Sala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sala ialah nama buah mempelam yang banyak ditanam oleh petani secara komersil di beberapa kawasan di Perlis termasuk Chuping dan Bilai Udoh. Buah mempelam Sala dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu para petani agar lebih menguntungkan dan tidak terlalu murah dibeli oleh orang tengah. FAMA memasarkan buah mempelam Sala di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mahu Sala dinamakan sebagai "Perlisunshine" bagi tujuan eksport seperti ke Singapura dan Indonesia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]