Rahmah Rahmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rahmah Rahmat
Rahmah Rahmat.JPG
Rahmah Rahmat pada 1960an
KelahiranRahmah binti Abdul Rahmat
1943
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia29 Mac 1993 (berumur 49–50)
Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1953 - 1970
PasanganSuami pertama Tan Sri Jins Shamsuddin
Suami ke-2 Jaafar Awang
AnakJeffri Sheri Jaafar

Rahmah binti Abdul Rahmat atau lebih dikenali sebagai Rahmah Rahmat adalah salah seorang seniwati filem etnik Melayu. Rahmah Rahmat dilahirkan di Singapura pada tahun 1943.Ibu bapanya adalah orang seni yang terkenal . Beliau adalah anak kepada seniwati Saamah.Bapanya Rahmat Ali seorang peniup Trompet dan pemuzik profesional . Bapanya pernah muncul di dalam Filem Ibu (1953) sebagai pemain trompet dan pancaragam di dalam filem tersebut . Saamah, terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Ibunya seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan ibunya pernah berlakon di dalam filem Bujang Lapok (1957) apabila ibunya memegang watak sebagai ibu kepada seniman Arwahyarham S. Shamsuddin di dalam filem tersebut . Ibunya ialah pelakon pembantu terkenal di Studio Jalan Ampas dan studio Cathay Keris . Abangnya Rahman juga pernah menjadi pelakon kanak - kanak di zaman kegemilangan Jalan Ampas . Filem lakonan abangnya ialah Filem Sangsara (1953) berlakon bersama Rahmah dan Filem Panggilan Pulau {1954) serta Filem Hang Tuah (1956) Rahman memegang watak Hang Tuah semasa Remaja/kanak - kanak. Adiknya pula menjadi pelakon pembantu dan penyanyi di dalam Filem Batu Durhaka (1962).Beliau Pernah menjadi anak tiri kepada Arwahyarhamah Seniwati Latifah Omar apabila Ayahnya menikahi Latiffah Omar . Jarak umur antara Latifah dan Rahmah tidaklah begitu jauh . Walau Bagaimanapun, Perkahwinan di antara ayanhnya dan Latifah Omar berakhir dengan penceraian.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Rahmah didedahkan kepada dunia filem sebelum beliau berusia sepuluh tahun. Ibu beliau tinggal di Boon Teck Road, iaitu penempatan bagi pelakon serta karyawan MFP. Rahmah yang tinggal dengan ibu beliau setelah ibu bapa beliau bercerai, sentiasa bergaul dengan orang filem pada setiap masa. Seawal umur tujuh tahun Rahmah sudah berdepan dengan kamera.Filem pertama Beliau adalah Filem Sangsara (1953) sebagai pelakon kanak-kanak.Didalam Filem ini,beliau memegang watak sebagai Seniwati Normadiah semasa kecil.Pada ketika itu juga,usianya baru mencecah 10 Tahun.

Beliau bukan sahaja boleh berlakon malah menyanyi dan menari. Antara lagu yang pernah dinyanyikan beliau adalah Lagu Tanda Kasih berduet bersama seniman Ahmad Mahmud serta lagu Lagu Selendang Sayang. Watak Rahmah Rahmat terkenal di dalam filem Nujum Pa' Belalang apabila beliau memegang watak sebagai Ketua penari dan menyanyikan lagu Ketipang Payung suara asal nyanyian Saloma di dalam Filem tersebut . Seterusnya, kemunculanya di dalam filem Musang Berjanggut pula adalah pada babak memainkan permainan Nenek sibongkok tiga bersama seniwati Saadiah . Antara lagu beliau yang lain adalah seperti Pahlawan Pesaka dalam filem Lela Manja 1960, Jangan Tinggi Diri, Temasya Berdendang dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menjadi pelakon tambahan dan pelakon pembantu dizaman era Jalan Ampas.Walaubagaimanapun,Beliau membawa watak jahat dengan bergitu berkesan didalam Filem Dandan Setia, Megat Terawis , Filem Sri Tanjung dan Filem Gerak Kilat.Sementara itu beliau juga berjaya membawa watak sebagai isteri yang curang didalam Filem Gerhana . [1]

