Pergi ke kandungan

Huso stellatus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sturgeon bintang)

Huso stellatus
Huso stellatus
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Nama binomial
Huso stellatus
Pallas 1771
Starry sturgeon range.[3]
Sinonim[4][5]
  • Acipenser stellatus[6]
  • Acipenser seurugus Güldenstädt 1772 [Bonnaterre 1788]
  • Acipenser helops Pallas 1814
  • Ellops helops (Pallas 1814)
  • Acipenser rostratus Brandt & Ratzeburg 1833 [Heckel 1836]
  • Acipenser ratzeburgii Brandt 1833
  • Acipenser stellatus donensis Lovetsky 1834
  • Acipenser stellatus illyricus Brusina 1902
  • Acipenser stellatus danubialis Brusina 1902
  • Gladostomus stellatus (Pallas 1771)
  • Helops stellatus (Pallas 1771)
  • Acipenser stellatus stellatus n. cyrensis Berg 1932
  • Acipenser stellatus ponticus Movchan 1970

Huso stellatus ialah spesies ikan dalam genus Huso keluarga Acipenseridae[6] yang hidup di dasar perairan tepi pantai-pantai Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Kaspia di Asia. Spesies ini pernah dikelompokkan dalam genus Acipenser sebelum tahun 2025.[6][7] Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya.

Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun. Ia spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama spesies-spesies Huso huso dan Huso persicus, kerana telurnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa yang mahal di kawasan pantai Laut Kaspia untuk dijadikan kebab, digoreng, dipanggang, atau disalai. Terdapat banyak percubaan di Rusia, Iran, Itali, dan Amerika Syarikat untuk menternak spesies ini dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.

Persekitaran

[sunting | sunting sumber]

Ikan Sturgeon Bintang ialah ikan laut yang hidup antara 10 hingga 100 meter dari permukaan air. Ia juga merupakan ikan anadromi, iaitu ia hidup di dalam lautan dan membiak di kawasan air tawar. Suhu yang disukainya antara 10 – 20°C. Ikan Sturgeon Bintang biasa dapat ditemui berhampiran pantai pasir dan lumpur. Ia mengekalkan diri di dasar laut pada waktu siang dan hanya timbul ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan. Ikan ini makan ikan yang lain, selain daripada moluska, krustasea, dan cacing.

Bahagian belakang ikan ini berwarna kelabu tua sehingga hampir hitam. Warna rusuknya lebih muda, dengan perutnya berwarna hampir putih.

Ikan Sturgeon Bintang mempunyai 40-46 ruji dorsal serta 24-29 ruji dubur. Muncungnya panjang dan tajam pada hujungnya. Bibir bawah ikan ini tidak berselanjar tetapi terpisah pada bahagian tengah. Sesungutnya pendek dan tidak sampai mulut tetapi lebih dekat kepada mulut daripada muncungnya. Ia mempunyai lima baris bongol kulit keras:

  • sebaris di bahagian atas badan (dorsum) mempunyai 11-14 bonggol,
  • sebaris di bahagian sisi badan (lateral) mempunyai 30-36 bonggol;
  • sebaris di bahagian bawah badan (ventral) mempunyai 10-11 bonggol;

dengan plat bebintang dan butir yang lebih kecil di antara baris skutnya yang utama.

  1. ↑ Qiwei, W. (2010). "Acipenser stellatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2010: e.T229A13040387. doi:10.2305/IUCN.UK.2010-1.RLTS.T229A13040387.en. Dicapai pada 18 November 2021.
  2. ↑ "Appendices". CITES. Dicapai pada 8 Oktober 2022.
  3. ↑ 2010. Acipenser stellatus. In: IUCN 2015. The IUCN Red List of Threatened Species. Version 2015.2. http://www.iucnredlist.org. Downloaded on 18 July 2015.
  4. ↑ Froese, R.; Pauly, D. (2017). "Acipenseridae". FishBase version (02/2017). Dicapai pada 18 May 2017.
  5. ↑ "Acipenseridae" (PDF). Deeplyfish- fishes of the world. Dicapai pada 18 May 2017.
  6. 1 2 3 "Species in the family Acipenseridae". Catalog of Fishes. Akademi Sains California. Dicapai pada 13 Ogos 2026.
  7. ↑ Brownstein, Chase D.; Near, Thomas J. (2025-04-25). "Toward a Phylogenetic Taxonomy of Sturgeons (Acipenseriformes: Acipenseridae)". Bulletin of the Peabody Museum of Natural History. 66 (1). doi:10.3374/014.066.0101. ISSN 0079-032X.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]