Bil Azali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bil Azali
KelahiranMohamad Nabil Bin Azali
(1992-11-11) 11 November 1992 (umur 27)
Depok, Pahang, Malaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2010–kini

Bil Azali (lahir Mohamad Nabil Bin Azali; 11 November 1992) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim kedua.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bil Azali dilahirkan di Depok, Pahang. Namanya menjadi bualan media sekitar awal September 2015 berikutan tindakannya menumbuk abang iparnya, penyanyi Asfan Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika Asfan sedang menunggu isterinya pulang dari Perancis.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat Bil Azali mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua. Pada 2012, beliau berlakon di samping Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi; beliau memegang watak Jaydee. Bil mempunyai peranan pembantu dalam drama Astana Cinta Aleesa yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Bil membuat penampilan filem pertama menerusi filem seram Apartment arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 2015.

Bermula 12 November 2015 hingga 19 Januari 2016, Beliau muncul bersama Ezzaty Abdullah, Redza Rosli dan Azira Shafinaz dalam siri drama Stella yang bersiaran di TV9. Bil memegang watak sebagai Zaidi dalam drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku yang mencipta fenomena luar biasa di televisyen. Beliau berlakon bersama Ajak Shiro dalam filem aksi komedi Rempit Sampai Langit arahan Silver Chung yang ditayangkan pada 23 November 2017.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Apartment Pierre Andre Filem pertama
2017 Rempit Sampai Langit Silver Chung

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Tangisan Bulan Madu TV2
2011 Kelong Kasih Zairi TV1
Kurma Ajwa Untuk Najwa TV AlHijrah
Kasih Najihah TV9
2012 Cinta Jangan Pergi Jaydee TV9
2013 Ku Cinta Kau Seorang Razman TV3
2014 Selamat Pengantin Madu TV3
Jalan Kembali TV2
Astana Cinta Aleesa Jimmy TV9
#Antidot Kamil TV3
2015 Stella Ally TV9
Bercakap Dengan Jin Astro Ria
Rubber Band Aidan TV3
Padamu Aku Bersujud Khairi TV3
Angin Syurga TV2
Ayuni Safira TV9
2016 Lara Terindah Ali TV3
7 Hari Mencintaiku Dr Zaidi TV9

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Adiguru
2012 Nur Iman
2013 Janji Hati
Muat Tak Muat
2016 Isteriku Miss Sally

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2010 Pilih Kasih (Musim 2) Dirinya sendiri/Peserta RTM

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih N/A Finalis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurfarahana Mohamed (3 September 2015). Tak menyesal tumbuk Asfan Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 September 2015.
  2. ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]