Sahabat Nabi Muhamad bukan Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Senarai sahabat Nabi Muhamad bukan Arab ini di kalangan sahabat asal Nabi Muhammad. Muhammad mempunyai ramai pengikut daripada kalangan orang-orang Arab, daripada suku kaum yang berlainan. Bagaimanapun, beliau juga mempunyai ramai sahabat bukan Arab, daripada etnik yang berlainan. Sesetengah orang Arab tidak setia kepada Muhammad.

Orang Habsyah (Eritrea)[sunting | sunting sumber]

  1. Bilal ibn Ribah - ketika masih seorang hamba, dia memeluk agama Islam dan diseksa dan dianiaya ketika hendak menukar agama daripada pagan kepada Islam. Beliau kemudiannya menjadi mu'adhdhindi[Penjelasan diperlukan] yang pertama dalam sejarah Islam.
  2. Wahshy ibn Harb - dia membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib, bapa saudara tercinta Muhammad dan seorang askar yang menggerunkan. Dia memeluk agama Islam. Beliau kemudiannya membunuh Musaylimah, lawan yang paling menggerunkan umat Islam semasa Perang Riddah/Murtad.
  3. Usama ibn Zayd - disayangi oleh Muhammad. Beliau merupakan orang termuda yang pernah dilantik oleh Muhammad.
  4. Umm Ayman (Barakah) - dia berada di sekitar Muhammad ketika kelahiran sehingga kematiannya. Dia contoh terdekat ibu angkat. Beliau ialah ibu kepada Usama ibn Zayd.
  5. Al-Nahdiah - dia memeluk agama Islam ketika dia seorang hamba, tetapi enggan untuk meninggalkan agama baru walaupun selepas diseksa dan dianiaya oleh tuan hamba. Beliau kemudiannya dibebaskan daripada perhambaan.
  6. Lubaynah - dia memeluk agama Islam ketika dia seorang hamba, tetapi enggan untuk meninggalkan agama baru walaupun selepas ditindas oleh tuannya yang masih kafir.. Beliau kemudiannya dibebaskan daripada perhambaan.
  7. Umm Ubays - dia memeluk agama Islam ketika dia seorang hamba, tetapi enggan untuk meninggalkan agama baru walaupun selepas diseksa dan dianiaya oleh tuannya yang masih pagan. Beliau kemudiannya dibebaskan daripada perhambaan. Dia ialah anak perempuan Al-Nahdiah.
  8. Harithah binti al-Muammil - dia memeluk agama Islam ketika dia seorang hamba, tetapi enggan untuk meninggalkan agama baru Islam walaupun selepas ditindas dan disiksa dengan teruk sehingga hilang penglihatan. Beliau kemudiannya dibebaskan daripada perhambaan. Umm Ubays kakaknya.


Comoros[sunting | sunting sumber]

  1. Fey Bedja Mwamba - Dia membawa Islam ke Kepulauan Comoros selepas melawat Mekah pada zaman Nabi Muhammad dan memeluk agama Islam.
  2. Mtswa Mwandze - Dia merupakan tokoh legenda tempatan. Dia membawa Islam ke Kepulauan Comoros selepas melawat Mekah pada zaman Nabi Muhammad dan memeluk agama Islam.


Orang Mesir asli/Kristian Koptik[sunting | sunting sumber]

  1. Maria al-Qibtiyya - dia ialah salah satu Ummahat-al-Mukminin (Ibu orang yang beriman) dan ibu kepada anak lelaki ketiga Muhammad, Ibrahim bin Muhammad.
  2. Sirin - dia ialah isteri Hassan ibn Thabit, yang merupakan salah seorang penyair Arab yang terbaik pada masa itu. Maria al-Qibtiyya kakaknya.

Arab Yunani[sunting | sunting sumber]

  1. Suhayb ar-Rumi (Suhayb Roman) - Beliau ialah seorang Arab yang menjadi tawanan oleh tentera Empayar Byzantine apabila mereka menyerang sebuah kampung beliau. Selepas itu, kira-kira dua puluh tahun, beliau bebas kerana boleh bercakap Yunani dan melupakan Bahasa Arab. Beliau kemudiannya melarikan diri daripada perhambaan dan menuju ke Mekah yang dianggap sebagai tempat suaka. Ada orang memanggilnya Suhayb ar-Rumi kerana ucapannya bercampur dan berambut perang. Kemudian di Mekah, selepas bertemu dengan Muhammad, dia memeluk agama Islam. Apabila Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah, Suhayb memberikan harta yang banyak di Madinah. Beliau telah dicalonkan oleh Khalifah Umar ibn al- Khattab untuk memimpin orang Islam dalam solat dan sebagai ketua masyarakat Islam. Beliau dipilih sebagai pengganti.

Yahudi[sunting | sunting sumber]

  1. Abdullah ibn Salam - dia seorang Rabbi Yahudi sebelum memeluk Islam dan Muslim pertama yang jelas dijanjikan syurga Jannah oleh Muhammad semasa beliau masih hidup.
  2. Safiyya binti Huyayy - dia ialah salah satu Ummahat al-Mukminin iaitu Ibu orang-orang yang beriman.
  3. Rayhana - dia ialah salah satu Ummahat al-Mukminin iaitu Ibu orang-orang yang beriman.

