Rosamund Pike

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rosamund Pike
Pike pada tahun 2014
Kelahiran (1979-01-27) 27 Januari 1979 (umur 45)
Pusat pendidikanKolej Wadham, Oxford
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1998–sekarang
Rakan kongsi domestikRobie Uniacke (2009–sekarang)
Anak-anak2

Rosamund Mary Ellen Pike[1][2] (lahir 27 Januari 1979) ialah seorang pelakon Inggeris. Kredit layar pertamanya adalah pada tahun 1998 untuk filem televisyen, A Rather English Marriage dan beliau mula mendapat perhatian apabila dipilih ketika berumur 21 tahun sebagai gadis Bond, Miranda Frost dalam Die Another Day (2002). Beliau memenangi Anugerah BIFA bagi kategori Pelakon Wanita Sokongan Terbaik pada tahun 2004 untuk filem The Libertine; dan juga menerima pencalonan BIFA untuk lakonannya sebagai Helen dalam An Education (2009) dan Lisa dalam Made in Dagenham (2010).

Penmapilan filem yang lain termasuk sebagai Jane Bennet dalam Pride & Prejudice (2005), Fracture (2007), Barney's Version (2010) dan Gone Girl (2014). Lakonannya sebagai Amy Elliott Dunne dalam Gone Girl mendapat pujian kritis dimana beliau mendapat pencalonan pelbagai anugerah.

Di televisyen, Pike melakonkan watak Gudrun Brangwen dalam Women in Love pada tahun 2011. Di pentas, beliau berlakon di West End untuk beberapa produksi termasuk Hitchcock Blonde pada tahun 2003, Summer and Smoke pada tahun 2006, Gas Light pada tahun 2007 dan Hedda Gabler pada tahun 2010.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pike dilahirkan di Hammersmith, London, satu-satunya anak kepada penyanyi opera, Caroline (née Friend) dan Julian Pike.[3] Bapa Pike adalah profesor muzik dan ketua Kajian Opera di Birmingham Conservatoire.[4]

Keluarga Pike menjelajah seluruh Eropah sehingga beliau berumur tujuh tahun, mengikuti ibu-bapanya dimana-dimana sahaja mereka melakukan persembahan.[4] Pike mendapat biasiswa ke Sekolah Badminton di Bristol,[4] dan ketika muncul sebagai Juliet dalam sebuah produksi Romeo dan Juliet di National Youth Theatre, beliau dijumpai oleh seorang agen yang membantunya memulakan karier profesional.[4]

Selepas ditolak oleh setiap sekolah pentas yang dimohonnya, beliau mendapat tempat di Kolej Wadham, Oxford dimana beliau menamatkan pengajian.[4] Beliau mengambil cuti setahun untuk mengejar karier lakonan, mendapat pengalaman pentas dalam Skylight, All My Sons dan beberapa lakonan oleh Shakespeare; beliau mendapat ijazah kelas Kedua Atas pada tahun 2001.[5]

Karier[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau masih di Oxford, Pike berlakon dan mengarah pelbagai lakonan pentas termasuk satu oleh Simon Chesterman.[6] Beliau juga membuat penampilan di dalam drama televisyen British termasuk A Rather English Marriage (1998),[7] Wives and Daughters (1999) dan Love in a Cold Climate (2001), sebuah minisiri berdasarkan Nancy Mitford, The Pursuit of Love dan Love in a Cold Climate. Beliau juga muncul sebagai Sarah Beaumont di dalam sebuah episod siri Foyle's War.

Pike ketika pembukaan Barney's Version semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010

Selepas menamatkan pengajian, beliau mempertimbang untuk bekerja di kedai buku Waterstone kerana kekurangan peluang lakonan[4] tetapi beliau ditawarkan peranan sebagai gadis Bond dalam Die Another Day. Beliau juga muncul dalam rancangan istimewa, Bond Girls Are Forever dan penghormatan BAFTA untuk siri James Bond. Pike kemudiannya berlakon sebagai Elizabeth Malet dalam The Libertine (2004), juga dibintangi Johnny Depp,[8] dan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Sokongan Terbaik di Anugerah Filem Bebas British.[9] Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Rose dalam The Promised Land, sebuah filem tentang Israel,[7] dan membintangi sebagai Samantha Grimm dalam Doom.[10] Pada tahun 2005, beliau muncul sebagai Jane dalam Pride & Prejudice. Pike kemudiannya membintangi Fugitive Pieces. Beliau juga membintangi Fracture bersama Anthony Hopkins dan Ryan Gosling.

