Tunku Naquiyuddin
Tunku Naquiyuddin | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tunku Laksamana Negeri Sembilan | |||||
![]() | |||||
Keputeraan | Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu | 8 Mac 1947||||
Pasangan | Tunku Nurul Hayati Tunku Bahador | ||||
| |||||
Dinasti | Pagaruyung - Kerabat Yamtuan Raden | ||||
Ayahanda | Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | ||||
Bonda | Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin |
![]() |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 |
Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar ialah putera sulung Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Baginda pernah berkhidmat sebagai pemangku raja Negeri Sembilan dari 1994-1999 apabila ayahandanya dipilih sebagai Agong.[1]
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Tunku Naquiyuddin ialah seorang bekas diplomat dan ahli perniagaan yang aktif dengan minat yang merangkumi spektrum yang luas. Baginda diputerakan pada 8 Mac 1947, di bandar diraja Seri Menanti.
Tunku Naquiyuddin belajar di Sekolah Anderson, Ipoh; Sekolah Tuanku Besar, Tampin; Junio King's School, Sturry, Kent; King's School, Canterbury; dan belajar politik antarabangsa di Kolej Universiti Wales di Aberystwyth dan lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Ekonomi dari kolej yang sama.
Beliau berkhidmat di Kementerian Luar dan telah dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Paris. Tunku Naquiyuddin kemudiannya mengetuai Antah Holdings Berhad sebagai Pengerusinya, jawatan yang disandang sehingga 2007, yang telah dikosongkan selama tempoh 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pemangku Raja Negeri Sembilan dari 1994 hingga 1999.
Baginda merupakan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)[2].
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Tunku Naquiyuddin berkahwin dengan puteri kelahiran Perlis, Tunku Puan Muda Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahadur. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan:
- Tunku Mohamed Alauddin (lahir 9 Februari 1978).
- Tunku Alia Nadira (lahir pada 1980).
- Tunku Nadia Sahiya (lahir pada 1982).
- Tunku Khairul Zaim (lahir pada 1985).
Kepujian[sunting | sunting sumber]
Dia telah dianugerahkan: [3]
Darjah kebesaran Malaysia[sunting | sunting sumber]
Negeri Sembilan
Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS)
Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (DKYR)
Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - 1991
Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (S.P.T.J.)
Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
Penghormatan asing[sunting | sunting sumber]
Chile
- Knight Grand Cross of the Order of Bernardo O'Higgins (2004)
Perancis: [5] [6]
- Ordre national du Mérite (Officier) (1998)
- Ordre National de la Légion D'honneur (2005)
- Ordre des Palmes académiques
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Laman Web "Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd", pembentangan Lembaga Pengarah dengan gambar Tunku Naquiyuddin
- ^ Ahcg Diarkibkan 2012-11-25 di Wayback Machine
- ^ Abd. Halim Hadi (Ogos 21, 2020). "UKM lancar syiling sempena Jubli Emas". Malakat Tribune News. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ Malay Blog "theadmirehunkz"
- ^ Perlis awarded decorations Diarkibkan 2013-09-25 di Wayback Machine
- ^ Tunku Naquiyuddin, Executive Chairman of the Board of Directors of Antah HealthCare Group Diarkibkan 2012-11-25 di Wayback Machine
- ^ Aberystwyth University, Profile of Naquiyuddin Diarkibkan 2013-12-15 di Wayback Machine