Robert Kuok Hock Nien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Robert Kuok" dilencongkan di sini.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Kuok.
Robert Kuok
郭 鶴 年
KelahiranKuok Hock Nien
(1923-10-06) 6 Oktober 1923 (umur 95)
Johor Bahru, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanHong Kong[1]
Nama lainChing Ching
KerakyatanMalaysia[1]
PekerjaanPengerusi, Shangri-La Hotels and Resorts Chain
Nilai bersih US$ 12.5 bilion (anggaran)
(Mac 2011)[1]
PasanganHo Poh Lin, 謝碧蓉
Anaklapan[1]

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 郭鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923) merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.[1]

Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinasional, Kumpulan Kuok.[2] Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Robert Kuok still Malaysia's richest man". New Straits Times. Dicapai 17 Februari 2012. 
  2. ^ "Bloomberg Billionaires Index". Bloomberg LP.