Eira Syazira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Erra Fazira.
Eira Syazira
EiraSyazira.jpg
Eira dalam sesi fotografi pada 2012.
Kelahiran Syazira binti Shuhaimi
(1984-07-19) 19 Julai 1984 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia
Pekerjaan
Tahun aktif 2004–2014
Pasangan Azad Jasmin (berkahwin 2011)
Anak Amarra Sofea Rose
Ameisya Leann Rose
Ibu bapa Jeffri Abdullah (ayah mertua)
Rosidah Kadir (ibu mertua)
Shuhaimi Acheh (bapa)
Saudara Syafnida Shuhaimi (adik)
Syazwan Shuhaimi (adik)
Kerjaya muzik
Genre Pop
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman FGM Music

Syazira binti Shuhaimi atau lebih dikenali menerusi nama pentas beliau, Eira Syazira (lahir 19 Julai 1984) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004.[1][2]

Menerima pujian sebagai salah seorang pelakon wanita Malaysia yang paling berbakat, Eira telah membintangi lebih daripada ratusan drama dan telefilem serta membintangi empat filem dan terlibat dalam dua pementasan teater. Beliau mencapai kejayaan tersendiri menerusi drama termasuk Meniti Bara dan Ku Milikmu dan filem termasuk Ngangkung dan Aku Bukan Tomboy. Bakatnya dalam dunia hiburan tempatan juga bertambah kukuh apabila beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan album pertama Di Hati Ini pada Julai 2011 yang mempertaruhkan lagu "Istana Cinta" yang menjadi lagu tema drama lakonannya Cinta Balqis.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Syazira binti Shuhaimi pada 19 Julai 1984 di Kuala Lumpur, Eira merupakan anak kedua daripada enam beradik. Adiknya, Syafnida juga seorang pelakon. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau berkahwin dengan pelakon Azad Jasmin pada 16 September 2011 dan kini dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Anak sulungnya ialah Amarra Sofea Rose. Pada 31 Disember 2016, Eira selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.9 kilogram yang diberi nama Ameisya Leann Rose melalui kaedah pembedahan.[3] Melalui perkongsian di Instagram, Eira dan Azad meluahkan rasa syukur mereka atas kurniaan ini.[3]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 2004 dan sehingga kini telah berlakon dalam beberapa telefilem, drama dan filem pada tahun sama, beliau telah diberi peranan utama dalam siri drama Assignment dan seterusnya muncul dalam Meniti Bara yang diadaptasi daripada filem Bara arahan Datuk Yusof Haslam, kedua-dua siri ini disiarkan di TV2, Eira Syazira membintangi filem sulungnya, Bisikan Remaja arahan Zulkeflie M. Osman (adik Aziz M. Osman), filem ini ditayangkan pada Februari 2004, seterusnya beliau beraksi dalam teater Lorong 2/90 yang dipentaskan di Melaka. Pada 2005-07, beliau muncul sebagai pelakon undangan untuk beberapa episod siri drama kepolisan Gerak Khas, pada 2007 juga Eira membintangi pementasan teater Bangsawan Lela Manja yang dipentaskan di Istana Budaya.

Pada 2008, beliau membintangi sebagai pelakon undangan dalam siri drama Elly yang disiarkan di ntv7 lakonan Raja Farah, Sherry Ibrahim, Pushpa Narayan dan Nabila Huda. Pada 2009, beliau memegang watak utama sebagai seorang gadis naif bernama Annisa dalam siri drama Ku Milikmu arahan Along Kamaludin, lakonan bersama Zizan Nin dan Farahdhiya dan seterusnya memegang watak utama sebagai Balqis dalam drama Cinta Balqis yang juga disiarkan di TV3, ia turut dibintangi oleh Zamarul Hisham sebagai Ezani dan Fezrul Khan sebagai Hasan.

