Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Penerbitan dan Percetakan adalah hasil penstrukturan Pusat Teknologi Pendidikan (PTP) dan Pejabat Penerbit pada tahun 1999. Pada awalnya pusat ini dinamakan Pusat Penerbitan dan Teknologi Pendidikan dan ditukar nama Pusat Penerbitan dan PERCETAKAN pada tahun 2003. Pusat ini terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian Editorial (Penerbit UKM), Percetakan, Multimedia, Korporat dan Pemasaran, dan Pembangunan dan Latihan. Walau bagaimanapun pada tahun 2005, Mesyuarat Pengurusan Universiti telah memutuskan supaya disusun semula kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Editorial, Bahagian Multimedia dan Bahagian Percetakan.

Peranan Pusat

Merancang serta menetapkan peraturan penerbitan dan percetakan universiti. Berfungsi sebagai pusat penerbitan ilmiah dan universiti. Memberi perkhidmatan rakaman dan penerbitan video serta fotografi acara rasmi universiti. Menghasilkan terbitan antaranya dalam bentuk buku, terbitan berkala, cenderamata, prosiding, bahan promosi dan publisiti serta terbitan rencam yang lain Memasar dan mempamerkan terbitan ilmiah dan universiti. Misi

Membentuk satu organisasi yang menjadi penyalur dan penyebar korpus ilmu peribumi dan pemikiran Bangi yang mantap dan berkesan sesuai dengan cabaran globalisasi semasa melalui penerbitan.

Wawasan

Menjadi peneraju penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti dalam dunia komunikasi ilmiah

Matlamat

Memperkasakan ilmu peribumi Malaysiana serta Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti..

Bermula 1 November 2008 Pusat Penerbitan dan Percetakan telah ditukar nama menjadi Penerbit UKM dengan fungsi dan matlamatnya tidak berubah.

Laman web Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine