Mohd Ali bin Mohd Rustam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Mohd Ali Rustam" dilencongkan di sini.
Yang Berbahagia Senator Tan Sri
Mohd Ali bin Mohd Rustam
P.S.M D.G.S.M. D.C.S.M. D.M.S.M. D.S.M. P.B.M
Ali Rustam.jpg
Ketua Menteri Melaka ke-9
Dalam jawatan
2 Disember 1999 – 6 Mei 2013
Didahului oleh Abu Zahar bin Haji Isnin
Digantikan oleh Idris Haron
Timbalan Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
11 Januari 1999 – 29 November 1999
Didahului oleh Siti Zaharah Sulaiman
Digantikan oleh Suleiman Mohamed
Timbalan Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
4 Mei 1995 – 10 Januari 1999
Didahului oleh Zaleha Ismail
Digantikan oleh Ibrahim Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N17 Bukit Baru
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului oleh Konstituensi baharu
Digantikan oleh Dr. Md. Khalid Kassim (PAS)
Majoriti 2,708 (PRU-11)
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N12 Paya Rumput
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Yasin Mohd Sarif
Digantikan oleh Tahir Hassan
Majoriti (PRU-10)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P122 Batu Berendam
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului oleh Tamrin bin Abdul Ghafar
Digantikan oleh Abdul Ghafar bin Baba
Majoriti (PRU-9)
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N12 Sungai Udang
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului oleh Ahmad Nordin Mohd Amin
Digantikan oleh Nordin Yaani
Majoriti (PRU-8)
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N09 Ayer Molek
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului oleh Tamrin bin Abdul Ghafar
Digantikan oleh As'ari Ibrahim
Majoriti (PRU-7)
Butiran peribadi
Lahir 24 Ogos 1949 (1949-08-24) (umur 69)
Kampung Bukit Katil, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini (Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Puan Sri Datuk Wira Hajjah Asmah Bte Haji Abdul Rahman
Anak-anak Mohd Ridhwan, Wan Nadzirah, Muhammad Hamka
Pekerjaan Ahli politik

Senator Tan Sri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kesembilan. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Bekas Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.

Butiran peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil dan Sekolah Kebangsaan Semabok. DAR kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.

Pembabitan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.[1]

Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama.

Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.

Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.[2][3]

Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kulaiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia ketika itu, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.[4]

Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.

Pada PRU-13, beliau bertanding dalam Parlimen Bukit Katil (P137) dan akhirnya beliau telah ditewaskan oleh Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin dari calon PKR.

Pembabitan beliau dalam kemajuan negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka

Pada tahun 2010, Negeri Melaka telah mencapai status negeri maju, mampan dan negeri bandar menerusi pengukuran 32 indikator OECD dan MURNInet. Pencapaian status tersebut memberi kelebihan dan kekuatan (niche) yang unik kepada Negeri Melaka untuk menyumbang kepada pencapaian wawasan negara menjelang tahun 2020. Berdasarkan kelebihan ini (competitive advantage), Kerajaan Negeri telah menetapkan Misi Negeri Melaka menjelang tahun 2020 dengan memberi penekanan kepada tiga (3) objektif berikut:

- Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state);

- Memperkukuhkan status negeri bandar (city state); dan

- Meningkatkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green technology state).

Slogan “Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau” telah dipilih untuk menggambarkan hasrat dan misi tersebut.

Hasrat menjadikan Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau diterjemahkan menerusi kerangka UN-UEA yang memberi tumpuan kepada (7) bidang utama ini iaitu :-

i. Tenaga

ii. Pengurangan Sisa

iii. Rekabentuk Bandar

iv. Alam Sekitar Bandar

v. Pengangkutan

vi. Kesihatan Alam Sekitar

vii. Air

Tujuh (7) sektor utama ini seterusnya dibahagi kepada 21 sub-bidang dan 170 indikator pengukur bagi memudahkan pencapaian visi Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Matlamat Kerajaan Negeri Melaka memilih konsep “Negeri Bandar Teknologi Hijau” haruslah difahami oleh setiap rakyat Negeri Melaka, kerana di dalamnya tersirat pesanan yang amat penting kepada generasi masa kini, iaitu “Kita hanya meminjam negeri ini dari anak dan cucu kita”. Bumi ini tidak ada penduanya. Melaka hanya satu. Ekosistem yang sihat merupakan penentu kepada kesejahteraan fizikal ekonomi Negara.

Kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Di peringkat Kerajaan Persekutuan Teknologi Hijau dan Majlis Perubahan Iklim yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 

Penubuhan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam

Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI) ditubuhkan pada 22 Oktober 2008 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin oleh YB Senator Tan Sri Hj Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah NGO Negeri Melaka yang bertindak untuk mempromosi Melaka melalui usahasama dengan syarikat-syarikat lain di dalam melaka. Di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Memajukan Kawasan Mukim Tanjung Minyak

Beliau telah mengetuai projek memajukan kawasan tanjung minyak dengan cogan kata "MUKIM TANJUNG MINYAK KE ARAH BANDAR PEMODENAN". Beliau telah merancang untuk membina taman perumahan seperti Taman Rambai Jaya, Taman Tanjung Minyak dan Taman Rambai Utama.

