Sonic The Hedgehog 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Sonic The Hedgehog [4] [5]
Logo filem
PengarahJeff Fowler
Penulis
  • Patrick Casey
  • Josh Miller
BerdasarkanSiri Sonic The Hedgehog
Dihasilkan oleh
  • Neal H. Moritz
  • Toby Ascher
  • Toru Nakahara
  • Takeshi Ito
Dibintangi
SinematografiStephen F. Windon
Disunting oleh
  • Stacey Schroeder
  • Debra Neil-Fisher
Muzik olehTom Holkenborg
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUnited International Pictures Malaysia [1]
Tarikh tayangan
  • Malaysia 13 Februari 2020 [1]
  • Amerika Syarikat 14 Februari 2020 [2]
  • Jepun 26 Jun 2020 [3]
Masa tayangan
99 minit [6]
Negara Amerika Syarikat
 Jepun
BahasaInggeris
Bajet$90–95 juta [7] [8]
Pecah panggung$304 juta [7]

Sonic The Hedgehog ialah sebuah filem komedi cereka sains fantasi yang telah dikeluarkan pada tahun 2020. Ia dikenali sebagai "Sonic The Movie (katakana : ソニック・ザ・ムービー)" di Jepun, ia juga dikenali sebagai "SonicMovie".

Cerita filem ini telah disambungkan oleh filem Sonic The Hedgehog 2 pada tahun 2022 dan tiada berkaitan dengan media yang lain dalam Siri Sonic The Hedgehog.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Februari 2020.

Cerita[sunting | sunting sumber]

Sonic The Hedgehog ialah seekor makhluk asing yang berwarna biru dan boleh lari dengan kelajuan bunyi. Dia tinggal di sebuah pulau dengan penjaga sahnya Longclaw, seekor burung hantu wanita.

Semasa mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan askar daripada puak Echidna yang ganas, Longclaw telah menggunakan sebuah "Ring" untuk menghantar Sonic ke Bumi dengan membawa satu beg yang diisi dengan Ring dan satu peta dunia di dalamnya.

"Ring" ini berbentuk seperti satu cincin berwarna kuning emas yang boleh menjadi besar dan berfungsi sebagai sebuah "pintu" untuk ke sesuatu tempat yang jauh, seperti dari dunia asal Sonic ke Planet Bumi.

Selepas terpisah dari Longclaw dan bertinggal sendirian di kawasan Green Hills, Montana, Amerika Syarikat melebihi 10 tahun, Sonic berkawan dengan seorang syerif bernama Tom Wachowski dan isterinya Maddie Wachowski, seorang doktor haiwan.

Ketika Pemerintah Amerika Syarikat mendapat tahu kewujudan Sonic, pemerintah ini mengarahkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat dengan kontraktor pertahanannya Doktor Ivo Robotnik untuk menangkap makhluk asing ini.

Sonic dengan bantuan dari kawan barunya, telah berjaya mengalahkan mereka semua dan menghantar Robotnik kepada sebuah planet yang dipernuh dengan cendawan gergasi melalui sebuah Ring, dan selepas 87 hari di situ, Robotnik ingin menangkap Sonic untuk tujuan sendiri.

Di Bumi, Permeritah Amerika Syarikat ingin "memadamkan" semua salah lakunya dalam hal tersebut, sama dengan kewujudan seorang doktor bernama Ivo Robotnik selepas permeritah ini menyita semua harta kepunyaan Robotnik.

Selepas itu, seekor rubah merah yang boleh berterbang dengan dua ekornya telah datang dari sebuah dunia yang lain ke Bumi melalui sebuah Ring untuk mencarikan "dia".

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Pawagam[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, tarikh pengeluaran filem ini untuk pawagam bertukar dari tarikh asalnya pada 07 November 2019[9] ke 27 Februari 2020[10] untuk membetulkan reka bentuk "Sonic The Hedgehog"[11] yang sangat teruk,[12] dan akhirnya ia ditayangkan pada 13 Februari 2020.[1]

Di Amerika Syarikat, ia ditayangkan pada 14 Februari 2020[2] dan di Jepun pada 26 Jun 2020.[3]

Rumah[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2020, media rumah termasuk DVD untuk filem ini telah dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.[13] Pada 21 Oktober 2020, dalam bentuk cakera Blu-ray 4K UHD dengan 2 suara pilihan Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris di Jepun.[14]

Terdapat juga beberapa edisi terhad yang telah dikeluarkan di Jepun pada 21 Oktober 2020.[15] [16] [17]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Nota
Anugerah Filem Pilihan Pengkritik ke-25 Best Villain in a Movie Jim Carrey [18]
Hollywood Critics Association Film Awards ke-04 Best Animated or VFX Performance Ben Schwartz [19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sonic The Hedgehog | New World | Di Pawagam 13 Februari" dari United International Pictures Malaysia di YouTube
  2. ^ a b Sonic The Hedgehog (2020) - New Official Trailer dari Paramount Pictures di Youtube pada 12 November 2019
  3. ^ a b 劇場情報 : ソニック・ザ・ムービー dari 映画館に行こう! pada 26 Jun 2020
  4. ^ (Bahasa Ingeris) Dari Twitter rasmi; laman : fail ; jenis : PDF ; size : 136kb
  5. ^ ‘Sonic The Hedgehog’: Review dari ScreenDaily pada 14 Febuari 2020
  6. ^ Sonic The Hedgehog dari British Board of Film Classification
  7. ^ a b Maklumat dari The Numbers
  8. ^ Sonic The Hedgehog's Redesign Reportedly Cost A Ton Of Money dari CinemaBlend pada 19 November 2019
  9. ^ Dari Youtube rasmi United International Pictures Malaysia
  10. ^ Dari Youtube rasmi United International Pictures Malaysia
  11. ^ "Thank you for the support. And the criticism. The message is loud and clear... you aren't happy with the design & you want changes. It's going to happen. Everyone at Paramount & Sega are fully committed to making this character the BEST he can be... #sonicmovie #gottafixfast 🔧✌️" dari Pengarah Jeff Fowler di Twitter pada 02 Mei 2019
  12. ^ (Bahasa Inggeris) informasi dari "Kotaku.com"
  13. ^ Sonic The Hedgehog di Amazon.com
  14. ^ ソニック・ザ・ムービー 4K Ultra HD+ブルーレイ dari NBC Universal Entertainment Japan
  15. ^ 【Amazon.co.jp限定】ソニック・ザ・ムービー 4K ULTRA HD + Blu-rayセット スチールブック仕様 (オリジナルポストカード3枚セット付き) 4K ULTRA HD + Blu-ray
  16. ^ 【Amazon.co.jp限定】ソニック・ザ・ムービー 4K Ultra HD+ブルーレイ(オリジナルポストカード3枚セット付き) 4K ULTRA HD + Blu-ray
  17. ^ ソニック・ザ・ムービー 4K Ultra HD+ブルーレイ(セガストア限定特典付き)di Ebten
  18. ^ "Winners of the inaugural Critics Choice Super Awards" dari Anugerah Filem Pilihan Pengkritik pada 10 Januari 2021
  19. ^ "Sonic The Hedgehog's Ben Schwartz wins Best Animated or VFX Performance at the HCA Film Awards" dari Hollywood Critics Association di YouTube pada 07 Mac 2021

Pautan luar[sunting | sunting sumber]