Sergej Milinković-Savić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sergej Milinković-Savić
Milinković-Savić 2018.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhSergej Milinković-Savić
Tarikh lahir (1995-02-27) 27 Februari 1995 (umur 24)
Tempat lahirLleida, Sepanyol
Ketinggian1.91 m[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniLazio
Nombor21
Kerjaya remaja
Sporting
Grazer AK
2006–2013Vojvodina
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2013–2014Vojvodina13(3)
2014–2015Genk24(5)
2015–Lazio125(22)
Pasukan kebangsaan
2013–2014Serbia B1914(4)
2014–2015Serbia B2011(1)
2014–2017Serbia B2112(4)
2017–Serbia12(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 23:03, 20 Mei 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 25 Mac 2019

Sergej Milinković-Savić (Templat:Lang-sr-Cyrl, disebut [serɡêj milǐːŋkoʋitɕ sǎːʋitɕ, sěrɡej-]; lahir 27 Februari 1995), merupakan seorang pemain bola sepak Serbia yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, Lazio dan pasukan kebangsaan Serbia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Milinković-Savić berasal daripada latar belakang keluarga yang aktif dalam sukan. Beliau telah dilahirkan di Lleida, Sepanyol,[2] dan ayahnya iaitu Nikola Milinković merupakan pemain bola sepak profesional pada masa itu. Ibunya pula ialah Milana Savić, seorang pemain bola keranjang yang profesional. Sergej mula bermain bola sepak di kelab Sporting CP semasa bapanya meneruskan karier di Portugal.

Milinković-Savić merupakan abang kepada Vanja Milinković-Savić, juga seorang pemain bola sepak untuk posisi penjaga gol.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Vojvodina[sunting | sunting sumber]

Milinković-Savić mulanya menyertai akademi Vojvodina. Beliau merupakan salah satu pemain yang berhasil daripada skuad belia yang menjuarai dua kejohanan belia di peringkat kebangsaan bersama dengan Mijat Gaćinović dan Nebojša Kosović. Kemudian, Milinković-Savić menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab pada 26 Disember 2012 di bawah kontrak tiga tahun.

Milinković-Savić melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior ketika menentang Jagodina pada 23 November 2013. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk kelab ketika menentang Spartak Subotica pada 9 Mac 2014 yang berkesudahan terikat seri 1-1. Secara keseluruhannya, Milinković-Savić telah melakukan 13 penampilan liga dan menjaringkan tiga gol pada musim 2013–14. Beliau turut membantu Vojvodina untuk merangkul Piala Serbia 2013–14.[3]

Genk[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2014, Milinković-Savić menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Belgium, Genk dan diberi jersi bernombor 20. Beliau melakukan penampilan pertama untuk Genk ketika perlawanan liga menentang Cercle Brugge pada 2 Ogos 2014. Milinković-Savić menjaringkan gol pertamanya untuk Genk dalam perlawanan liga menentang Lokeren pada 18 Januari 2015. Beliau telah menjaringkan lima gol liga dalam 24 penampilan ketika musim 2014–15.

Lazio[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2015, Milinković-Savić dilaporkan telah menyertai kelab Itali, Lazio. Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Lazio ketika menentang Bayer Leverkusen dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara pada 18 Ogos 2015.[4] Milinković-Savić menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan Liga Europa menentang Dnipro Dnipropetrovsk pada 17 September 2015.[5] Seterusnya, beliau meledak gol pertamanya di Serie A ketika Lazio meraih kemenangan 3-1 ke atas Fiorentina pada 9 Januari 2016. Dalam musim pertamanya di Itali, Milinković-Savić telah beraksi dalam 35 perlawanan dan menjaringkan tiga gol dalam semua kejohanan.

Dalam musim keduanya di Lazio, Milinković-Savić telah menjaringkan tujuh gol dalam 39 perlawanan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Milinković-Savić beraksi di Piala Dunia 2018.