Produk Pelancongan Negeri Melaka

Penubuhan Melaka River Cruise yang juga dikenali sebagai Venice of the East[5][6] merupakan ilham dan idea cetusan beliau.[7][8] Hasil sumbangan idea beliau lain adalah dalam pembinaan Masjid Selat Melaka[9][10] dan juga Menara Taming Sari.[11]

MELAKA MAJU 2010

Pengisytiharan Melaka negeri maju dibuat selepas Melaka telah memenuhi 32 indikator mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengerusi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris.  Pengisytiharan oleh Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan kredibiliti Melaka sebagai sebuah negeri maju bertambah kukuh.

Kerajaan Melaka memilih tarikh dan masa unik bagi perisytiharan Melaka Maju 2010[12][13] iaitu pada 20.10.2010 (20 Oktober 2010), jam 20.10 malam (8.10) di stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai negeri Bandar Teknologi Hijau.

OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai diguna pakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.

Melaka telah memenuhi syarat indikator ini dengan mempelbagaikan projek pembangunan fisikal, ekonomi, insaniah dan rohaniah dengan teratur, terancang, sistematik dan seimbang meliputi semua kaum di dan bandar dan luar bandar. Melaka juga adalah salah satu negeri  yang mencatatkan kadar pengangguran, kemiskinan dan kadar jenayah yang terendah di seluruh OECD.

Melaka telah menetapkan dua strategi untuk mengekalkan Melaka Negeri Maju iaitu strategi makro dan strategi mikro. Strategi makro adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu. Melaka juga berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD.

Strategi mikro pula  menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh peruntukan untuk membina baru/membaiki rumah rakyat, membantu fakir miskin melalui MAIM, membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir  dan memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan. Kadar kemiskinan telah mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD.

Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan wawasan baru untuk tempoh 10 tahun akan datang iaitu menjadikan melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau. Langkah pertama telah pun diambil menerusi penubuhan lembah solar dunia melaka di taman perindustrian Rembia, Alor Gajah.

Dengan perisytiharan Melaka Maju 2010 dapat Memajukan Industri Pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi (GDP) dan penjanaan peluang pekerjaan Negeri Melaka dan menarik lebih ramai pelancong agar berkunjung ke Melaka menjelang 2010.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Melaka[14][15]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 N09 Ayer Molek P122 Batu Berendam Mohd Ali Rustam (UMNO) 9,484 76.28% Husin Kassim (PAS) 2,415 19.42% 12,433 7,069 75.38%
1990 N12 Sungai Udang P122 Batu Berendam Mohd Ali Rustam (UMNO) 12,073 64.70% Ahmad Nordin Mohd Amin (S46) 5,465 29.29% 18,659 6,608 77.68%
1999 N12 Paya Rumput P122 Batu Berendam Mohd Ali Rustam (UMNO) 8,632 58.31% Loo Ah Boo (DAP) 5,756 38.88% 14,803 2,876 78.53%
2004 N17 Bukit Baru P137 Bukit Katil Mohd Ali Rustam (UMNO) 8,258 76.69% Bakrin Sidek (PAS) 2,266 21.04% 10,768 5,992 79.71%
2008 Mohd Ali Rustam (UMNO) 7,644 59.51% Bakrin Sidek (PAS) 4,936 38.43% 12,845 2,708 80.77%
Parlimen Malaysia[14][15][16]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 P122 Batu Berendam, Melaka Mohd Ali Rustam (UMNO) 37,846 62.19% Tan Seng Seng (DAP) 15,671 25.75% 62,528 22,175 78.30%
Mohd. Nor Jaafar (PAS) 7,335 12.05%
2013 P137 Bukit Katil, Melaka Mohd Ali Rustam (UMNO) 40,720 46.70% Shamsul Iskandar Md. Akin (PKR) 46,167 53.30% 88,271 5,733 88.77%
2018 P137 Hang Tuah Jaya, Melaka Mohd Ali Rustam (UMNO) % Shamsul Iskandar Md. Akin (PKR) % %
(PAS) %

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tukiran Kitam (4 April 2011). "biodata Ali Rustam". Dicapai 16 April 2013. 
  2. ^ Tan, Jocelyn; Sa'odah Elias (15 March 2009). "Mr Likeable cashing in on charm". The Star (Malaysia). Dicapai 22 May 2011. 
  3. ^ "Ketua Menteri Melaka". Government of Malacca. Dicapai 22 May 2011. 
  4. ^ "Makaf most dynamic sports association". Daily Express. 17 March 2015. Dicapai 31 March 2015. 
  5. ^ http://www.asiaone.com/travel/melakas-appeal-lies-its-colourful-past
  6. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm
  7. ^ http://www.ppspm.gov.my/index.php/pelancongan/melaka-river-cruise
  8. ^ http://www.theborneopost.com/2010/10/02/sg-melaka-%E2%80%94-money-spinner-for-heritage-city/
  9. ^ http://www.itc.gov.my/mosque/masjid-selat-melaka-malacca-straits-mosque/
  10. ^ http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/masjid-selat-melaka-tumpuan-pelancong-1.91969
  11. ^ https://m.malaysiakini.com/news/92455
  12. ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/7622-melaka-maju-2011.html
  13. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
  14. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai 27 May 2010.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  15. ^ a b "Malaysian Election Data". Malaysiakini. Dicapai 19 April 2013.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
  16. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai 8 May 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
2 Disember 1999 – 6 Mei 2013
Penyandang Kemudian
Abu Zahar bin Haji Isnin
Idris Bin Haron