Senarai penerima darjah kebesaran negeri Melaka 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Melaka sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-73 Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah diadakan di Balai Istiadat di Seri Negeri, Ayer Keroh. Istiadat diadakan sebanyak 3 sesi. Sesi pertama pada 24 Ogos 2022, manakala sesi kedua dan ketiga pada 27 Ogos 2022.

Seramai 883 penerima menerima darjah kebesaran bagi tahun 2022, dengan 347 penerima menerima pada sesi pertama.

Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Melaka 2022

Komposisi penerima[sunting | sunting sumber]

  1. Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama
  2. Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) - Datuk Seri
  3. Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) - Datuk Wira
  4. Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk
  5. Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) - Datuk
  6. Darjah Seri Melaka (D.S.M.)
  7. Bintang Gagah Perwira (B.G.P.)
  8. Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.)
  9. Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.)
  10. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  11. Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M.)
  12. Pingat Khidmat Lama (P.K.L.)

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

Darjah Utama Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Seri Utama. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  1. Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob

Darjah Gemilang Seri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:

  1. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
  2. Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto

Darjah Cemerlang Seri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk Wira. Seramai 26 orang penerima darjah kebesaran ini, antaranya:

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari
  2. Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Zaini Jass
  3. Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Baharin Din
  4. Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Dr. Syafruddin Kambo
  5. Setiausaha Khas kepada TYT Di Pertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad
  6. Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO, Datuk Abdul Halim Mohammad
  7. Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Wira Johan Aziz.
  8. Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis

Darjah Mulia Seri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk. Seramai 9 orang penerima darjah kebesaran ini, antaranya:

  1. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak
  2. Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Dr Omar Raisul As-Salam Syah A.S Omar
  3. Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Sumber Manusia S. Suria Kumar.

Darjah Pangkuan Seri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini membawa gelaran Datuk. Seramai 163 orang penerima darjah kebesaran ini, antaranya:

  1. Setiausaha Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Melaka, Borhan Othman Ali
  2. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi bin Abd Rahman
  3. Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Mohd Yusof Abu Bakar
  4. Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Melaka, Ramli Mohd Ali
  5. Panglima 1 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Saifulisham Baharun.
  6. Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohd Zamri Mat Zain
  7. Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Saiful Hazwa Kipli
  8. Duta Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim
  9. Penggiat seni Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.

Darjah Seri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seramai 41 orang penerima darjah kebesaran ini, antaranya:

  1. Pengarah Bomba Negeri Melaka, Abu Bakar Katain.

Bintang Gagah Perkasa[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seorang penerima darjah kebesaran ini, iaitu:

  1. Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras pada 20 Oktober 2021 ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

Bintang Cemerlang Melaka[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seramai 71 orang penerima darjah kebesaran ini.

Bintang Khidmat Terpuji[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seramai 159 orang penerima darjah kebesaran ini.

Pingat Jasa Kebaktian[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seramai 258 orang penerima darjah kebesaran ini, antaranya

  1. Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva, yang tular sebagai pembantu mangsa banjir Malaysia 2021–2022.

Pingat Bakti Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seramai 151 orang penerima darjah kebesaran ini.

Pingat Khidmat Lama[sunting | sunting sumber]

Penerima darjah ini tidak membawa sebarang gelaran. Seramai 2 orang penerima darjah kebesaran ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI (24 Ogos 2022). "PM ketuai 883 penerima Darjah Kebesaran Melaka, Amy Search kini bergelar Datuk". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • FIQA JAMAL (24 Ogos 2022). "PM Ismail Sabri ketuai penerima Darjah Kebesaran Melaka". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • "Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka". Malaysiakini. 24 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • Wartawan Suara Merdeka (24 Ogos 2022). "Ismail Sabri ketuai penerima darjah kebesaran Melaka, Amy Search turut bergelar Datuk". Suara Merdeka. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • MSTAR (24 Ogos 2022). "Tahniah! Amy Search terima gelaran Datuk". MSTAR. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • Amir Mamat (24 Ogos 2022). "PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • "PM dahului senarai penerima pingat ulang tahun TYT Melaka". Sinar Harian. 24 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  • MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI (24 Ogos 2022). "PM ketuai 883 penerima Darjah Kebesaran Melaka, Amy Search bergelar Datuk". Kosmo!. Dicapai pada 24 Ogos 2022.