Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Moto Akhlak, Pengetahuan, Semangat
Ditubuhkan 1930-an
Dirasmikan 22 Februari 1969
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Pn Saraswathy A/P Narayanasamy
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan. Che Zainon Binti Embong
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan. Fatimah Binti Yusoff
Penolong Kanan Kokurikulum Encik. K. Raveechandran
Kod sekolah BEB7655
Lokasi  Malaysia Batu Arang Gombak, Selangor, Malaysia
Nama singkatan STAR BATU ARANG
Laman sesawang smktarbtarang.webs.com
Telefon 360352237
Faks 360353198


Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman atau nama ringkasnya SMK Tuanku Abdul Rahman, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu Arang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman memiliki 342 pelajar lelaki dan 296 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 638 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009 Warga sekolah ini merupakan 1 Malaysia kerana terdiri daripada pelbagai kaum.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini yang diasaskan oleh En.Baktiar Singh pada awalnya adalah sebuah sekolah Inggeris swasta dengan nama Batu Arang English School pada tahun 1930-an. Operasi sekolah ini diuruskan oleh Syarikat Perlombongan Arang Batu pada tahun 1942, Kemudiannya, sekolah ini diambil alih oleh pemerintah Jepun dan menyerahkannya kepada Syarikat Malayan Colleries Limited (MCL) untuk dikendalikan pada tahun 1945. Pada tahun 1959, aktiviti perlombongan arang batu telah ditutup. Kesan dari penutupan itu, kerajaan telah mengambil alih pengurusan sekolah dengan nama Sekolah Rendah/Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris .

Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Abu Bakar Baginda pada tahun 1961. Mulai tahun 1966, bangunan sekolah menengah dan rendah diasingkan dan sembilan buah bilik darjah kemudianya dibina lagi pada tahun 1968 untuk menempatkan pertambahan bilangan pelajar yang semakin meningkat pada ketika itu. Bangunan tersebut kemudianya dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, En. Khir Johari pada 22 Februari 1969 dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman.

Pada tahun 1983, kelas tingkatan 4 dibuka dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Blok konkrit tambahan telah dibina pada tahun 1989 hingga 1991. Pada tahun 2001, sekolah buat kali yang pertama telah menerima Anugerah Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bagi pencapaian cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM bagi tahun 2000. SMKTAR juga telah berjaya mencatatkan kecemerlangan pencapaian peratusan keseluruhan PMR pada tahun 2007 dengan peratusan sebanyak 63.3%. Pada tahun yang sama juga SMKTAR telah menerima penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) bagi kategori Lonjakan Saujana.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1983, kelas tingkatan 4 dibuka dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Blok konkrit tambahan telah dibina pada tahun 1989 hingga 1991. Pada tahun 2001, sekolah buat kali yang pertama telah menerima Anugerah Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bagi pencapaian cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM bagi tahun 2000. SMKTAR juga telah berjaya mencatatkan kecemerlangan pencapaian peratusan keseluruhan PMR pada tahun 2007 dengan peratusan sebanyak 63.3%. Pada tahun yang sama juga SMKTAR telah menerima penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) bagi kategori Lonjakan Saujana.

Pengetua[sunting | sunting sumber]

PENGETUA SWASTA (1930-1961)

1. En.Baktiar Singh

2. Mrs.Johnson

3. Mr.Nelson John

PENGETUA KERAJAAN

Bil. Nama Tahun
1 En. G. Jayaraman 1962-1963
2 En. S. Sreenivasan 1964-1965
3 En. K. Satkunasinggam 1966-1979
4 En. Durai Rajah 1980-1984
5 En. Aputharajah 1985-1986
6 Tn. Hj.Abd Shukor (memangku) 1987-1988
7 En.Ghazali Othman 1987-1988
8 En.Hooi Weng Fatt 1988-1993
9 En.Mayandy Nadeson 1993-1995
10 En. Sadaperam 1996-1997
11 En. Rajendram Perumal 1997-1998
12 En.Baharum Sulaiman 1998-1999
13 Pn.Hjh. Saadah Othman 1999-2000
14 Tn.Hj. Mohd Sarib Sapie 2000-2004
15 Tn.Hj. Wahid Rais 2005-2006
16 Tn.Hj. Mohd Sarib Sapie 2006-12.2009
17 Pn. Ho Yip Leong (Memangku 4.01.2010)
18 Pn. Norzida Binti Ab. Muin 2010-2015
2015-kini

Falsalfah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melahirkan suasana pembelajaran yang sempurna kearah perkembangan potensi insan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berlandaskan ketuhanan. Usaha ini mewujudkan masyarakat penyayang kearah pendidikan cemerlang tanpa sebarang kecacatan dalam segala bidang seterusnya mengamalkan ilmu untuk kebaikan sejagat

Warga SMK Tuanku Abd Rahman berazam untuk :[sunting | sunting sumber]

· Memastikan prestasi akademik meningkat

· Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum

· Memupuk akhlak dan sahsiah terpuji

· Melaksanakan pengurusan cekap&telus

· Mewujudkan persekitaran kondusif

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman

Bersemangat Waja

Tekad Putera Puterinya

Menuntut Ilmu untuk masa hadapan

Sehaluan seiring dengan wawasannya (2X)

(Rangkap diulang sebanyak 2 kali)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman
Batu Arang
48100
Selangor, Malaysia
Telefon = 360352237
Fax = 360353198

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • smktarbatuarang.webs.com
  • moe.gov.my