Keadilan Illahi
| Keadilan Ilahi | |
|---|---|
| Pengarah | K. M. Basker |
| Lakon layar | K. M. Basker |
| Dibintangi | Yusof Latiff Saadiah S. Kadarisman Ahmad C |
| Sinematografi | Hitam Putih |
| Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 Minit |
| Negara | |
| Bahasa | Melayu |
Keadilan Ilahi ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1956. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.[1]
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh K. M. Basker pada 1956
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Sultan Abdul Muluk seorang Sultan yang alim dan warak. Beliau sangat berpegang teguh pada ajaran Islam. Beliau memerintah dengan aman di negeri Darul Makmur. Namun begitu, kehilangan anak-anak gadis tanpa dikesan menyebabkan negeri yang diperintah beliau menjadi huru hara.
Oleh itu Sultan Abdul Muluk mengambil keputusan untuk mengembara seorang diri untuk menyiasat misteri kehilangan anak-anak gadis di negerinya. Di dalam perjalanan, beliau bertemu Din yang juga sedang mencari tunangnya yang ghaib secara tiba-tiba.
Pelbagai ujian dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka berdua dalam perjalanan itu sehinggalah mereka bertemu dengan Malaun (Raja Sihir Di Dalam Dunia) iaitu yang menjadi punca kehilangan anak-anak gadis di negerinya
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Yusof Latiff sebagai Sultan Abdul Muluk
- Saadiah sebagai Puteri Nurani
- S. Kadarisman sebagai Malaun
- Ahmad C sebagai Din
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Daeng Idris sebagai Ayahanda Puteri Nurani
- Habsah Buang sebagai Bonda Puteri Nurani
- Normadiah sebagai Aishah
- A. Rahim sebagai Pengikut Malaun
- Siti Tanjung Perak sebagai Dayang
- Kemat Hassan sebagai Hulubalang Istana
- Yusof Banjar sebagai Ayahanda Sultan Abdul Muluk
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Jins Shamsuddin sebagai Pemuda di sebuah negeri
Penyanyi & Lagu
[sunting | sunting sumber]- Normadiah - Penggodaan
- Normadiah & Kamsani - Hasrat Hati
Trivia
[sunting | sunting sumber]Filem ini adalah filem pertama lakonan Jins sebelum filem kedua adalah Keluarga Tolol. Filem ketiga Jins adalah Anak-ku Sazali, kesemuanya sebagai pelakon tambahan.