Pada zaman remaja beliau, Rahmah banyak terbabit dalam bidang tarian. Beliau menjadi penari latar untuk kebanyakan filem terbitan MFP sekitar tahun 1950-an. Beliau memang berkemahiran dalam bidang tarian selain boleh menyanyi dengan baik. Menjelang tahun 1960-an barulah Rahmah mendapat peluang berlakon. Itupun untuk peranan pembantu atau sampingan. Rahmah agak kesal juga kerana tidak ada pengarah filem yang mahu memberi beliau peluang memegang peranan penting seperti rakan sekerja yang juga kawan baik beliau, Hashimah Yon .

Peluang yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh Rahmah Rahmat untuk menjadi heroin hampir tiba pada tahun 1959. P. Ramlee ingin mengetengahkan beliau sebagai heroin dalam filem, Pendekar Bujang Lapok. Walau bagaimanapun, Rahmah dikehendaki menjalani uji bakat di depan kamera. Dalam uji bakat tersebut, Rahmah bersaing dengan dua calon lain, iaitu Siti Hawa Majid dan Rosnah Rose Yatimah, kawan rapat beliau di Boon Teck Road. Secara logik, Rahmah mempunyai harapan yang paling besar untuk lulus uji bakat kerana memiliki pengalaman berlakon. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila P. Ramlee memilih Rose Yatimah memegang peranan heroin dalam Pendekar Bujang Lapok.

Diantara ramai pengarah yang berada di Industri perfileman Melayu,hanya Datuk Jamil Sulong dan Seniman Nordin Ahmad sahaja yang mengambil beliau berlakon didalam filem mereka dengan memegang watak utama,watak utama ke-2 dan pelakon pembantu.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Tan Sri Jins Shamsuddin pada waktu itu ketika beliau berusia 18 tahun pada tahun 1961 . Mereka dikuriakan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Jefri Zain . Walau bagaimanapun, rumahtangga mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 1963 dan sempat bertahan selama 2 tahun sahaja . Selepas beberapa lama selepas itu, beliau berkahwin semula untuk kali kedua dengan seorang pegawai polis Singapura iaitu Jaafar Awang pada tahun 1969 dan mereka dikurniakan 3 orang hasil perkahwinan rahmah dengan beliau . Jefri Zain diletakkan dalam jagaan Rahmah dan Jaafar . Perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayatnya.

Bersara[sunting | sunting sumber]

Beliau mengundurkan diri didalam industri perfileman pada tahun 1970 dan meneruskan kariernya sebagai pengandam pengantin dan juga suri rumah sepenuh masa .

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Mac 1993 di Hospital Besar Singapura,Singapura ketika berusia 50 Tahun akibat penyakit barah payudara.Pada ketika itu juga ialah beberapa hari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri 1993 .

Filem lakonan[sunting | sunting sumber]

Suara Nyanyian[sunting | sunting sumber]

  • Jangan Adik Angan Angan Ost Musang Berjanggut.
  • Nenek Si Bongkok Tiga Ost Musang Berjanggut.
  • Alangkah Indah DiWaktu Pagi Ost Ali Baba Bujang Lapok.
  • Ketipang Payung Ost Nujum Pak Belalang.
  • Tanda Kaseh Ost Isi Neraka berduet dengan Ahmad Mahmud
  • Jangan Tinggi Diri Ost Dandan Setia
  • Kembang Disayang Ost Dandan Setia
  • Pahlawan Pesaka Ost Lela Manja
  • Menawan Hati berduet dengan Aziz Sattar

Info Tambahan[sunting | sunting sumber]

[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]