Suara Keadilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suara Keadilan
Akhbar Suara Keadilan.jpg
Akhbar Suara Keadilan.
Jenis Surat khabar mingguan
Format Tabloid
Kecenderungan politik Pro-pembangkang
Bahasa Melayu/Inggeris


Suara Keadilan merupakan sebuah akhbar politik berbahasa Melayu milik parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia diterbitkan secara dwi-mingguan dan dihadkan jualan akhbar ini hanya kepada ahli PKR sahaja. Akhbar ini berharga RM2.00.

Akhbar ini mula diterbitkan mulai Jun 2005 namun beroperasi tanpa permit. Permit akhbar ini telah memperoleh permit oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) pada 21 April 2008 sehingga 2 Julai 2010. Sejak dari itu edisi tidak berkala akhbar PKR dimulakan dengan Keadilan pada 12 Julai 2010, Obor Keadilan (19 Julai) dan Sinar Keadilan (26 Julai) apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan. Yang terbaru edisi tidak berkala akhbar PKR adalah Utusan Keadilan dikeluarkan pada 3 Ogos 2010.[1]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Ketua Pengarang Akhbar ini ialah seorang kartunis, Zunar serta pernah dibarisi oleh sebilangan wartawan yang terkenal. Antaranya ialah Helme Hanafi, Hafizh Mokhtar, Syafiq Sunny, serta Irwan Mohd Zain. Ketua Pengarang Akhbar terbaru ialah Dzulkarnain Taib.

Isu dan Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Felda bankrap[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2010, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta Ketua Setiausaha KDN supaya meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana sering mengeluarkan berita yang tiada asas dan memfitnah. KDN dan agensi berkaitan mesti peka dan mengambil tindakan bagi mengelakkan ia berterusan dan bagi menunjukkan bahawa hak bersuara dan membuat liputan tidak bermakna sesuatu media itu boleh berbuat apa saja.[2]

Permit Tidak Diperbaharui[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tabloid ini berkuatkuasa 1 Julai 2010 kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.[3] KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu berkenaan berita utama muka depan bertajuk 'Felda Bangkrap' dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran yang sama. [4] Pada 15 Julai 2010, ASP Rejaliak Angong dari ibu pejabat polis daerah Putrajaya meminta pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah. Ekoran 'permit tidak lagi dikeluarkan', pertemuan pengarang Suara Keadilan, Harakah dan Roket diadakan di Ampang bagi membincangan nasib mereka dan tindakan seterusnya.[5]

Setelah Suara Keadilan tidak mendapat permit, mereka menerbitkan Obor Keadilan dan Sinar Keadilan. 1,000 naskhah Obor Keadilan dirampas oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Julai 2010 di sekitar kedai di Ipoh, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Tajuk muka depan Obor Keadilan ialah 'BN Perah Petronas'. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit. [6]

85,000 naskhah Sinar Keadilan diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan tajuk muka hadapannya, 'Projek mencurigakan... RM12 ribu juta untuk JPM'.[7]

Pada 3 Ogos 2010, Akhbar PKR yang diterbitkan secara tidak berkala kali ini muncul dengan judul Utusan Keadilan. Edisi terbaru ini memuatkan antara lainnya satu laporan yang menggariskan "tujuh ciri utama pemerintahan fasis atau kuku besi yang dikaitkan dengan dengan pentadbitan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]