Kredit pentas beliau termasuk Hitchcock Blonde oleh Terry Johnson (dalam peranan yang memerlukan beliau untuk muncul bogel sepenuhnya dan hanya memakai sepasang kasut tumit tinggi)[11] dan Summer and Smoke, kedua-duanya di West End dan Gaslight di Old Vic Theatre.[12] Pike berkata beliau akan gembira untuk melakukan sekurang-kurangnya satu lakonan pentas setiap tahun.[13] Pada tahun 2009, beliau berlakon dalam Madame De Sade.[14]

Pike di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010

Beliau muncul dalam filem British, Made in Dagenham dan filem Kanada, Barney's Version dimana beliau berlakon sebagai Miriam. Pada tahun 2010, beliau membintangi produksi Hedda Gabler.[15] Pike menyuarakan watak utama dalam filem Jackboots on Whitehall dan meminjam suaranya untuk siri baru buku audio James Bond, menyuarakan The Spy Who Loved Me.[16] Pada tahun 2010, Pike melakonkan watak Pussy Galore di dalam adaptasi BBC Radio 4, Goldfinger. Pada tahun 2011, Pike melakonkan watak Kate Sumner dalam Johnny English Reborn. Filem ini merupakan sekuel filem 2003, Johnny English dan mencapai kejayaan box office, mengutip lebih daripada $160 juta.

Pada tahun 2012, beliau melakonkan watak Ratu Andromeda dalam Wrath of the Titans. Walaupun filem ini kurang diterima baik oleh pengkritik, ia mencatat lebih daripada $300 juta dan pengkritik menganggap lakonannya sebagai salah satu kemuncak filem ini.[17][18] Beliau juga membintangi sebagai Helen Rodin dalam Jack Reacher, sebuah adaptasi novel One Shot oleh Lee Child. Filem ini mendapat penerimaan positif dan mengutip lebih daripada $218 juta.[19]

Selepas peranan sokongan dalam The World's End (2013), Pike merupakan watak utama dalam Gone Girl (2014), adaptasi dari novel Gillian Flynn dengan tajuk yang sama.[20] Juga dibintangi Ben Affleck, Pike berlakon sebagai Amy Dunne.[21][22] Filem ini merupakan satu kejayaan box office, mengutip lebih daripada $356 juta.[23] Filem ini dan lakonan Pike mendapat pujian meluas daripada pengkritik.[24]

Sejak tahun 2015, beliau menyuarakan watak Lady Penelope Creighton-Ward dalam Thunderbirds Are Go dihasilkan oleh ITV.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Semasa di Oxford, Pike mempunyai hubungan dengan pelakon dan pelajar, Simon Woods yang berkekalan selama dua tahun.[25] Walaupun berpisah, kedua-dua mereka kemudiannya berlakon sebagai Jane Bennet dan Charles Bingley dalam Pride & Prejudice. Pada tahun 2007, Pike mempunyai hubungan dengan pengarah filem, Joe Wright,[26] tetapi membatalkan perkahwinan pada tahun 2008.[25] Sejak bulan Disember 2009, beliau mempunyai hubungan dengan Robie Uniacke, seorang penyelidik matematik.[27] Mereka mempunyai dua orang anak, Solo (lahir 6 Mei 2012)[28] dan Atom (lahir 2 Disember 2014).[29][30]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 Die Another Day Miranda Frost
2002 Bond Girls Are Forever Diri sendiri Dokumentari
2004 Promised Land Rose
2004 The Libertine Elizabeth Malet
2005 Pride & Prejudice Jane Bennet
2005 Doom Dr. Samantha Grimm
2007 Fracture Nikki Gardner
2007 Fugitive Pieces Alex
2009 An Education Helen
2009 Surrogates Maggie Greer
2009 Yesterday We Were in America Pencerita Dokumentari
2010 Burning Palms Dedra Davenport
2010 Jackboots on Whitehall Daisy Peranan suara
2010 Barney's Version Miriam Grant-Panofsky
2010 Made in Dagenham Lisa Hopkins
2011 The Organ Grinder's Monkey Rochelle Filem pendek
2011 Johnny English Reborn Kate Sumner
2011 The Big Year Jessica
2012 Wrath of the Titans Ratu Andromeda
2012 Jack Reacher Helen Rodin
2013 The Devil You Know Zoe Hughes
2013 The World's End Sam Chamberlain
2014 A Long Way Down Penny
2014 Hector and the Search for Happiness Clara
2014 What We Did on Our Holiday Abi
2014 Gone Girl Amy Elliott Dunne
2015 Return To Sender Miranda Wells

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1998 A Rather English Marriage Celia Filem televisyen
1999 Wives and Daughters Lady Harriet Cumnor 3 episod
2000 Trial & Retribution Lucy Episod: "Trial & Retribution IV Part 1"
2001 Love in a Cold Climate Fanny 2 episod
2002 Foyle's War Sarah Beaumont Episod: "The German Woman"
2008 The Tower Olivia Wynn Pilot
2009 Freefall Anna Filem
2011 Women in Love Gudrun Brangwen 2 episod
2015 Thunderbirds Are Go Lady Penelope Creighton-Ward[31] Peranan suara

