Selako

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Salako)
Salako
Salako / Silakau / Selakau / Bidayuh Selako / Kata Diri' / Damea
Jumlah penduduk
208,100
Kawasan ramai penduduk
Borneo:
 Indonesia (Kalimantan Barat)138,100[1]
 Malaysia (Sarawak)170,000[2]
Bahasa
Bahasa Selako, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia
Agama
Kristian, Kaharingan
Kumpulan etnik berkaitan
Bidayuh, Dayak Mualang, Kendayan, Iban

Salako ialah satu cabang masyarakat Dayak dari pulau Borneo. Mereka ditemui di bahagian barat kebanyakan pulau Borneo. Mereka berkaitan dengan suku kaum Bidayuh. Kebanyakan Salako menetap di kawasan seperti Lundu, Sematan, Bengkayang dan Sambas. Bahasa mereka ialah sebahagian daripada kumpulan Melayu-Polinesia dan mereka dikategorikan sebagai Dayak Malayik. Salako kebanyakannya Kristian, setelah ditukar kepada Anglikanisme dan Roman Katolik berikutan kerja-kerja dakwah dalam abad ke-19.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Taburan masyarakat Salako adalah di dataran-dataran tinggi, iaitu di kawasan perbukitan yang memanjang dari hujung pulau pesisir (Paloh) di daerah Kampung Bamatn ke Kampung Sajingan yang bersempadan dengan Kampung Biawak di daerah Lundu-Malaysia Barat. Dataran tinggi yang memanjang dari Kampung Bamatn (Sunge Baning) sampai ke Kampung Sajingan besar ini disebut sebagai Pergunungan Poe yang menjadi sempadan antara Indonesia dengan Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.prayway.com/unreached/peoplegroups3/1540.html
  2. ^ Agnes Tugong (3 Jun 2011). "Masyarakat Salako sambut Gawai cara tersendiri". The Borneo Post. Dicapai pada 20 September 2014.