Anak-ku Sazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anak-ku Sazali
Anakku sazali 01.jpg
Pengarah Phani Majumdar
Penerbit Malay Film Productions Ltd (MPF)
Pengarang Phani Majumdar
Lakonan P. Ramlee
Zaiton
Nordin Ahmad
Pengedar Shaw Brothers Ltd
Negara  Singapura
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Filem Anakku Sazali mula ditayangkan di pawagam pada 27 Oktober 1956. Filem lakonan P. Ramlee ini menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramlee memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh Phani Majumdar. Pembantu pengarah untuk filem ini ialah P. Ramlee.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]


Hassan, (Tony Castello) ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya, (lakonan Malek Sutan Muda) tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan telah diusir keluar dari rumah orang kaya tersebut kerana membawa Mansor dan Mahani pergi menyaksikan persembahan keroncong. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan, Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor (Nordin Ahmad) dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani (Zaiton) pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rubiah, (Rosnani). Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka.

Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali juga telah menodai Rokiah, (Hashimah Yon) yang merupakan anak kepada Mansor dan Rubiah. Rokiah terlalu kecewa sehingga mengambil keputusan membunuh diri kerana dirinya sudah berbadan dua. Sazali, (P. Ramlee) mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, pihak polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, selepas kumpulan gangster Big Boss, (Shariff Dol) memberi kerjasama dengan pihak polis tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia tetap kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu dan terus menelefon pihak polis. Sazali akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis ketika sedang lena tidur di dalam biliknya.

Poster dalam tulisan Jawi.
Jalan cerita tamat di sini.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee (Hassan & Sazali)
  2. Zaiton (Mahani)
  3. Rosnani Jamil (Rubiah)
  4. Nordin Ahmad (Mansor)
  5. Hashimah Yon (Rokiah)
  6. Daeng Idris
  7. Habsah Buang
  8. Malek Sutan Muda
  9. Ibrahim Pendek
  10. S. Kadarisman
  11. Siti Tanjung Perak
  12. H.M. Rohaizad
  13. Kemat Hassan
  14. Fatimah
  15. Salbiah
  16. Omar Suwita
  17. Shariff Dol
  18. Tony Castello (Sazali - kanak-kanak)[1]
  19. Jins Shamsudin (penumpang kereta api)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo)
    1. Pelakon Lelaki Terbaik - P. Ramlee
    2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Tony Castello

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [http://www.hmetro.com.my/articles/AnakkuSazalimeninggaldunia/Article Anakku Sazali meninggal dunia Oleh Nor Akmar Samudin.]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]