Pergi ke kandungan

Solat zuhur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Solat zohor)

Sholat Dzuhur merupakan salah satu daripada solat fardu. Sholat Dzuhur terdiri dari 4 rakaat.

Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Sholat Fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Waktu untuk menunaikan sholat Dzuhur adalah bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga separuh ke kaki langit.

Sebelum sholat Dzuhur, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Sholat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]