Stesen Anheqiaobei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anheqiaobei

安河桥北
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiHaidian, Beijing China
Koordinat40°0′39.78″N 116°15′49.91″E / 40.0110500°N 116.2638639°E / 40.0110500; 116.2638639Koordinat: 40°0′39.78″N 116°15′49.91″E / 40.0110500°N 116.2638639°E / 40.0110500; 116.2638639
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan 4
Platform3 (1 platform pulau and 1 platform sisi)
Trek3
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturAras jalan
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
DibukaSeptember 28, 2009
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Terminal Laluan 4 Beigongmen
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Stesen Anheqiaobei (Cina ringkas: 安河桥北站Cina tradisional: 安河橋北站pinyin: Ānhéqiáo Běi zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen Anheqiaobei dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Aras Jalan Aras Legar Pintu masuk/keluar B, pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang Akses OKU
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
 4  Laluan 4 berakhir di stesen ini, keluar sahaja
 4  Laluan 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Beigongmen)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
 4  Laluan 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Beigongmen)
Aras Legar Pintu masuk /keluar A, pusat perkhidmatan pelanggan, mesin tiket, pagar tambang Akses OKU
Aras Bawah Aras Legar Pintu masuk/keluar C dan D, pusat perkhidmatan pelanggan, mesin tiket, pagar tambang

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Dalaman stesen
Pagar tambang di aras legar stesen Anheqiaobei.
Mesin tiket disediakan di pintu B stesen.
Aras platform stesen.
Tren memasuki stesen Anheqiaobei.

Terdapat dua aras legar stesen yang terletak di aras jalan. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang disediakan di kedua-dua aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, pondok polis kecil terletak di aras legar berdekatan dengan pintu keluar B. Disebabkan terdapat dua aras legar, laluan pejalan kaki bawah tanah dibina untuk menambahkan kesalinghubungan serta menghubungkan aras legar utara dengan pintu A dan B dengan aras legar selatan dengan pintu C dan D.[3] Stesen Anheqiaobei mempunyai tiga platform, iaitu satu platform tengah dan satu platform sisi. Platform sisi digunakan untuk menurunkan penumpang manakala platform tengah digunakan untuk memgambil penumpang ke destinasi dikehendaki.[3]

Pintu masuk dan keluar[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk dan keluar stesen
Pintu A menuju ke Jalan Xiaoqinghe arah barat.
Pintu B menuju ke Jalan Longbincun arah utara.
Pintu C menuju ke Jalan Longbincun arah selatan.
Pintu D menuju ke Jalan Xiaoqinghe arah timur.

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Anheqiaobei, pintu A dan B di utara stesen manakala pintu C dan D di selatan stesen.[3]

Pintu Lokasi Destinasi
A Jalan Xiaoqinghe (barat) Akses OKU Universiti Pertahanan Nasional Tentera Pembebasan Rakyat, Jalan Malianwa Barat (Malianwa West Road), Jalan Heishanhou (Heishanhou Road)
B Jalan Longbeicun (utara) Akses OKU Jalan Longbeichun Selatan 2 (Longbeicun South 2nd Street), Sekolah Rendah Zhongguanchun Nombor 1, Kompleks Beli-belah Beijing Hualian Longbei
C Jalan Longbeicun (selatan) Jalan Anheqiao (Anheqio Street), Central Party School of the Chinese Communist Party
D Jalan Xiaoqinghe (timur) Jalan Malianwa Barat (Malianwa West Road), Balai Polis Hongshankou,

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  3. ^ a b c "Anheqiao Bei (N) – Beijing MTR" [Anheqiao Bei (U) – Beijing MTR] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]