Samurai Usagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samurai Usagi
Muka depan Jilid 1 Samurai Usagi
GenreSejarah
Manga
PengarangTeppei Fukushima
PenerbitShueisha
Penerbit LainPerancis Glénat
DemografikShōnen
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Majalah LainKreko Edisi ke-22, 2013
Tarikh Pengeluaran20072008
Jilid8
Portal Anime dan Manga

Samurai Usagi (Jepun: サムライうさぎ) adalah sebuah siri manga oleh Teppei Fukushima yang telah disirikan dalam Shōnen Jump Mingguan dari 2007 siri ke-14 sehingga 2008 siri ke-33. Bab khas telah dijadualkan keluar dalam Akamaru Jump. 8 Jilid telah di terbitkan oleh Shueisha.[1] Tiada rancangan untuk mengeluarkan siri ini di Amerika. Di Perancis, Samurai Usagi diterbitkan oleh Glénat.[2] Majalah Kreko telah menerbitkan siri ini

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Sebuah jidaigeki ("drama zaman") melibatkan watak samurai berumur 15 tahun dan isterinya.

Manga ini menggunakan zaman Edo dari perspektif samurai pangkat rendah, dan sangsi dengan Kod Samurai yang digunakan oleh samurai berpangkat tinggi untuk menyesuaikan norma dan mengukuhkan kuasa mereka sendiri. Nilai-nilai yang dipenuhi oleh seseorang wira amat diteliti, membongkarkan aspek yang tersembunyi, yang digunakan sebagai keseronokkan dalam piuh plot (plot twist), atau kadang-kadang sebagai sumber konflik. Struktur ini disokong oleh penggunaan meluas slanga belia kontemporari Jepun dalam dialog. Secara umumnya , perjalanan cerita melalui monolog wira. Monolog serius wira tidak menggunakan slanga untuk membuat perbandingan dengan dialog watak-watak lain.

Walaupun adat zaman Edo ditampilkan dengan jelas, untuk manga berurusan dengan pedang samurai yang digambarkan dalam Samurai Usagi berbeza dari teknik pedang pertempuran sebenar. Selain itu, beberapa watak-watak samurai tidak mengikat rambut mereka. Walaupun kekurangan perkara sebegitu tetapi gambaran zaman Edo itu terpelihara.

Wira dan wirawati yang berkahwin dari awal cerita ini adalah sangat luar biasa untuk manga berorientasikan belia.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Keluarga Udagawa[sunting | sunting sumber]

Gosuke Udagawa (Jepun: 宇田川 伍助, Hepburn: Udagawa Gosuke) (15 tahun) mendapat dojo ayahnya. Ayahnya dan abangnya dipaksa melakukan hara-kiri. Dia tidak mempunyai banyak keyakinan diri, tetapi terutamanya mempunyai kening yang mempunyai pandangan marah di wajahnya. Setiap hari dia belajar bermain pedang berdekatan dengan dojonya. Di dojo ramai orang meganggap Gosuke teruk dan gila. Tetapi, impian Gosuke, adalah untuk mewujudkan Lawan Pedang Gaya Arnab, gaya untuk orang-orang yang berlawan pedang semata-mata untuk menikmati ia.

Shino Udagawa (Jepun: 宇田川 志乃, Hepburn: Udagawa Shino) (15 tahun) ialah isteri Gousuke. Dia obses dengan arnab dan menjual topeng arnab untuk membuat wang untuk dia dan Gosuke. Dia mendakwa bahawa arnab akan sampai ke bulan satu hari nanti. Beliau juga merupakan adik kepada senpai Gosuke, Masayuki Settsu. Shino juga digambarkan mempunyai gigi sumbing.

Dojo Usagi[sunting | sunting sumber]

Masayuki Settsu (Jepun: 摂津 正雪, Hepburn: Settsu Masayuki) (22 tahun) abang Shino dan pengikut di dojo Usagi. Beliau biasanya menyendiri dan cuba untuk mengelakkan melakukan perkara-perkara yang difikirkannya menyusahkan, tetapi dia juga menasihati Gosuke dan bertindak sebagai adik kepadanya. Dia menyukai wanita dan sering dilihat berada di rumah teh dalam daerah lampu merah, namun dia juga sangat bertimbang rasa terhadap adik perempuannya sendiri.

Chiyokichi (Jepun: 千代吉) (12 tahun) seorang paderi muda dari "Kampung Nanana". Dia mendaftarkan dalam dojo itu kerana dia mahu meminta bantuan Gosuke dalam menyelamatkan kampungnya.

Rozan Honma (Jepun: 本間 魯山, Hepburn: Honma Rozan) (17 tahun) anak pertama daripada daimyo kaya. Dia pendek, seseorang yang pendiam dan sangat mahir dengan teknik pedang keluarga Honma. Ahli-ahli dojo Usagi mengenalinya sebagai Maro.

Tasuke Honami (Jepun: 穂波 多助, Hepburn: Honami Tasuke) (16 tahun) seorang bekas anggota Kobukan yang tidak dapat menerima akan kaedah mereka, dan memutuskan untuk menyertai Usagi dojo. Beliau mahir dalam seni iai dan pakar dalam pemerhatian.

Hanzō Kazama (Jepun: 風間 反蔵, Hepburn: Kazama Hanzou) (19 tahun)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "サムライうさぎ/8" (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Dicapai pada 2010-02-22.
  2. ^ "Samurai Usagi Jilid 1 (FUKUSHIMA Teppei)" (dalam bahasa Perancis). Manga-news.com. Dicapai pada 22 Februari 2010.