Suhasni Hayani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suhasni Hayani (28 tahun) ,jawatankuasa Pemuda UMNO Grik menyatakan beliau menjadi mangsa teknik 'superimpose' akhbar Suara Keadilan terbitan 21-28 April 2009 , halaman 14. Kepalanya dengan lilitan 'Daulat Tuanku' dan poster yang dikoyak ialah poster Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 23 April 2009, Suhasni membuat laporan polis di Balai Polis Cheras, Selangor kerana gambarnya yang sedang mengoyakkan poster bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ditukar kepada poster Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sebenarnya pada 9 Februari 2009, seorang jurugambar merakam gambar dia sedang mengoyakkan poster Menteri Besar Perak,Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin ketika UMNO Perak bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan di Padang Majlis Bandaraya Ipoh bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak , Sultan Azlan Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru. Teknik 'superimpose' telah digunakan.[1]

Berikutan gambar itu dia dihujani panggilan telefon dan SMS rakan-rakan Umno yang inginkan penjelasan saya. Dia berharap laporan polis yang dibuat dapat membersihkan semula namanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]