Pergi ke kandungan

Sindarela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sindarela
GenreDrama
Cinta
Komedi
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Sharifah Amani
Bront Palarae
Remy Ishak
Lagu pembukaan"Aku Sindarela" oleh Amylea Azizan
Lagu penutup"Aku Sindarela" oleh Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifNor Faiz Ahmad Helimi
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn. Bhd.
Penyiaran
Siaran asal5 Februari 2008 – 29 Julai 2008
Kronologi
MengikutiJelatang
Diikuti olehKu Milikmu

Sindarela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2008 arahan Shahrulezad Mohameddin untuk disiarkan dalam slot Lestary TV3, dibintangi Sharifah Amani, Bront Palarae dan Remy Ishak. Siri drama ini menggantikan Jelatang bermula pada 5 Februari 2008.

Tajuk drama bersiri ini diambil dari tiga watak utamanya iaitu, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela), apatah lagi ada sedikit unsur yang dipinjam dari cerita dongeng Cinderella, di mana watak Zoela yang dipegang oleh Sharifah Amani.[1]

Kisah berlaku di sekitar kehidupan seorang gadis lasak, Zoela (Sharifah Amani) di tengah-tengah dua jejaka, Hussein (Bront Palarae) dan Tengku Haidar (Remy Ishak). Dari kehidupan seorang anak tiri yang hidup melarat kepada kehidupan seorang puteri, Zoela tidak pernah membayangkan kehidupannya akan berubah dengan serta merta hanya dengan kemunculan seseorang yang tidak dijangka. Zoela tidak pernah menyangka keajaiban itu benar-benar boleh terjadi.

Ikuti kehidupan Zoela, seorang gadis genit gotik yang lasak dan kasar yang sentiasa menjadi mangsa penganiayaan ibu tirinya, Mak Cik Mary dan adik tirinya, Faizul. Di temani oleh rakan baiknya, Naema (Noorkhiriah) dan Butang (Isma Yusoof). Dunia Zoela bertukar sekelip mata. Namun keajaiban tidak semestinya menyeronokkan. Kini dia terpaksa berdepan dengan orang-orang baru yang amat asing dalam hidupnya seperti Zohara (Ifa Raziah), Tasha (Wan Sharmila), Tushee (Iera Syaziera), dan Ayu (Sharifah Sofea).

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Sharifah Amani sebagai Zoela, seorang perempuan pengkid yang perwatakan gothic
  • Bront Palarae sebagai Hussein/Tengku Hussein, seorang kerabat diraja Inderapura yang larikan diri dari kehidupan istana dan hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai mekanik
  • Remy Ishak sebagai Tengku Haidar, adik kepada Tengku Hussein seorang sosial dan playboy

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Sharifah Aleya sebagai Sarimah, ibu Butang dan isteri Tengku Adnan (scene flashback)
  1. ^ "http://www.budiey.com/drama-sindarela-lakonan-sharifah-amani-bront-palarae/". Sensasi Selebriti. 23 Dis 2007. Dicapai pada 27 Apr 2010. External link in |title= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Sindarela
(29 Februari – 29 Julai 2008)
Berikutnya
Jelatang Ku Milikmu