Pergi ke kandungan

Razali Buyong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Razali Buyong
KelahiranOktober 1943 (umur 8283)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1977–kini
PasanganSabiyah @ Misah Mahabot
Anak-anak6

Razali Buyong (lahir Oktober 1943) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1][2][3]

Razali Buyong memulakan kerjaya awal sebagai pembantu hospital di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kerjaya lakonannya bermula sejak 1977. Lima tahun kemudian, iaitu pada 1982, beliau mendapat kejayaan meluas dengan membintangi drama Opah yang disiarkan di TV1 dengan melakonkan watak sebagai Osman.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Razali ialah anak kepada pasangan Aminah Samad dan Buyong Katib. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 7 tahun.[1][4]

Beliau berkahwin dengan Sabiyah @ Misah Mahabot dan dikurniakan enam anak serta 21 cucu.[1][5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1979 Degup Jantung TV1 Drama pertama
1983–2000 Opah Osman
2009 Keliwon (Musim 1) Pak Man TV3 Episod; "Tiang Seri"
Keliwon (Musim 2) Imam Mahat Episod; "Laut Hitam"
2011 Annissa Pak Ngah
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Pak Lan Astro Oasis Episod; "Pembalasan Dunia"

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Jalan Pintas ke Neraka TV3
2010 Kau Yang Satu Imam Ismail
2012 Rahmat... Ana Nak Susu Lelaki Berjubah Astro Oasis Penampilan khas
  1. 1 2 3 4 Rozdan Mazalan (26 Jun 2017). "Suka duka bintang drama Opah". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  2. Kemalia Othman (15 Julai 2013). "'Jangan Berhenti Kerja Kerana Glamor' – Razali Buyong". mStar Online. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  3. Nafsiah Jani (30 Disember 2020). "Radzali Buyong rindu dunia lakonan". Bebas News. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  4. Rozdan Mazalan (27 Jun 2017). "Razali rindu arwah bonda". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mac 2022.
  5. Wan Asrudi Wan Hasan (8 April 2008). "Razali kongsi kegembiraan". Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2021.