Remaja[sunting | sunting sumber]

Milinković-Savić mewakili Serbia dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 UEFA 2013 dan meraih pingat emas. Beliau beraksi selama 90 minit dalam empat daripada lima perlawanan termasuk aksi final menentang Perancis yang menyaksikan Serbia menang 1-0.[6] Seterusnya, Milinković-Savić tampil dalam Kejohanan Eropah bawah-19 2014 di mana pasukannya telah melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan oleh Portugal menerusi penentuan penalti. Beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti terakhir Serbia sebelum pasukannya kecundang.[7]

Pada musim panas berikutnya, Milinković-Savić merupakan salah satu daripada pemain terpenting Serbia dalam kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2015 yang menyaksikan Serbia menjadi juara kejohanan.[8] Beliau telah beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan serta menjaringkan satu gol ketika menentang Mali di peringkat kumpulan. Berikutan persembahan menonjol dan cemerlang dipamerkan olehnya, Milinković-Savić menerima anugerah Bola Gangsa.[9]

Senior[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2015, Milinković-Savić menerima panggilan pertama ke skuad senior oleh pengurus Radovan Ćurčić untuk kelayakan Euro 2016 menentang Albania dan Portugal. Namun, beliau tidak beraksi dalam kedua-dua perlawanan tersebut. Pada Mei 2016, Milinković-Savić telah dipilih oleh pengurus baru Slavoljub Muslin untuk perlawanan persahabatan menentang Cyprus, Israel dan Rusia. Walau bagaimanapun, selepas beliau gagal untuk beraksi dalam kedua-dua perlawanan pertama tersebut, Milinković-Savić meninggalkan pasukan selepas bersetuju dengan pengurus Muslin yang menyatakan pemain-pemainnya yang lain lebih bagus untuk menyesuaikan diri dengan taktikalnya.

Pada Jun 2018, beliau telah dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 2018.[10] Beliau telah beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.[11][12][13]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Serbia Vojvodina 2013–14 13 3 3 1 0 0 16 4
Belgium Genk 2014–15 24 5 0 0 24 5
Itali Lazio 2015–16 25 1 2 0 8 2 0 0 35 3
2016–17 34 4 5 3 39 7
2017–18 35 12 4 0 8 2 1 0 48 14
2018–19 31 5 5 2 5 0 0 0 41 7
Jumlah 125 22 16 5 21 4 1 0 163 31
Jumlah kerjaya 162 31 19 6 21 4 1 0 203 41

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mac 2019.
Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Kmncln Gol
2017 2 0
2018 8 0
2019 2 0
Jumlah 12 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Vojvodina
Lazio

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Serbia B19
Serbia B20

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Dicapai 10 June 2018. 
  2. ^ "Milinkovic-Savic, sport in the genes". fifa.com. 17 February 2015. Dicapai 2 July 2015. 
  3. ^ "Vojvodina mark centenary with Serbian Cup". uefa.com. 7 May 2014. Dicapai 9 November 2017. 
  4. ^ "Milinkovic-Savic Emotional On Lazio Champions League Debut". forzaitalianfootball.com. 20 August 2015. Dicapai 24 September 2015. 
  5. ^ "Milinkovic-Savic: "Felice per il gol, peccato per il risultato"" (dalam bahasa Italian). sslazio.it. 18 September 2015. Dicapai 24 September 2015. 
  6. ^ "Luković strike seals first Serbia triumph". uefa.com. 1 August 2013. Dicapai 25 November 2013. 
  7. ^ "Portugal prevail in shoot-out to end Serbia reign". uefa.com. 28 July 2014. Dicapai 9 November 2017. 
  8. ^ "Ecstasy in Auckland as Serbia make history". fifa.com. 20 June 2015. Dicapai 2 July 2015. 
  9. ^ "New Zealand sees stars emerge, Serbia sparkle". fifa.com. 22 June 2015. Dicapai 2 July 2015. 
  10. ^ "World Cup 2018: All the confirmed squads for this summer's finals in Russia". BBC Sport. 4 June 2018. Dicapai 25 June 2018. 
  11. ^ Timothy Abraham (17 June 2018). "Costa Rica 0–1 Serbia". BBC Sport. Dicapai 25 June 2018. 
  12. ^ Matthew Henry (23 June 2018). "Serbia 1–2 Switzerland". BBC Sport. Dicapai 25 June 2018. 
  13. ^ Andrew Das (27 June 2018). "World Cup: Brazil cruises into next round with easy victory". The New York Times. Dicapai 27 June 2018. 
  14. ^ "Serie A Team of 2017-18". Football Italia. 3 December 2018. Dicapai 3 December 2018. 
  15. ^ "Ronaldo MVP in Serie A Awards". Football Italia. 18 May 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]