Pergi ke kandungan

Sa'amah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Saamah)
Sa'amah
Kelahiran
Sa'amah

1916 (1916)
Meninggal dunia20 Disember 1974 (berumur 57–58)
DikebumikanMakkah, Arab Saudi
Nama lainIbu Saamah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948–1969
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
PasanganRahmat Ali
Anak-anak8 (termasuk Rahmah Rahmat)

Sa'amah Artian atau juga dieja sebagai Saamah dan dikenali dengan panggilan Ibu Saamah (1916 – 20 Disember 1974) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu tahun 1940-an dan 1950-an.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Sa'amah dilahirkan pada 1916 dan berasal dari Medan. Beliau berhijrah ke Singapura pada 1938 bersama rombongan bolero dalam Kumpulan Pagoda sebelum memulakan penglibatan dalam bidang perfileman pada 1948.

Sa'amah terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Beliau merupakan seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan antara lakonan yang paling diingati ialah filem Bujang Lapok (1957) apabila memegang watak sebagai ibu kepada seniman Allahyarhamah S. Shamsuddin. Beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan filem terakhir beliau ialah Sial Wanita yang diterbitkan oleh Studio Cathay Keris pada tahun 1969.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sa'amah pernah berkahwin dengan Rahmat Ali yang merupakan seorang peniup trompet dan pemuzik profesional Singapura, dan mempunyai zuriat iaitu antaranya Abdul Rahman dan Rahmah. Saamah mempunyai 10 orang anak.

Beliau meninggal dunia di tanah suci Makkah, Arab Saudi akibat serangan semput pada 20 Disember 1974 lebih kurang jam 3.30 pagi ketika dalam ibadah Haji. Beliau turut dikebumikan di sana.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Di antara filem-filem lakonan Sa'amah termasuk,

Tahun Tajuk Watak Catatan
1952 Anjoran Nasib Filem pertama
Antara Senyum dan Tangis Fatimah
Miskin
Sedarah
1954 Panggilan Pulau Ibu Jelita
1955 Empat Isteri Makcik Sa'amah
Kipas Hikmat Penghulu Dayang
1956 Penarek Becha Ibu Amran
Hang Tuah Pengasuh Tun Teja
Semerah Padi Mak Aduka
Bernoda Isteri Encik Hassan
Adek-ku
Ribut
1957 Kembali Seorang
Seruan Darah
Bujang Lapok Emak Sudin
Hantu Jerangkong Isteri Tok Leman
1958 Anak Pontianak Rokiah
Hantu Kubor Isteri Tok Leman
Sri Menanti
1959 Samseng Ibu Daud dan Ahmad
Nujum Pak Belalang Permaisuri
1960 Putera Sangkar Maut Mak Firus
1961 Sri Tanjung
Mas Merah
Panji Semerang Mahadevi
Singapura Dilanggar Todak Isteri Datuk Biduanda
1962 Batu Durhaka Ibu Mala, Wira dan Indah
Lubalang Daik Ibu Singkip
1963 Budi dan Dosa Ibu Sulaiman dan Hasmah
Darah Muda Pengasuh Zaidah / Orang Gaji
1964 Dupa Cendana
1965 Bidasari Mak Inang
Sayang Si Buta Cik Pa
1966 Sri Andalas Ibu Melor, Labu dan Kundor
1967 Jebak Maut Semah
1968 Ibulah Syurga
1969 Sial Wanita Mak Mah Filem terakhir

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]