S. Kadarisman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S. Kadarisman
Kelahiran
Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak

(1922-05-12)12 Mei 1922
Meninggal dunia17 Februari 1989(1989-02-17) (umur 66)
Singapura
Sebab kematianPenyakit kencing manis dan serangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman
Nama lainShahadat Kadarisman, Pak Kadar
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1942–1974
Terkenal kerana
PasanganFatimah Khairuddin
Anak-anak10

Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak atau lebih dikenali sebagai S. Kadarisman (12 Mei 1922 – 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura, yang berasal daripada keluarga yang berbakat besar dalam bidang seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman membawa maksud Shadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura[1] dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadona bangsawan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam dan Rangoon English School, Victoria School sebelum memasuki sekolah aliran agama di Sekolah Arab Alsagoff di Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Labu Labi dan Madu Tiga.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 17 Februari 1989 berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1942 Menantu Durhaka Ya Tidak Tidak Filem pertama
1951 Perkahwinan Rahsia Ya Tidak Tidak Sukardi
1952 Norma Ya Tidak Tidak
Sehati Serasa Ya Tidak Tidak
Cinta Murni Ya Tidak Tidak
1953 Seniwati Ya Tidak Tidak
Sengsara Ya Tidak Tidak
Istana Impian Ya Tidak Tidak
1954 Panggilan Pulau Ya Tidak Tidak Umar @ Panjang
Angin Pesan Ya Tidak Tidak
Kechewa Ya Tidak Tidak Mokhtar
1955 Menyerah Ya Tidak Tidak Hamid
Kipas Hikmat Ya Tidak Tidak Karim / Rustam
Bernoda Ya Tidak Tidak
1956 Pencuri Ya Tidak Tidak Ismail
Hang Tuah Ya Tidak Tidak Pateh Karma Wijaya
Keadilan Illahi Ya Tidak Tidak Malaun
Anak-ku Sazali Ya Tidak Tidak Pelakon Bangsawan
1957 Mogok Ya Tidak Tidak
1958 Doktor Ya Tidak Tidak Bakar
Sri Meranti Ya Tidak Tidak
Gergasi Ya Tidak Tidak Doktor
Masharakat Pinchang Ya Tidak Tidak Pakcik Hassan
Anak Pontianak Ya Tidak Tidak Mat
1959 Batu Belah Batu Bertangkup Ya Tidak Tidak Selamat
Raja Laksamana Bentan Ya Tidak Tidak Megat Alang Dilaut
Saudagar Minyak Urat Ya Tidak Tidak Yusof
Puteri Gunong Banang Ya Tidak Tidak Tok Penghulu
1960 Isi Neraka Ya Tidak Tidak Pak Golok
Megat Terawis Ya Tidak Ya Tengku Bendahara
Antara Dua Darjat Ya Tidak Tidak Engku Mukri
Pertarongan Ya Tidak Tidak Datuk Teras
1961 Ali Baba Bujang Lapok Ya Tidak Tidak Tukang Mandi Jenazah
Seniman Bujang Lapok Ya Tidak Tidak Pelakon Malay Filem Production Penampilan khas
Si Tanggang Ya Tidak Tidak Nakhoda Redan
Indera Bangsawan Ya Tidak Tidak Ninda Kobat Shah
1962 Neracha Ya Tidak Tidak Ali
Lubalang Daik Ya Tidak Tidak Tok Demang
Norlela Ya Tidak Tidak Raja
Batu Durhaka Ya Tidak Tidak Datuk Perkasa
Labu dan Labi Tidak Tidak Ya
1963 Korban Ya Tidak Tidak
Darah Muda Ya Tidak Ya Pak Sha'aban
1964 Madu Tiga Tidak Tidak Ya
Melanchong Ka Tokyo Ya Ya Tidak Ali Juga sebagai penolong pengarah
Tiga Abdul Ya Tidak Tidak Abdul Wahib
Dupa Cendana Ya Tidak Tidak Tok Penghulu
1965 Bidasari Ya Tidak Tidak Raja Zamin Tauran
Melanchong Ke Tokyo Ya Tidak Tidak
1966 Sri Andalas Ya Ya Ya Datuk Panglima Karma Filem arahan pertama
Anak Buloh Betong Ya Ya Ya Penghulu Kg. Betik
1967 Lampong Karam Ya Ya Ya Tengku Pengiran
Darma Kesuma Ya Ya Ya
1968 Amok Tok Nading Ya Ya Ya
Pendekar Empat Ya Ya Ya
1969 Tunggal Ya Ya Ya
Panglima Harimau Berantai Ya Ya Ya Pendekar Gempita Alam
1970 Perintah Seri Paduka Ya Ya Ya Taufik Hj. Ali
Kembang Layu Ya Ya Ya Encik. Baharuddin
Pancha Indera Harimau Berantai Ya Ya Ya Pendekar Gempita Alam
1971 Kudrat Tidak Ya Ya
1972 Hutang Darah Tidak Ya Ya
Darah Panglima Tidak Ya Ya
Pendekar Sakti Tidak Ya Ya
Dang Lenggang Ya Ya Ya
1973 Kelana Tidak Ya Ya
Terbabas Ya Ya Ya Tuan Guru Hidayat
1974 Bujang Tua S.S. Ya Ya Ya Samad Filem lakonan dan arahan terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]