Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
سلطان عزلن محب الدين شاه
Yang di-Pertuan Agong ke-9
Pemerintahan26 April 1989-25 April 1994
Pertabalan17 September 1989
Didahului olehSultan Iskandar
Diikuti olehTuanku Ja’afar
Sultan Perak
Pemerintahan3 Februari 1984 – 28 Mei 2014
Pertabalan9 Disember 1985
Didahului olehSultan Idris Iskandar Shah II
Diikuti olehSultan Nazrin Muizzuddin Shah
KeputeraanRaja Azlan Shah ibni Sultan Yussuf Izzuddin Shah
(1928-04-19)19 April 1928
Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Malaya (Kini Malaysia)
Kemangkatan28 Mei 2014(2014-05-28) (umur 86)
Hospital Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemakaman29 Mei 2014
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganTuanku Bainun (k. 1955; b. 2014)
Anakanda
AyahandaSultan Yussuff Izzuddin Shah
BondaToh Puan Besar Hatijah Ahmad
Yang Amat Arif

Raja Tun Azlan Shah

DK; SSM, PMN, PSM; SPCM, SPTS, SPMP; SIMP
Tuan Presiden Mahkamah Agung
Dalam jawatan
12 November 1982 – 2 Februari 1984
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehSultan Ahmad Shah
Didahului olehMohamed Suffian Mohamed Hashim
Digantikan olehSalleh Abas
Butiran peribadi
PendidikanUniversiti Nottingham
ProfesionPeguam, Hakim
Laman web rasmiGaleri Sultan Azlan Shah

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (Jawi: سلطان عزلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عز الدين شاه غفر الله له‎, lahir di Batu Gajah, Perak, Tanah Melayu, 19 April 1928 – meninggal di Kuala Lumpur, Malaysia, 28 Mei 2014 pada umur 86 tahun) ialah seorang hakim dan pemerintah negeri di Malaysia. Baginda ialah Sultan bagi negeri Perak ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 hingga 25 April 1994.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Shah telah diputerakan pada 19 April 1928, di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Malaya British ketika pemerintahan nenda saudaranya, Sultan Iskandar Shah.

Raja Azlan Shah menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Kerajaan di Batu Gajah dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Nottingham, United Kingdom sehingga memperoleh sarjana muda undang-undang pada 1953.[1] Pada 23 November 1954, beliau sah menyertai majlis peguam di Lincoln’s lnn.

Kerabat[sunting | sunting sumber]

Ayahanda Raja Azlan Shah ialah Sultan Yussuff Izzuddin Shah, Sultan Perak ke-32 manakala bondanya bernama Toh Puan Besar Hatijah binti Toh Indera Wangsa Ahmad. Baginda mempunyai seorang kakanda seibu sebapa bernama Raja Baharom Shah.

Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun binti Mohd Ali pada 9 Disember 1955. Baginda dikurniakan 2 putera dan 3 puteri.

  1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah diputerakan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
  2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah diputerikan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England. Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
  3. Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah diputerakan pada 28 Disember 1958 Beliau telah dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripada Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
  4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah diputerikan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
  5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diputerikan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember 1987.
Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Cucunda Cicinda
Raja Nazrin Shah (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 67)67 tahun, 3 bulan dan 21 hari George Town, Pulau Pinang 17 Mei 2007 Tuanku Zara Salim
  • Raja Azlan Muzzaffar Shah
  • Raja Nazira Safya
Raja Azureen (1957-12-09) 9 Disember 1957 (umur 66)66 tahun, 3 bulan dan 10 hari Pulau Pinang 9 Disember 1979 Mohd Salleh Ismail
  • Abdul Latiff
  • Azlin
  • Nurlin
  • Abdul Azim
  • Sharifah Nur Alara
  • Syed Azlan Salahuddin Putra
Raja Ashman Shah (1958-12-28)28 Disember 1958 George Town, Pulau Pinang 30 Mac 2012(2012-03-30) (umur 53) No. 25, Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 26 September 1991 Noraini Jane Kamarul Ariffin
  • Raja Eminah Alliyah
  • Raja Ahmad Nazim Azlan Shah
  • Raja Bainunsia Safia
Raja Eleena (1960-04-03) 3 April 1960 (umur 63)63 tahun, 11 bulan dan 16 hari Pulau Pinang 14 Oktober 1991 Ismail Farouk Abdullah
  • Omar Azlan
  • Alia Azleena
  • Imran Azlan
  • Ashman Azlan
  • Sofia
Raja Yong Sofia (1961-06-24) 24 Jun 1961 (umur 62)62 tahun, 11 bulan dan 16 hari Pulau Pinang 5 Disember 1987 Tunku Kamli Tunku Rijaluddin
  • Tunku Aznal Shahabudin
  • Tunku Khaira Shahabudin
  • Tunku Maisara Shahabudin

