Annissa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Annissa
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAmie Maziah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dimana-Dimana" oleh 3 Suara
Lagu penutup"Beribu Sesalan" oleh 3 Suara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Norazhar Baharuddin
PenerbitFadzil Teh
Penyunting
  • Wan Ahmad Ruzwan
  • Iqbal Idris
SinematografiDin Pahang
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal31 Mei 2011 – 21 Julai 2011

Annissa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Rozita Che Wan, Fiza Halim, Farahdhiya, Aida Aris, Eizlan Yusoff dan Zamarul Hisham. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 31 Mei 2011 hingga 21 Julai 2011 menggantikan Sahara.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Atas dasar kepercayaan, empat wanita yang sudah berkenalan rapat sejak kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tumbuh dalam hubungan persahabatan yang telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Halim), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Farahdhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation. Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisham) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Dimana-Dimana" - 3 Suara
  • "Beribu Sesalan" - 3 Suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Annissa hebat Utusan Malaysia (24 Julai 2011). Dicapai pada 31 Mei 2012.
  2. ^ Annissa (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 16 Mei 2019.