Ragam P. Ramlee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ragam P. Ramlee
Pengarah P. Ramlee
Penulis Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayangkan
1964
Tempoh tayangan
100 Minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Ragam P. Ramlee merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1964. Filem Ragam P. Ramlee diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Ragam P. Ramlee diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1964.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dibahagikan kepada tiga segmen

  1. Drama Musikal - Ramlee & Saloma
  2. Drama Komedi - Mintak Nombor Ekor
  3. Drama Purba - Damaq

Ramlee & Saloma - P. Ramlee dan Saloma mempersembahkan tujuh buah lagu secara solo dan berduet, iaitu lagu Hancur Badan DiKandung Tanah, Ku Kehilangan Kanda, Aduh Sayang, Damak, Di Pinggiran, Kuala Lumpur, dan Joget Malaysia.


Minta Nombor Ekor - Kisah dua orang sahabat, Ramlee dan Raden yang menyewa di sebuah bilik. Mereka ingin cepat menjadi kaya dan selalu bermain judi 'tiga nombor ekor'. Berbagai cara dilakukan oleh mereka semata-mata untuk mendapatkan nombor yang paling bertuah. Mereka berdua juga mencintai gadis yang sama bernama Safiah yang bekerja di kedai nombor ekor itu.

    • Babak ini telah dibuang dari siaran TV sejak 90an kononnya nak mendidik rakyat Malaysia terutama orang melayu beragama Islam yang pada saat itu jadikan nombor ekor sebagai jalan untuk kaya.
  • Kini Filem tentang nombor ekor yang lain sudah mula ditayang seperti 'Sikit punya gila' lakonan Dharma Harun Al Rasyid tetapi babak dalam Ragam P. Ramlee seperti sudah hilang dari simpanan.


Damaq - Di sebuah kampung, tinggal Kenanga bersama abangnya, Anggerik. Ibubapa mereka telah lama meninggal dunia. Anggerik seorang peniaga yang sering berdagang ke serata pekan dan negeri. Oleh kerana bimbangkan keselamatan adiknya semasa ketiadaannya, Anggerik telah merancang untuk menjodohkan Kenanga dengan Damaq, seorang perwira muda di kampung tersebut. Oleh kerana kejelitaan Kenanga, ramai pemuda berangan untuk menjadi pasangannya. Pada suatu hari, seorang pemuda bernama Teruna datang ke rumah Anggerik dengan harapan untuk meminang Kenanga. Oleh kerana janjinya pada Damaq, Anggerik telah menolak hajat Teruna yang merupakan adik kepada seorang pendekar bernama Bujang. Teruna menaruh dendam untuk merampas Kenanga dengan menghapuskan Damaq. Malangnya, Damaq telah menamatkan riwayat Teruna.  Pendekar Bujang yang handal bersumpah untuk membela kematian adiknya...

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Drama Musikal

  1. P. Ramlee
  2. Saloma

Diacarakan oleh Fadzliyaton

Drama Komedi - Mintak Nombor Ekor

  1. P. Ramlee
  2. Raden Sudiro
  3. Sophia Ibrahim

Drama Purba - Damaq

  1. P. Ramlee
  2. Kasma Booty
  3. Ali Rahman
  4. Mahmud June
  5. Idris Hashim
  6. Minah Hashim
  7. Yusof Banjar

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Hancur Badan Kandung Tanah
  • Ku Kehilangan Kanda
  • Damaq
  • Aduh Sayang
  • Di Pinggiran
  • Kuala Lumpur
  • Joget Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]