SEAMEO
Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara atau Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) ditubuhkan pada 30 November 1965 bagi meningkatkan taraf pendidikan di Asia Tenggara terutama penduduk yang terpinggir dari arus pembangunan. Sekretariat SEAMEO berpejabat di Bangkok, Thailand.
Anggota SEAMEO ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.
Persidangan 2010[sunting | sunting sumber]
Pada 26-29 Januari 2010, Persidangan Majlis SEAMEO (SEAMEO Council Conference, SEAMEC) ke-45 diadakan di bandar Cebu, Filipina.
Malaysia diwakili oleh Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr Zulkurnain Awang. Beliau sempat bertemu dengan Konsul Besar Malaysia di Davao City, Mohammad Azhar Mazlan. Setiausaha Rendah Pelajaran Filipina bagi Program dan Projek Khas ialah Vilma C Labrador.
Antara perkara yang dibincangkan ialah Rangkaian Universiti Asean dan juga bahan sumber sekolah Asean.[1]