Rhina Bhar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dato' Rhina Bhar (lahir 4 November 1949 di Perlis) merupakan ahli politik Malaysia dari parti Gerakan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Suaminya Eugene Joseph Amato dan mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Dr. Justine Bhar Amato.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Convent Pulau Tikus dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Tingkatan 6 di Francis College dan London Tutorial College. Beliau memperoleh diploma dalam hubungan antarabangsa dari University College London pada 1972. Pada tahun 1975, beliau mendapat kelulusan Barrister-at-Law daripada Grays Inn, London.

Selepas belajar , beliau menjadi peguam di Pulau Pinang.Beliau juga ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang selama 6 tahun.


Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 beliau kalah di kawasan Parlimen Jelutong kepada Karpal Singh dari DAP.Rhina mendapat 21613 undi sementara Karpal Singh menang, mendapat 21896 undi.

Beliau dilantik sebagai Senator dan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Beliau adalah Ketua Wanita Gerakan di Bukit Bendera.

Rhina Bhar merupakan pengerusi kebangsaan bahagian wanita parti Gerakandan Timbalan Presiden Kebangsaan Gerakan kemudian Ketua Wanita Gerakan. Pada 27 Ogos 2005, beliau dan Datuk Dr Tan Kee Kwong tewas dalam pemilihan Naib Presiden Gerakan.

Pada 23 April 2008,setelah 30 tahun dalam Gerakan, Rhina Bhar keluar parti kerana tidak setuju dengan sikap perkauman oleh Presidennya Lim Keng Yaik. Presiden Dr Koh Tsu Koon pula tidak meletakkan calon India dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 sehingga berlakunya tsunami politik. Kaum Cina sangat dominan dalam parti itu. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Teng Hock Nan menerima surat perletakan jawatan beliau. Datuk Lee Kah Choon Timbalan Setiausaha Agung Gerakan juga keluar dari Gerakan. Sebenarnya wakil India iaitu Datuk Dr S. Vijayaratnam dan A. Kohilan Pillay telah dilantik sebagai Senator.[1]

Khidmat masyarakat[sunting | sunting sumber]

Rhina Bhar menjadi penasihat undang-undangPusat Spastik Pulau pinang selama 5 tahun, Women Centre for Change serta kuil-kuil Hindu dan Cina. Beliau memberi nasihat undang-undang secara percuma di Pusat Perkhidmatan Kebun Bunga, Pulau Pinang. Beliau ialah Presiden Persatuan Gerakan Wanita Malaysia dan ahli lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang selama setahun.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dikurnia Pingat Jasa Kebaktian(P.J.K) (1984) dan bintang darjah setia pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.S.P.N) yg membawa gelaran Dato' (2002) oleh Yang diPertua Negeri Pulau Pinang. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Biografi Tokoh Wanita Malaysia oleh PERTIWI dicetak oleh Pelanduk Publications