Pergi ke kandungan

Sayang Anakku Sayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sayang Anakku Sayang
PengarahJamil Sulong
Lakon layarJamil Sulong
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
Muzik olehOrkes Irama Sari
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
Oktober 1976
Masa tayangan
100 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sayang Anakku Sayang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1976. Filem Sayang Anakku Sayang diterbitkan dalam bentuk filem warna. FIlem ini mula ditayangkan pada Oktober 1976 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Noor Azizah, Zulkifli Zain dan ramai lagi.

Filem Sayang Anakku Sayang diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1976.

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Rahman dan Noraini yang berpindah ke luar bandar bersama tiga orang anak mereka iaitu Aziz, Rohani dan Omar. Asalnya Rahman seorang anak hartawan tetapi kerana terlalu mencintai setiausaha ayahnya tanpa mendapat restu menyebabkan dia telah dibuang dalam keluarga. Rahman bekerja sebagai pembalak di bawah di bawah kelolaan Encik Samad demi mencari rezeki untuk menampung keluarganya. Mereka berpindah masuk ke sebuah pondok buruk dan berjiran dengan sepasang suami isteri warga emas yang baik hati iaitu Mak Uteh dan Pak Wahab.

Beberapa bulan selepas itu, Noraini selamat melahirkan anak perempuan dan dinamakan sebagai Murni. Hasil titik peluhnya yang sangit rajin, Encik Samad telah menaikkan pangkat Rahman sebagai ketua pasukan dan diberi kenaikan gaji. Beberapa bulan kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dinamakan sebagai Rahmat. Noraini begitu gembira kerana hasratnya untuk menimang 5 orang cahaya mata tercapai jua akhirnya walaupun kehidupan mereka sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Pada suatu hari, sewaktu bekerja, Rahman telah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Aziz, membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan bagi membantu menampung perbelanjaan sekolah adik-adik. Keputusan itu ditentang keras oleh Noraini.

Kini, Noraini mula menoreh getah dan melakukan kerja-kerja sampingan lain untuk menampung perbelanjaan keluarga. Akibat terlalu penat, kesihatan Noraini menjadi semakin teruk. Aziz pula mula bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan secara senyap-senyap dan berbohong mengenai persekolahannya kepada Noraini. Namun, Aziz telah tercedera pada suatu hari semasa sedang bekerja dengan itu, dia telah dimarah teruk oleh Noraini sebelum ditenangkan oleh Mak Uteh dan Pak Wahab.

Akhirnya, Noraini meninggal dunia dan Aziz dan adik-adiknya kini dijaga oleh Mak Uteh dan Pak Wahab. Namun kerana tidak mahu terus menyusahkan Mak Uteh dan Pak Wahab, Aziz membuat keputusan untuk menyerahkan semua adik-adiknya kepada keluarga angkat masing-masing agar kehidupan mereka kembali cerah semula.

Waktu silih berganti, Aziz dan adik-adiknya telah berpisah. Rohani didera oleh keluarga angkatnya. Rahmat pula, walaupun disayangi oleh keluarga angkatnya, dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga baharu tersebut. Suatu hari, Rohani melarikan diri dari keluarga angkatnya akibat tidak tahan didera. Aziz membuat keputusan untuk mengumpulkan semula adik-beradiknya yang lain. Malangnya mereka diberitahu oleh keluarga angkat Rahmat bahawa Rahmat telah melarikan diri. Rahmat akhirnya mereka temui di stesen keretapi Kuala Lumpur dan dibawa pulang ke kampung.

Kes Aziz dan adik-adiknya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka diberitahu bahawa mereka akan dijaga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga mereka dapat mencari keluarga yang sesuai untuk menjaga mereka. Pak Wahab dan Mak Uteh cuba memohon untuk menjaga mereka tetapi ditolak.

Dalam kekalutan tersebut akhirnya Encik Samad, yang baru pulang dari menjalani rawatan di luar negara, tiba di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil mereka semua sebagai anak angkatnya. Mereka semua hidup bahagia semula.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Yusof Haslam sebagai Pengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jamil Sulong sebagai bapa angkat Rahman
  • Yusof Bujang sebagai Pak Wahab
  • A. R. Ayappan sebagai Dr. Ayappan
  • Norizan sebagai ibu angkat Rahmat
  • Norsiati Omar sebagai ibu angkat Rohani
  • Rahman B. sebagai bapa angkat Rohani
  • Ainon Chik (Mak Enon) sebagai Mak Uteh

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Aziz M. Osman sebagai Aziz
  • Nasran Nawi sebagai Omar
  • Rozana M. Osman sebagai Rohani
  • Azihan M. Osman sebagai Rahmat
  • Roslina M. Osman sebagai Murni
  • Zulkifli M. Osman
  • Mohd Indera Mohd

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (22nd Asian Film Festival 1976, South Korea) - Aziz M. Osman

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]