Shaharuddin Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Shaharuddin Ibrahim (58 tahun) adalah mantan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan menjadi mangsa pembunuhan kumpulan kongsi gelap , Geng 36. Akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa Geng 36 mahu membalas dendam kerana dadah yang diseludup telah dirampas di pelabuhan atau lapangan terbang.

Maklumat awal[sunting | sunting sumber]

Shaharuddin, 56, berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjaya sebagai penguasa Kastam di Pahang dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, perkastaman dan cukai dalam negeri. Beliau pernah berkhidmat di ibu pejabat Kastam di bahagian pematuhan dan khidmat pengurusan manusia sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Kastam Kelantan.[1]

Kemudian Datuk Shaharuddin Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mulai 18 Ogos 2011 .Beliau menggantikan Datuk Ismail Ibrahim yang bersara wajib. Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyatakan majlis serahan tugas disaksikan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Datuk Khazali Ahmad.

Mati ditembak[sunting | sunting sumber]

Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi, pada 26 April 2013. Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal .Tembakan kena pada lehernya. Beliau dikatakan dari arah rumahnya di Dengkil menuju ke pejabatnya di Putrajaya. Beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan mendapat rawatan rapi tapi disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.

Seorang penguat kuasa kanan Kastam tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu adalah akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan skop kerja Shaharuddin berkaitan dengan bidang import dan eksport.[2]

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan bahawa 35 individu termasuk orang awam telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.Rakaman kamera litar tertutup serta maklumat awam turut diambil bagi menyelesaikan kes itu.[3]

Pada Rabu, 2 Julai 2014, suspek utama kes pembunuhan itu berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang, Selangor. Polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves, Selangor dan kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya serta ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut. Ahli kongsi gelap ini aktif melakukan pelbagai kegiatan jenayah seperti penyeludupan, pengedaran dadah serta curi kontena. Saki-baki suspek pembunuhan tersebut kini dipercayai masih berada di sekitar Lembah Kelang dan polis sedang memburu mereka.

Anak tidak puas hati[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, anak Shaharuddin mendedahkan pembunuhan bapanya mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi. Walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara tetapi hampir setahun pembunuhan Shaharuddin, masih belum ada pihak yang dibawa ke muka pengadilan.[4]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 29 April 2013, Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Allahyarham dinaikkan gred daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B kepada JUSA A. Ini bererti faedah gratuiti dan pencen tahunan yang akan diterima balu Allahyarham juga akan bertambah.Anugerah ini sebagai pengiktirafan kerajaan untuk pengorbanan mutlak dilakukan Allahyarham sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang gigih serta berdedikasi dalam menjalankan tugas demi negara. Perdana Menteri bersama Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa telah menziarahi balu , Datin Rahimah Ibrahim di rumahnya di Dengkil.Semua petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan badan penguat kuasa yang lain hendaklah lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas masing-masing.[5]

Mangsa pembunuhan lain[sunting | sunting sumber]

  1. Hussain Ahmad Najadi pengasas AmBank di tembak di hadapan Tokong Kuan Yin di Kuala Lumpur. Polis Bukit Aman berjaya mengesan pembunuhnya di Taman Larut Tin, Taiping, Perak selepas diburu hampir dua bulan. Suspek lelaki itu (44 tahun) ditahan bersama dua lelaki lain kira-kira pukul 12.30 tengah malam 25 September 2013 ketika berlindung di sebuah rumah teres di taman perumahan. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]