Republik Turkestan Timur Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Islam Turki Turkestan Timur atau
Republik Uyghurstan

شەرقىي تۈركىستان جۇمۇھۇرىيىتى
1933 - 1934
Flag of Turkestan Timur
Flag
StatusNegeri satelit bagi China
Ibu kotaKashgar
Bahasa lazimUyghur
Agama
Islam
Era sejarahTempoh antara perang
• Diasaskan
1933
• Dibubarkan
1934
MatawangSyiling tembaga (pul), perak (tanga), emas (tilla) yang dicetak di Kashgar pada 1933 di bawah nama Uyghurstan Jumhuriyetti
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik China
Republik China

Republik Turkestan Timur Pertama (RTT), atau Republik Islam Turki Turkestan Timur (TIRET), atau, Republik Uyghurstan, adalah sebuah negara yang mempunyai hayat singkat yang mengambil pendekatan republik berperlembagaan yang ditubuhkan pada tahun 1933. Ia terletak di tengah-tengah kota Kashgar di mana kini terletak di wilayah Xinjiang yang ditadbir oleh Republik Rakyat China. RTT memiliki penduduk berbilang bangsa seperti Kazakh, Kyrgyz, dan minoriti-minoriti Turkik lain.

Republik Turkestan Timur Pertama dihapuskan dengan penyingkiran Kashgar pada tahun 1934 oleh ketua-ketua puak Hui yang secara teorinya bersekutu dengan kerajaan Kuomintang di Nanjing. Walau bagaimanapun, tinggalannya menjadi aspirasi kepada penubuhan Republik Turkestan Timur Kedua satu dekad kemudian, dan terus mempengaruhi penyokong nationalis Uyghur moden untuk menubuhkan sebuah negara Turkestan Timur merdeka.[petikan diperlukan] Isa Alptekin adalah setiausaha agung bagi Republik Turkestan Timur Pertama.