S. Sahlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Roslan bin Tajuddin, juga dikenali sebagai S. Sahlan (kadangkala dikreditkan sebagai S. Shahlan; lahir 1959) ialah seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli pengasas dan vokalis kumpulan Kembara.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

S. Sahlan dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Sewaktu masih bertugas di Lembaga Letrik Negara (LLN; kini Tenaga Nasional), beliau bergiat aktif dalam bidang muzik di kelab malam pada sebelah malam. Selepas menamatkan kerjayanya di LLN, beliau menganggotai banyak kumpulan muzik di Johor Bahru dan Kuala Lumpur namun semuanya tidak berkekalan.[1]

Beliau mula mempelajari bermain gitar di Sekolah Muzik Yamaha bagi mengasah bakatnya. Pada tahun 1981, beliau dipelawa oleh M. Nasir untuk menyertai kumpulan Kembara bersama-sama dengan A. Ali dan adik-beradik Eddie dan Abby Ali, semasa bertemu dengannya di sebuah kelab malam di Johor Bahru. Bersama kumpulan itu, beliau merakamkan 3 album. Bagaimanapun, beliau meninggalkan Kembara pada awal 1983 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo.[1][2]

Sahlan berhijrah ke KL pada 1987 untuk memulakan kerjaya sebagai penggubah lagu secara sepenuh masa. Beliau juga pernah bertugas di samping penyanyi, S. Atan di Channel 11 sebagai komposer bebas. Lagu ciptaan beliau, "Cinta Yang Terbiar" nyanyian Jamal Abdillah terpilih ke peringkat akhir Muzik Muzik.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c A. Kadir Pandi (8 Ogos 1982). "Sahlan capai cita2 dgn jadi anggota Kembara". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  2. ^ "Shahlan tinggalkan kumpulan Kembara". Berita Harian Singapura. 13 Februari 1983. m/s. 7. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  3. ^ Ahmad Basri (18 Mac 1987). "Shahlan ke KL untuk jadi penggubah bebas". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 30 Ogos 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]