Sekolah Athens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Athens
La scuola di Atene
Sanzio 01.jpg
Artis Rafaello Sanzio
Tahun 1509-1510
Jenis Fresko
Dimensi 500 × 770 cm (200 × 300 in)
Dipamerkan Istana Paus, Kota Vatikan

Sekolah Athens (Bahasa Itali: La scuola di Atene, Bahasa Inggeris: School of Athens) ialah antara lukisan yang paling terkenal karya pelukis era zaman Pembaharuan Itali, Raffaello Sanzio. Ia dilukis antara tahun 1510 dan 1511 di tembok barat Stanza signatura, satu ruang di Gereja Kecil Sistine. Lukisan ini menggambarkan para ahli falsafah zaman Pembaharuan berhimpun bersama para ilmuwan Rom Purba dan Yunani Purba. Sejak sekian lama, ia dianggap sebagai "karya agung Rafaello dan jelmaan sempurna semangat klasik pada kemuncak zaman pembaharuan".[1]

Watak[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa ahli falsafah yang dapat dikenal pasti melalui lukisan ini, contohnya Plato dan Aristotle. Bagi tokoh selain mereka, terdapat percanggahan pendapat di kalangan para sarjana, dan kadangkala identifikasi dibuat hanya dengan tekaan. Merumitkan lagi masalah, beberapa watak telah diberi identiti yang berganda, sebagai watak purba dan juga sebagai watak sezaman dengan Rafaello. Contohnya, terdapat anggapan yang Michelangelo juga dipotretkan (no 13 di bawah)[2]. Menurut Michael Lahanas[3], identifikasi utama adalah seperti berikut:

Nama di dalam kurungan adalah watak sezaman Rafaello yang mungkin cuba digambarkan olehnya. 1: Zeno Citium atau Zeno Elea? 2: Epicurus 3: Federico II? 4: Boethius atau Anaximander atau Empedokles? 5: Averroes? 6: Pythagoras? 7: Alcibiades atau Alexander Agung? 8: Antisthenes atau Xenophon? 9: Hypatia 10: Aeschines atau Xenophon? 11: Parmenides? 12: Socrates? 13: Herakleitos (digambarkan dengan muka Michelangelo) 14: Plato - memegang buku Timaeus (digambarkan dengan muka Leonardo da Vinci). 15: Aristoteles - memegang buku Etika. 16: Diogenes Sinope? 17: Plotinus? 18: Euclid atau Archimedes dengan muridnya (Bramante)? 19: Strabo atau Zarathustra? (Baldassare Castiglione atau Pietro Bembo) 20: Ptolemaeus? R: Apelles (digambarkan dengan muka Raphael) 21: Protogenes (Il Sodoma atau Perugino)


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. History of Art: The Western Tradition By Horst Woldemar Janson, Anthony F. Janson
  2. Vasari mentions portraits of Federico II of Mantua, Bramante, and Raphael himself: Giorgio Vasari, Lives of the Artists, v. I, sel. & transl. by George Bull (London: Penguin, 1965), p. 292.
  3. The School of Athens, "Who is Who?" by Michael Lahanas