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
  • Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
  • Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • 1965 (umur 37 tahun) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
  • 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
  • 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.

Sebagai Ketua Hakim Negara[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November 1982 , Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ahmad Shah di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.[2]

Pemerintah diraja[sunting | sunting sumber]

Sultan Perak[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz al-Mu'tassim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa I,

Pada 1962, baginda dimasyhurkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak berikutan kemangkatan Raja Kamarulzaman, Raja Dihilir. Pada 1963, baginda dinaikkan gelaran ke Raja Kechil Tengah berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Yusuff Izuddin Shah. Pada tahun 70an, baginda dinaikkan 2 anak tangga sebagai Raja Kechil Besar (Pewaris ketiga Takhta Kerajaan Perak) sebagai Raja Kechil Besar berikutan kemangkatan kekanda baginda, Raja Ekram, Raja Dihilir dan Ayahanda Saudara baginda Raja Lope Nur Rashid, Raja Kechil Sulong. Pada 1983, berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Al-Muttassim Billah Shah, baginda dimasyhurkan sebagai Raja Muda selepas Raja Dihilir, Raja Ahmad Hisham menolak gelaran tersebut atas faktor kesihatan dan keuzuran.

Enam bulan kemudian, Sultan Idris Shah II mangkat akibat serangan jantung secara mengejut. Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi

Pertabalan Sultan[sunting | sunting sumber]

  • 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
  • 3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.
  • 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34. Istiadat Pertabalan pada 9 Disember 1985 ditabalkan sebagai Sultan Perak secara rasmi.

Sambutan Jubli Perak[sunting | sunting sumber]

Baginda telah memperkenankan untuk diadakan sambutan jubli perak yang menandakan 25 tahun baginda memerintah negeri. Sambutan ini dimulakan pada 3 Februari 2009 dan mengikut pada keadaan ekonomi semasa, baginda mahukan sambutan ini dilakukan pada tahap yang sederhana.

Sambutan ini lebih menumpukan kepada kesyukuran, kepentingan ilmu dan pendidikan, pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata, penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada Sultan serta kepada mereka yang berkorban untuk Raja dan negara, penghargaan kepada semangat yang terjalin antara Ketua Negeri dan Kerajaan Pusat.

Program yang telah diperkenankan ialah kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 2 Februari dan istiadat perbarisan di Istana Iskandariah pada keesokannya. Satu majlis istiadat penganugerahan pingat khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 orang penerima dan pembacaan watikah ikrar taat setia juga diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah. Pada tengah harinya, pelancaran setem peringatan Jubli Perak diadakan di Majlis Bandaraya Ipoh.

Pada 10 Februari pula, Sultan dijadualkan bakal menghadiri Program Bersama Rakyat di Batu Gajah, tempat baginda diputerakan dan menerima pendidikan awal. Sultan Azlan Shah juga akan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah lama baginda.

Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada 14 Februari. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang DiPertua-Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam telah dijemput ke Santapan Diraja tersebut. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dijemput.

Demi tidak membebankan kerajaan, Sultan dengan murah hati akan mengeluarkan biaya keluarga diraja untuk sambutan kali ini. Baginda juga merupakan sultan keempat yang menyambut pemerintahan yang ke-25 tahun. Sebelum baginda, Paduka Seri Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua yang memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak ke-11 yang memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I, Sultan Perak ke-29 yang memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Jalan Istana, Kuala Lumpur, Malaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[3]

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.

Penglibatan lain[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
  • Presiden Persekutuan Hoki Asia
  • Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
  • Amat berminat dalam sukan golf.
  • Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 1983. Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
  • Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
  • sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’.
  • Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia, spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.

