dan teknologi Razorfish, DigitasLBi, serta Sapient Corporation) di bawah kepimpinan Alan Herrick;
  • Publicis Healthcare, telah lama wujud berada di bawah keimpinan Nick Colucci.

Selain itu, Laura Desmond dilantik sebagai Pengarah Pendapatan, untuk memimpin 20 orang Pengarah Klien yang masing-masing menerajui pasukan klien di semua entiti milik Publicis Groupe. Struktur organisasi baru tersebut mula berlaku pada 1 Januari 2016.[11]

Sejak 2016, Publicis bersama Groupe Les Echos mengadakan persidangan teknologi tahunan bernama Viva Technology.[12]

Pada tahun 2017, CEO Maurice Lévy menggantikan Elisabeth Badinter (anak Bleustein-Blanchet) sebagai pengerusi lembaga pengarah dan jawatannya sebagai CEO diserahkan kepada Arthur Sadoun.

Pada21 Januari 2019, Publicis mengumumkan penjualan dua agensi miliknya di Amerika Latin, iaitu NovaDigitas dan Pixeldigital ke BancroftX untuk membentuk sebuah syarikat pemasaran baru di bawah BancroftX.[13]

Pada 14 April 2019, Publicis mengumumkan pemerolehan sebanyak $4,4 bilion terhadap Epsilon.[14]

Pada 4 Februari 2020, Publicis Groupe India mengumumkan penggabungan Arc Worldwide Solutions dan Ecosys OOH untuk membentuk ‘Publicis In-Motion’.[15]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini memiliki sejumlah syarikat pengiklanan yang mengendalikan pelbagai aktiviti media, seperti komunikasi dalam talian interaktif dan selular, televisyen, majalah & akhbar, pawagam dan radio, serta pengiklanan luaran. Perkhidmatan pemasaran yang ditawarkan syarikat ini termasuk perkhidmatan jualan langsung/pengurusan hubungan pelanggan, promosi penjualan, komunikasi penjagaan kesihatan, komunikasi pelbagai budaya dan etnik, komunikasi kewangan dan syarikat, infrastruktur sumber manusia, hubungan am, perkhidmatan rekabentuk, komunikasi interaktif, pemasaran dan pengurusan acara, pemasaran sukan, serta penerbitan dan perkhidmatan pra-akhbar.[16] Perkhidmatan medianya termasuk perancangan media, pengadaan media, dan penjualan media. Vivaki milik Publicis Groupe[17] juga membangunkan sebuah platform teknologi yang disokong oleh Microsoft, Google, Yahoo!, dan AOL, bernama Platform A guna menawarkan pengiklan sebuah kemampuan untuk mesasarkan penonton tertentu melalui satu kempen di pelbagai rangkaian.[petikan diperlukan]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Qorvis, anak syarikat Publicis Amerika Syarikat, telah bekerja untuk Arab Saudi sejak Serangan 11 September dan dituduh telah membantu menutupi rakam jejak Arab Saudi di bidang hak asasi manusia.[18][19] Baru-baru ini, penulis Ken Klippenstein menerima dokumen bocor dari Qorvis, yang menunjukkan bahawa Qorvis mengusulkan sejumlah idea untuk sebuah video propaganda selama empat atau lima minit, yang diharapkan dapat meningkatkan reputasi kemudahan penampungan anak syarikat di Homestead, Florida.[20][21]

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Sehingga Oktober 2015, anak syarikat utama Publicis ialah:[22]

PublicisLive[sunting | sunting sumber]