Pashtun[sunting | sunting sumber]

  1. Qais Abdur Rashid (atau Imraul Qais Khan) - dia tokoh legenda suci etnik Pashtun, yang mengembara dari Zhob, sekarang Balochistan, Pakistan. Dia memeluk agama Islam, sebelum kembali kepada kaumnya dan memperkenalkan Islam kepada iman.

Parsi[sunting | sunting sumber]

  1. Salman Parisi - beliau dilahirkan di Parsi. Beliau mengembara jauh dengan memulakan perjalanan yang panjang dan berterusan (jauh dari tanah air beliau) dalam mencari kebenaran. Beliau akhirnya sampai di Arab dan bertemu dengan Muhammad lalu memeluk agama Islam. Cadangannya membina parit dalam Perang Khandaq berjaya menewaskan musuh umat Islam.
  2. Fayruz al-Daylami - sahabat Muhammad.
  3. Munabbih ibn Kamil - Beliau mempunyai dua orang anak lelaki, yang kedua-duanya ulama Islam.
  4. Salim Mawla Abu-Hudhayfah - dia sangat dihormati. Beliau meninggal dunia ketika menentang kuasa-kuasa Musaylimah semasa Perang Riddah/Murtad. Umar ibn al-Khattab mencadangkan beliau pengganti kepada Khalifah semasa masih hidup.


Kerala[sunting | sunting sumber]

  1. Cheraman Perumal - dia ialah raja Dinasti Chera. Dia bertemu Muhammad selepas menyaksikan keajaiban Islam. Beliau memeluk Islam di hadapan Nabi Muhammad S.A.W dan kemudiannya meninggal dunia di tanah Arab semasa perjalanan pulang ke tanah air di India.

Kemudian, Cheraman diselubungi misteri. Berikutan kehilangan ketua-ketua empayar, mereka mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada awal abad ke-12. Kemudian, muncul kerajaan Kolathunadu, Kozhikode dan Kochi.

Bagaimanapun kehilangan misteri dan pemelukan Islam tidak disokong oleh mana-mana rekod kontemporari. Namanya tidak disebut atau dicatat pelancong Arab dan Eropah yang melawat Kerala termasuk Suleiman, Al Biruni, Benjamin Tudela, Al Kazwini, Marco Polo, Paderi Odoric, Paderi Jordanus, Ibn Batuta, Abdur Razzak, Nicolo Conti dan sebagainya.

Tetapi, ada dicatat oleh Sheikh Zainuddin tentang legenda Portugis ';

Pada malam terang bulan ,raja dan permaisuri melihat bulan terbelah dua. Melalui pedagang Arab bahawa beliau mendapat tahu tentang seorang nabi yang dipanggil Muhammad telah membelah bulan. Kagum dengan Rasul Allah di Arab, dia memberikan wilayah kepada ketua-ketua tempatan untuk memastikan urus tadbir yang licin.

Di Arab Saudi, dia berjumpa dengan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan Abu Bakr Siddiq, yang kemudian menjadi khalifah pertama. Cheraman mengambil nama Islam Tajuddin, meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke India dan dikebumikan di pantai Laut Arab, kini Kesultanan Oman. Dia pernah menulis surat kepada raja Malabar bersama-sama dengan Malik bin Dinar, seorang sahabat Nabi. Surat itu menyeru agar "menerima pembawa surat dan merawat mereka dengan baik dan membantu mereka untuk membina masjid-masjid di Kodungallur dan di tempat lain". Raja Kerala membenarkan Malik Bin Dinar dan pedagang Arab membina masjid-masjid di Kerala. Masjid yang dibina pada awal abad ke-7 di Kodungallur, yang dikenali sebagai Masjid Cheraman Malik, masih wujud dengan struktur asal dan dikatakan masjid tertua di benua kecil India. Nama masjid itu gabungan nama Cheraman Perumal dan Malik bin Dinar. Satu lagi masjid bernama Masjid Malik Dinar.

William Logan menyifatkan cerita tersebut sebagai sahih tapi mengubah tarikh daripada 345 Masihi kepada 825 Masihi. Bagaimanapun Perumal tidak dapat bertemu dengan Muhammad (570-632 Masihi). Masjid di Kodungallur mempamerkan gaya seni bina Chola. Masjid di Madayi dipercayai telah dibina atas arahan Perumal. Ia dikaitkan dengan protagonis Rama Varma Kulashekhara/Bhaskara Ravi Varma. Bhaskara Ravi Varma dipercayai memeluk agama Buddha atau Jainisme dan Perumal menganut agama Kristian, pergi menunaikan haji di Mylapore, meninggal dunia di sana lalu dikebumikan di sisi makam St Thomas. Prof. A. Sreedhara Menon menyimpulkan bahawa legenda ini silap dan satu imaginasi sahaja.

Tidak diketahui asal usul[sunting | sunting sumber]

  1. Addas - dia seorang hamba Kristian muda, berasal dari Niniwe. Dia merupakan orang pertama dari Taif yang memeluk Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Al-Najashi - Dia raja Habsyah yang membenarkan sebilangan umat Islam yang sedang dianiaya oleh orang-orang musyrik (Arab). Beliau memeluk agama Islam dan apabila dia mati, Muhammad melakukan solat jenazah tanpa hadir untuknya.
  • Badhan (Gabenor Parsi) - dia ialah Gabenor Parsi Sassanid Yaman yang memeluk agama Islam selepas nubuat Muhammad telah terbukti betul. Hasilnya, setiap orang Parsi di Yaman telah memeluk agama Islam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]