Isu dan tengkarah[sunting | sunting sumber]

Krisis Perlembagaan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Perak telah dilanda krisis politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti yang cukup.

Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut perlembagaan.

Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah. [4][5]

Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya.

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.

Anugerah dan pengikitrafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran Malaysia[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran persekutuan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran negeri-negeri[sunting | sunting sumber]

  • Perak
  • Selangor
    • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) - 1985
  • Kedah
    • Darjah Kerabat (D.K.) - 1986
  • Negeri Sembilan
    • Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.) - 1989
  • Pahang
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati I (D.K. I) - 1996
    • Darjah Seri Indera Mahkota (S.I.M.P)
  • Johor
    • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K.)
  • Kelantan
    • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (D.K.)
  • Terengganu
    • Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.)
  • Perlis
    • Darjah Kerabat Perlis Yang Amat Dihormati (D.K.)

Darjah kebesaran negara lain[sunting | sunting sumber]

  • Brunei
  • Thailand
    • The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn
  • Korea Selatan
    • Grand Order of Mugunghwa
  • Jepun
    • Collar of The Grand Cordon of the Order of The Chrysanthemum
    • Grand Cordon of The Supreme Order of the Chrysanthemum
  • Oman
    • Civil Order Kelas Pertama
  • Chile
    • Collar De La Orden Al Merito De Chile
  • Indonesia
    • Bintang Republik Indonesia Adipurna (Republik Indonesia)
  • United Kingdon
    • Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath
    • Hon. Knight of Justice of the Order of Saint John (United Kingdom)

Penghargaan kebaktian[sunting | sunting sumber]

  • Rotary International
    • The Paul Harris Fellowship
  • Lions Clubs International
    • The Melvin Jones Fellow Award

Anugerah keilmuan[sunting | sunting sumber]

  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur - Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan (30 Jun 1979)
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang - Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang (28 Jun 1980)
  • Universiti Nottingham, United Kingdom - Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang (11 Julai 1986)
  • Lincoln’s lnn, London - Penyandang Kursi Kehormat (1988)
  • Universiti Gadjah Mada, Jakarta - Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang (28 September 1990)
  • Universiti Brunei Darussalam - Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang (30 Oktober 1990)
  • Universiti Chulalongkorn, Bangkok - Ijazah Kehormat (19 Disember 1990)
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 jam 1:30 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana gering pada usia 86 tahun. Kemangkatan baginda, diumumkan secara rasmi pada 3:45 petang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir cuti umum telah diumumkan di negeri Perak untuk 29 Mei supaya penduduk boleh memberi penghormatan terakhir kepada baginda akan disemayamkan di Balairong Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. mengumumkan bahawa bendera Malaysia diturunkan separuh tiang selama 7 hari, dan bendera Perak selama 100 hari. Di samping itu, "semua dunia hiburan dan perayaan" dibatalkan sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan Sultan Perak. Jenazah Baginda dimakamkan bersebelahan pusara ayahanda saudara Baginda, Sultan Idris Shah di berdekatan dengan Masjid Diraja Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. selepas Solat Asar pada 29 Mei 2014 dan Baginda bergelar Marhum Al-Maghfur-lah.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steenson, Kathryn (2017-09-14). "Notable Nottingham Alumni: Raja Azlan Shah". Manuscripts and Special Collections (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-30.
  2. ^ "Arkib Negara Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-11. Dicapai pada 2008-02-08.
  3. ^ Arkib Negara Malaysia
  4. ^ The SUN 5 February 2009.
  5. ^ It's Futile To Challenge EC's Decision, Say Lawyers.
  6. ^ "Sultan Azlan Shah arif bidang kehakiman". Sinar Harian. Bernama. 28 Mei 2014. Dicapai pada 28 Mei 2014.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Tarikh keputeraan: 19 April 1928 Tarikh kemangkatan: 28 Mei 2014
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Iskandar
(Johor)
Yang di-Pertuan Agong
1989-1994
Diikuti oleh:
Tuanku Ja'afar
(Negeri Sembilan)
Didahului oleh
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah
Sultan Perak
1984–2014
Diikuti oleh:
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah