Md Isa Sabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Dato' Seri

Dr. Md Isa Sabu
Mb perlis.jpg

Menteri Besar Perlis ke-6
Tempoh jawatan
Mac 2008 – Mei 2013
Raja/Ratu Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail
Didahului oleh Dato' Seri Shahidan Kassim
Diganti oleh Azlan Man

Tempoh jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Diganti oleh Rela Ahmad

Lahir Kangar, Perlis
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu (lahir 1947 di Kampung Kechor, Kangar, Perlis) merupakan Menteri Besar Perlis sejak Mac 2008 setelah diperkenan oleh Raja Perlis. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bintong, Perlis. Dan baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh DYMM Raja Perlis.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri beliau Datin Seri Asiah Asmuni dan mereka mempunyai 7 orang anak. Ibu beliau Mahasa Jusoh, 89, tinggal di Kampung Kechor. Beliau sekeluarga tinggal di Taman Guru Jaya, Kangar, Perlis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Dr. Md Isa merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Total Quality Management dari Universiti New Port, USA.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Dr. Md Isa pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1984. Mat Isa memainkan peranan besar dan pernah berjuang bersama bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad sekitar tahun 50-an dan 60-an.

Beliau merupakan veteran UMNO Perlis dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986 lagi. Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar sepenggal sahaja. Pada 1990 kembali bertanding kerusi DUN Bintong dan dilantik sebagai Exco Pertanian sehingga 1995.

Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar untuk sepenggal sahaja.

Pada 1999, Dato' Seri Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi. Beliau dilantik lagi sebagai Exco Pelancongan dan Alam Sekitar.[1]

Tetapi pada 2004 beliau tidak dicalonkan bertanding.

Perlantikan Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria menyerahkan kenyataan media kepada wartawan di Istana Siraj pada hari Jumaat, 14 Mac 2008 menyatakan Dr Md Isa Sabu dilantik Menteri Besar Perlis menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Dia kemudiannya mengangkat sumpah pada 17 Mac 2008[2].

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Nafi beli PhD[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2012, Md Isa Sabu menafikan beliau membeli PhD atau Doktor Falsafah palsu dari Newport Universiti pada 2002. Universiti itu mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sebenarnya Newport University mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod’s Register Quality Assurance Limited (LRQA) .Kini universiti tersebut telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai Janus University mulai 2011. Universiti ini menjalankan pendidikan on-line dari California. Sebelum ini beberapa surat khabar melaporkan rakyat Malaysia yang mendapat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah yang palsu .Ada universiti yang tidak wujud di luar negara. Ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Dato' Seri Shahidan Kassim
Menteri Besar Perlis
2008 - 2013
Diikuti oleh:
Azlan Man