Pada 2010, beliau memegang watak sampingan dalam filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim lakonan bakal suaminya ketika itu, Azad Jazmin, Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak. Eira berlakon dalam dua filem pada 2011, iaitu filem Sini Ada Hantu arahan James Lee, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Noraini. Manakala filem keduanya pada tahun yang sama ialah filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof lakonan Scha Al-Yahya, dalam filem ini, Eira memegang watak sebagai Sally, teman wanita dan setiausaha kepada Burn lakonan Syamsul, Sally digambarkan sebagai seorang yang garang dan panas baran kepada Burn, filem yang ditayangkan pada 17 November 2011 ini turut dibintangi oleh Syamsul, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik, Sheera Iskandar, Salina Saibi, AR Badul dan Didie Alias. Pada tahun yang sama, Eira memegang watak utama sebagai Jannah dalam siri drama Dingin Lavenda yang diadaptasi daripada novel Dingin Salju Indiana, drama 13 episod arahan Amie Maziah ini turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Azlee Khairi, Faralyna Idris dan Salleh Mahfooz, drama ini disiarkan di Slot Zehra TV3 pada 9 Disember.

Pada tahun berikutnya (2012), beliau membintangi telefilem Waris Walid yang disiarkan di TV3 pada 24 Januari. Pada 2012 juga, Eira diberikan peranan utama sebagai Hanim dalam siri drama Ramadan terbitan Unit Drama TV RTM yang bertajuk Tetap Maghrib yang bersiaran di TV1 bermula 21 Julai 2012,[4] dua hari selepas Eira meraikan ulangtahunnya ke-28.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Selain bidang lakonan, Eira Syazira juga berbakat dalam bidang muzik.[5] Sebelum ini, beliau pernah merakamkan lagu "Istana Cinta" untuk drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Balqis,[5] beliau melancarkan album sulungnya bertajuk Di Hati Ini terbitan syarikat rakaman FGM. Walaupun sedia maklum industri muzik pada ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan, namun bagi Eira, dia percaya setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Menjadikan penghibur ternama negara, Datuk Sheila Majid sebagai idolanya, Eira tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata masyarakat yang cuba memperlekehkan bakat nyanyiannya.[5] Menyedari untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukanlah satu proses yang mudah, Eira telah menghadiri kelas vokal di bawah bimbingan Siti Hajar Ismail. Selepas mengikuti beberapa kelas bersama guru vokal ternama itu, barulah Eira sedar bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2004 Assignment TV1
Meniti Bara TV2
2004-05 Sembilu The Series TV2
2005-07 Gerak Khas TV9
2007-08 Elly[6] ntv7
2009 Ku Milikmu Annisa TV3
Embun Mutiara
2009-10 Cinta Balqis Balqis TV3
2011-12 Dingin Lavenda Jannah TV3
2012 Tetap Maghrib

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2012 Waris Walid TV3

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2004 Bisikan Remaja
2010 Ngangkung
2011 Sini Ada Hantu
Aku Bukan Tomboy Sally

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2004 Lorong 2/90
2007 Bangsawan Lela Manja

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2011 Di Hati Ini[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurul Nazrah Nazaruddin (14 Disemebr 2011). Eira Syazira tidak kisah bintangi drama berbanding filem Sinar Harian. Diperoleh pada 3 Oktober 2015.
  2. ^ Eira Syazira basuh kekecewaan Kosmo! (17 Jun 2012). Diperoleh pada 7 Oktober 2015.
  3. ^ a b Meen Tahrin (3 Januari 2017). EIRA SYAZIRA & AZAD JASMIN TIMANG ANAK KEDUA Media Hiburan. Diperoleh pada 25 Januari 2017.
  4. ^ Budiey (19 Julai 2012). Eira Syazira Insaf dalam Drama Bersiri Ramadan Tetap Maghrib Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 3 Oktober 2015.
  5. ^ a b c d MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR (29 Julai 2011). Cinta baru Eira Syazira Utusan Online. Diperoleh pada 3 Oktober 2015.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (21 September 2007). Elly drama remaja komedi ceria Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Disember 2015.
  7. ^ Budiey (30 Jun 2011). Eira Syazira Muncul Dengan Album Pertama Di Hati Ini Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 3 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]