Sagong Tasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kes Sagong Tasi (Sagong bin Tasi & Ors lwn Kerajaan Negeri Selangor, 2002) merupakan kes hak tanah di Malaysia, yang mana mahkamah memutuskan untuk menentang Kerajaan Negeri Selangor yang berpihak kepada plaintif Temuan-Orang Asli (juga dikenali sebagai Temuan).

Pada 1995, pihak berkuasa negeri Selangor mengarahkan kumpulan penduduk puak Temuan untuk mengosongkan kediaman mereka di Kampong Bukit Tampoi, Selangor. Mereka diberi tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian, dan wang pampasan yang ditawarkan untuk kediaman mereka yang musnah, pokok buah dan tanaman bukan untuk tanah keturunan mereka. Suku kaum itu enggan meninggalkan tanah mereka dan diusir keluar oleh pihak polis.[1]

Sebagai tindak balas, plaintif Temuan menyaman kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (Kumpulan UEM)[2] kerana paksaan pengusiran. Pada April 2002, Mahkamah Tinggi Malaysia menentang Selangor, dan mengiktiraf plaintif Temuan sebagai pemilik tanah adat mengikut undang-undang. Mahkamah juga memutuskan bahawa Negeri itu telah melanggar tugas kewajiban meeeka, dan mengarahkan pembayaran pampasan kepada plaintif.[3] Kes ini diselesaikan pada 26 Mei 2010, dengan pampasan RM6.5 juta diberikan kepada plaintif Temuan.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hak tanah Orang Asli di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Undang-undang Malaysia tidak mengiktiaf hak tanah Orang Asli secara formal. Berdasarkan daripada Kanun Tanah Negara 1965, semua tanah ialah hak milik negeri, atau dalam kes wilayah persekutuan, kerajaan persekutuan.[4] Kepentingan tanah persendirian diiktiraf apabila pemilikan didaftarkan, namun pemilikan tanah Orang Asli tidak didaftarkan, diserahkan kepada generasi turun-temurun secara tradisional.

Oleh itu, Akta Pemerolehan Tanah Malaysia 1960[5] mengukuhkan kuasa negara terhadap pemilikan tanah. Seksyen 3 Akta tersebut menyatakan bahawa:

Pihak Berkuasa Negeri mungkin memperoleh tanah yang mana ia diperlukan—

(a) untuk sebarang tujuan am;
(b) oleh mana-mana orang-perseorangan atau perbadanan untuk sebarang tujuan yang mana yang Pihak Berkuasa memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya atau kepada orang awam secara umumnya;

(c) untuk tujuan perlombongan atau pendudukan, pertanian, komersial, perindustrian atau rekreasi atau sebarang tujuan.

Meskipun Akta Orang Asli 1954[6] (sebelumnya Ordinan Orang Asli) membenarkan pihak berkuasa politik untuk mewartakan sebidang tanah tertentu sebagai rizab orang asli yang dilindungi, Orang Asli tidak dianggap sebagai pemilik sah rizab ini. Selanjutnya, di bawah Seksyen 6 Akta, Negara diberi hak untuk mengubah status kawasan-kawasan yang sebelumnya telah diwartakan, sehingga menghilangkan perlindungan undang-undang yang telah lama wujud. Tanah Orang Asli yang berpenghuni yang tidak diwartakan malah kurang dilindungi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Orang Asli's Rights: Malaysia's Federal Court faces acid test" (PDF). Asian Indigenous and Tribal Peoples Network. 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-05. Dicapai pada 2 Nov 2012.
  2. ^ a b "Orang Asli get RM6.5m compensation". Free Malaysia Today. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-24. Dicapai pada 2 Nov 2012.
  3. ^ "Sagong Tasi & Ors v. Kerajaan Negeri Selangor & Ors 2002 (High Court)". The Malaysian Bar. 2002. Dicapai pada 2 Nov 2012.
  4. ^ "Kanun Tanah Negara, Akta 56, Malaysia". 1965.
  5. ^ "Land Acquisition Act, Act 486, Malaysia" (PDF). 1960. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-31. Dicapai pada 10 Nov 2012.
  6. ^ "Aboriginal People's Act, Act 134, Malaysia" (PDF). The Malaysian Bar. 1954. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-25. Dicapai pada 10 Nov 2012.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Azizah, K., in Bauer, J.R. (ed.), The East Asian Challenge for Human Rights, Cambridge: Cambridge University Press, 1999.
  • Erni, C., The Concept of Indigenous Peoples in Asia, Copenhagen: International Work Group for Indigenous Affairs (IWGIA), 2008.
  • Lim, H.F., Orang Asli, Forest and Development, Kuala Lumpur: Forest Research Institute Malaysia, 1997.
  • Nicholas, C., The Orang Asli and the Contest for Resources, Copenhagen: International Work Group for Indigenous Affairs (IWGIA), 2000.
  • Nicholas, C., Lasimberg, J. Biodiveristy and Indigenous Knowledge Systems in Malaysia, Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns, 2004.
  • Nicholas, C. and Singh, R. (eds.), Indigenous Peoples of Asia: Many Peoples, One Struggle, Bangkok: Asia Indigenous Peoples Pact, 1996
  • Toshihiro, N., Living on the Periphery: Development and Islamization among the Orang Asli in Malaysia, Subang Jaya: Center for Orang Asli Concerns, 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]