Penarek Becha
Penarek Becha | |
---|---|
![]() | |
Pengarah |
|
Lakon layar | P. Ramlee |
Dihasilkan oleh | Runme Shaw |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers Ltd. |
Tarikh tayangan | 30 Oktober 1955 |
Durasi tayangan | 1 jam 45 minit (anggaran) |
Negara | Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penarek Becha (kini dieja sebagai Penarik Beca) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 30 Oktober 1955. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah[sunting | sunting sumber]
Filem ini juga merupakan filem pertama yang pernah diarahkan oleh P. Ramlee.[1]
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan seorang penarik beca, Amran (P. Ramlee) dan seorang anak gadis Orang Kaya Marzuki (Udo Umar) iaitu Azizah (Saadiah) yang jatuh cinta, tetapi percintaan mereka mendapat tentangan oleh bapa Azizah dan Ghazali (Salleh Kamil). Ghazali kemudiannya melakukan apa sahaja untuk memutuskan percintaan pasangan tersebut. Namun, sebaliknya Ghazali mempunyai hasrat buruk untuk merampas harta keluarga Marzuki dengan menggunakan dirinya mendampingi Azizah. Kisah percintaan pasangan muda ini berterusan mendapat halangan dan rintangan untuk mereka bersatu memandangkan darjat mereka jauh berbeza. Hinggalah akhirnya Marzuki mengetahui siapa sebenarnya Ghazali setelah Ghazali melakukan kesilapan mencederakan ibu Amran semasa beliau bergelut dengan Amran. Ghazali bergegas ke rumah orang kaya Marzuki dan memeras ugut dengan memberikan wang untuk melarikan diri dari pengetahuan polis. Amran datang membantu dan bergelut dengan Ghazali untuk pertarungan keadilan sehingga Ghazali pengsan dan diberkas oleh pihak polis. Orang kaya Marzuki kesal dan menerima Amran dan ibunya ke dalam keluarganya. Amran dilantik sebagai pengurus ladang.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- P. Ramlee sebagai Amran
- Saadiah sebagai Azizah
- Salleh Kamil sebagai Ghazali
- Saamah sebagai Ibu Amran
- Udo Omar sebagai Orang Kaya Marzuki
- Habsah Buang sebagai Ibu Azizah
- Zainon Fiji
- Kemat Hassan sebagai Mat
- Omar Suwita sebagai Borhan
- Ahmad C sebagai kawan Amran
- Fatimah Osman
- Shariff Dol sebagai Doktor
- Mak Dara
- Hashimah Yon sebagai Ketua Penari Tarian Inang Baru
Lagu[sunting | sunting sumber]
- Inang Baru oleh Saloma
- Dengarlah Sang Ombak Berdesir oleh P. Ramlee & Momo
- Engkau Laksana Bulan oleh P. Ramlee
- Azizah versi filem oleh P. Ramlee
- Penyusun lagu - P. Ramlee
- Lirik - Jamil Sulong
- Muzik iringan - Fred Libio & Lionel B. Ventura
- Inang Baru merupakan lagu asli Melayu yang juga popular.
- Azizah merupakan lagu pertama yang pernah dirakamkan P. Ramlee. Walaupun begitu, irama dan liriknya telah diubahsuai sedikit untuk versi filem. Bagi versi piring hitam lagunya agak ceria dan berentak laju manakala senikatanya agak berbeza dengan versi filem.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Penarek Becha (1955): The First Film Directed by Tan Sri P. Ramlee". 28 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Dec 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012.