PublicisLive ialah sebuah syarikat komunikasi strategik dan pengurusan acara global yang ditubuhkan pada tahun 1995 dan memiliki ibu pejabat di Abu Dhabi, Dubai, Geneva, Istanbul, Kigali, dan Paris. PublicisLive merupakan sebahagian dari Publicis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.forbes.com/companies/publicis-groupe/#1ec17c427887
  2. ^ a b "Publicis Groupe : 2015 Annual Results". Publicis Groupe. Dicapai pada 30 September 2016.
  3. ^ Clark Hultquist, "Publicis and the French advertising world, 1946--1968" Essays in Economic & Business History (2009) 27: 61-76.
  4. ^ Elliott, Stuart (31 March 2002). "Advertising's Big Four: It's Their World Now". The New York Times. Dicapai pada 3 October 2017.
  5. ^ Garside, Juliette (28 July 2013). "Omnicom and Publicis merger creates communications giant". The Guardian. Dicapai pada 3 October 2017.
  6. ^ Brand Republic. "WPP overtakes Omnicom as biggest marketing group". Dicapai pada 12 April 2011.
  7. ^ Channick, Robert (28 July 2013). "Leo Burnett parent in huge ad merger deal". Chicago Tribune. Dicapai pada 3 October 2017.
  8. ^ Celles, David (8 May 2014). "At Odds, Omnicom and Publicis End Merger". New York Times. Dicapai pada 3 October 2017.
  9. ^ "SapientRazorfish Lays Off 100 in U.S. as Publicis Prepares to Retire the Brand, Sources Say". adweek.com. 2018-07-12. Dicapai pada 2019-01-17.
  10. ^ "Publicis Groupe Unveils Major Restructuring Plan for 2016". adweek.com. 2015-12-02. Dicapai pada 2019-01-14.
  11. ^ "Publicis Groupe Transformation DEF" (PDF). 2 December 2015.
  12. ^ "Viva Technology". Dicapai pada 2019-12-17.
  13. ^ Margaret, Bloomberg (2019-01-21). "BANCROFTx' buys Publicis Latam agencies: deal non-discloused". www.bancroftx.com. Dicapai pada 2019-02-17.
  14. ^ Graham, Megan (2019-04-15). "Publicis' $4.4 billion acquisition of Epsilon: analysts skeptical". www.cnbc.com. Dicapai pada 2019-04-17.
  15. ^ Tewari, Saumya (2020-02-04). "Publicis Groupe merges two agencies to create Publicis In-Motion". livemint.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-04.
  16. ^ History of Digital Pre-Press Services(last checked on 11 February 2008)
  17. ^ "About - VivaKi". Diarkib daripada yang asal pada 23 Oktober 2016. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  18. ^ Green, Chris (17 March 2016). "PR firm accused of helping Saudi Arabia 'whitewash' its human rights record". The Independent. Dicapai pada 3 October 2017.
  19. ^ "Supplemental Statement Pursuant to the Foreign Agents Registration Act of 1938" (PDF). fara.gov. Foreign Agents Registration Act. 5 April 2015. m/s. 12. Dicapai pada 3 October 2017.
  20. ^ Inc, The Young Turks. "Saudi-Linked Lobby Group Pitched Film to Humanize Child Detention Camp". TYT Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-19.
  21. ^ "Guess We'll Never Get To See 'Baby Jails: The Movie' Now". Wonkette. 9 September 2019.
  22. ^ "Publicis Groupe | Our Brands". PublicisGroupe.com. Dicapai pada 3 October 2017.
  23. ^ Groupe, Publicis. "Publicis Groupe".
  24. ^ "3-SHARE – Adobe Experience Manager Experts". www.3sharecorp.com. Dicapai pada 3 October 2017.
  25. ^ Groupe, Publicis. "Publicis Groupe Acquires 3|Share, Adobe Digital Marketing Experts". GlobeNewswire News Room (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 October 2017.
  26. ^ "Rosetta is an Agency Focused on Customer Engagement". Rosetta. Dicapai pada 3 October 2017.
  27. ^ Groupe, Publicis. "Publicis Groupe".

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Clark Hultquist, "Publicis and the French advertising world, 1946--1968" Essays in Economic & Business History (2009) 27: 61-76

Pautan luar[sunting | sunting sumber]