Siti Jasmina Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Siti Jasmina Ibrahim
Kelahiran (1976-04-03) 3 April 1976 (umur 43)
Taman Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenulis novel, penulis lakonlayar
Tahun aktif1995–kini
PasanganKhir Rahman (k. 2002)
Anak2

Siti Jasmina Ibrahim (lahir 3 April 1976) merupakan novelis dan penulis skrip Malaysia, terkenal dengan hasil penulisannya untuk bahan penerbitan bercetak dan berelektronik.[1] Novel beliau, 6.20 membolot hadiah kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja. [2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Siti Jasmina dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur kepada pasangan Hj Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh. Siti Shabedah Hj Nasir. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.[3] Sejak kecil, Siti Jasmina telah dididik menjadi seorang yang berdisiplin di dalam hidup.[3] Pada usia 6 tahun, bapanya mendaftarkan beliau di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat dari 1983 hingga 1988,[3] semasa di sekolah rendah, Siti Jasmina merupakan Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Jasmina merupakan lulusan kumpulan graduan pertama Diploma Penulisan Kreatif, Akademi Seni Kebangsaan dan mendapat Anugerah Graduan Cemerlang ASWARA. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Pertama, Bacelor Komunikasi UPM, Jasmina telah menerima Anugerah Graduan Cemerlang Akademik, Program Eksekutif Bacelor Komunikasi sesi 04/07 oleh Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1995, ketika berusia 19 tahun, Siti Jasmina mula terlibat secara aktif dalam seni dan sastera. Beliau memulakan sebagai Penulis Profesional dalam pelbagai genre dan pernah bertugas sebagai Pengurus Kreatif di SQ Productions dari 1997 hingga 1999 dan kemudian memegang jawatan Pengurus Kreatif dan Pemasaran di Unitputra Productions, UPM, Serdang dari 1999 hingga 2006.

Siti Jasmina giat dalam penulisan drama TV, novel, cerpen dan skrip teater serta pengurusan produksi teater. Selain itu, beliau juga menulis puisi dan senikata lagu.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon terkenal, Khir Rahman pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.[5][6]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Candal : PTS Fortuna Sdn. Bhd., 2010.
  • Hikayat Qaziq ;DBP, 2007.
  • 6:20 :Utusan Publications & Distributors, 2006.
  • Ombak Sfera Lotus : Utusan Publications & Distributors, 2004.
  • Mungkin... :Cerdik Publications, 2003.
  • Trilogi cinta : Utusan Publications & Distributors, 2002.
  • Misteri gadis di jendela : Fajar Bakti, 1998.
  • Hatinya di hujung jari : 'K'

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • 3 Janji (2013) — televisyen
  • Ustaz Amirul (2013) — televisyen
  • Tembus (2014) — filem

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Hadiah Sastera Utusan Melayu (2000)
  • Hadiah Sastera Utusan Melayu – Exxon Mobil (2001/2003)
  • Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank (1999)
  • Sayembara Penulisan Cerpen & Puisi PEN (2003)
  • Hadiah Sastera Utusan Melayu 2001 (menerusi Trilogi Cinta)
  • Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 (menerusi Trilogi Cinta)
  • Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja (menerusi 6.20)
  • Kesusasteraan Remaja. Kolumnis rencana teater majalah Tunas Cipta (2001 – 2006)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]