Sara Amelia Bernard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sara Amelia Bernard
Kelahiran
Sara Amelia binti Muhammad Bernard

(1992-08-18) 18 Ogos 1992 (umur 31)
WarganegaraMalaysia-Jerman
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif2011–kini

Sara Amelia Muhammad Bernard (lahir 18 Ogos 1992) merupakan seorang model dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan pemenang rancangan realiti TV Clever Girl Malaysia musim kedua terbitan TV3.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sara Amelia dilahirkan di Ipoh, Perak. Ibunya berketurunan Melayu dan Inggeris dan bapanya berketurunan Iban dan Jerman. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan belajar di SMK Convent Ipoh dan menamatkan A-Level dalam Matematik, Psikologi dan Ekonomi di Kolej Taylor Sri Hartamas.[3] Bapanya, Muhammad Bernard Radin merupakan juara seni mempertahankan diri dan pernah mewakili Malaysia dalam sukan Muay Thai, Wushu dan Taekwando.

Clever Girl Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sara mewakili negeri kelahirannya, Perak, menewaskan 13 peserta lain untuk memenangi Clever Girl Malaysia musim kedua. Beliau memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.[4]

Kontroversi Miss Malaysia World[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, Sara menarik diri dari bertanding di Miss Malaysia World[5] Penarikan diri beliau berikutan larangan Kerajaan Malaysia yang melarang gadis Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik. Kontroversi ini menyebabkan impiannya untuk bergelar ratu cantik tidak kesampaian.[5]

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Sara Amelia memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Cinta Non Grata yang bersiaran di TV3. Beliau juga pernah berlakon bersama Scha Al-Yahya dan Lia Natalia dalam telefilem Baju Raya Eksklusif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Sara Amelia Bernard, Juara Clever Girl Malaysia 2017 Encik Shino (20 Oktober 2017). Dicapai pada 8 Disember 2017.
  2. ^ Tahir Alhamzah (13 Oktober 2017). (Showbiz) Model Sara Amelia is Clever Girl Malaysia 2017 champ Diarkibkan 2018-01-04 di Wayback Machine New Straits Times. Dicapai pada 8 Disember 2017.
  3. ^ Tahir Alhamzah (16 Oktober 2017). Hard work pays off for Sara Amelia New Straits Times. Dicapai pada 8 Disember 2017.
  4. ^ Sara juara Clever Girl Malaysia musim kedua mSTAR Online. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  5. ^ a b The girls behind the Miss World Malaysia world Controversy The Star Online (25 Julai 2013). Diperoleh pada 8 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]