Pentas[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2002 Hitchcock Blonde The Blonde
2006 Summer and Smoke Alma Winemiller
2007 Gaslight Bella Manningham
2009 Madame de Sade Madame de Sade
2010 Hedda Gabler Hedda Gabler

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rosamund Mary E Pike. England and Wales Birth Registration Index 1837–2008, FamilySearch. Retrieved 21 November 2014.
  2. ^ Talk:Rosamund Pike#Second middle name
  3. ^ Cavendish, Lucy (18 March 2009). "Rosamund Pike interview". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 22 May 2010.
  4. ^ a b c d e f Judith Woods (24 September 2010). "Rosamund Pike: From reluctant English rose to Britain's new screen queen". Daily Mail. Dicapai pada 25 November 2010.
  5. ^ "The name's Pike, Rosamund Pike". The Guardian. 13 October 2002. Dicapai pada 25 November 2010.
  6. ^ Review of "Everything Before the 'But' Is a Lie" in the "Daily Info, Oxford".
  7. ^ a b "Rosamund Pike- Biography". Yahoo! Movies. Dicapai pada 24 November 2012.
  8. ^ Weitzman, Elizabeth (9 March 2006). "Actress Pike knows how to take her roles to extremes". Milwaukee Journal Sentinel. Google News Archive. Dicapai pada 17 October 2014.
  9. ^ "2005 Winners announced 8th British Independent Film Awards". British Independent Film Awards. 30 November 2005. Dicapai pada 17 October 2014.
  10. ^ Murray, Rebecca. "Interview with Rosamund Pike at the Hollywood Premiere of "Doom"". About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-12. Dicapai pada 24 November 2012.
  11. ^ Mail on Sunday, 18 October 2009.
  12. ^ Trueman, Matt (4 September 2012). "London's Old Vic challenges celebrities to stage a musical in 24 hours". The Guardian. Dicapai pada 24 November 2012.
  13. ^ Bamigboye, Baz (13 September 2007). "Rosamund Pike: A theatre girl at heart". Daily Mail. Dicapai pada 26 May 2009.
  14. ^ Jury, Louise (19 August 2008). "The man with the Midas touch". Evening Standard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 26 May 2009. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Bamigboye, Baz (11 September 2009). "With a little luck Keira Knightly will have sharpened up enough for My Fair Lady". Daily Mail. Dicapai pada 18 September 2009.
  16. ^ "Rosamund Pike narrates 'The Spy Who Loved Me' for new Ian Fleming audiobooks". mi6.co.uk. 12 January 2011. Dicapai pada 12 January 2011.
  17. ^ "Review: 'Wrath Of The Titans' represents a big step forward from the first film". hitfix.com. 28 March 2012. Dicapai pada 6 January 2013.
  18. ^ "Even a Cyclops could see this is bad: Wrath of the Titans is titanically awful". The Daily Mail. 29 March 2012. Dicapai pada 6 January 2013.
  19. ^ "Jack Reacher (2012)". Box Office Mojo. Dicapai pada 28 February 2013.
  20. ^ "'Gone Girl' starts filming in Cape Girardeau". kfvs12.com. 12 September 2013. Dicapai pada 5 February 2014.
  21. ^ Mottram, James (30 September 2014). "Gone Girl film director David Fincher on his potential Oscar contender". The Independent. Dicapai pada 19 October 2014.
  22. ^ "David Fincher: A Life in Pictures". BAFTA Guru. 19 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-05. Dicapai pada 17 August 2015.
  23. ^ "Gone Girl (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada 19 October 2014.
  24. ^ "GONE GIRL (2014)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 19 October 2014.
  25. ^ a b Barber, Lynn (24 May 2009). "I don't sleep around, if that's what you mean ... Would you like some more cake?". The Guardian. London.
  26. ^ Bamigboye, Baz (7 September 2007). "Rosamund Pike gets a ring from Mr Wright". Daily Mail. Dicapai pada 26 May 2009.
  27. ^ Sawer, Patrick (20 September 2014). "Rosamund Pike: How my ex-addict lover (age 53) gave me new lease of life". The Telegraph. Dicapai pada 13 October 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  28. ^ Nicholl, Kate (6 May 2012). "Baby joy for Bond girl Rosamund Pike as she gives birth to son Solo". Daily Mail. Dicapai pada 14 May 2012.
  29. ^ "Rosamund Pike Welcomes a Son". People. 4 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-16. Dicapai pada 4 December 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  30. ^ Colette Fahy (12 February 2015). "'I was just sitting there butt naked!' Rosamund Pike reveals she stripped off to breastfeed son Atom backstage at BAFTAs". dailymail.com. Dicapai pada 13 February 2015.
  31. ^ "Parker actor back for Thunderbirds remake". BBC News. Dicapai pada 1 October 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]